Gusi selalu berdarah tiap kali memberus?
Gusi bengkak dan kemerahan?
Tak selesa nak bercakap dengan orang sebab mulut berbau?
Mungkin anda patut periksa gusi anda. Berjumpalah dengan doktor gigi untuk mengenalpasti apa masalah gusi anda. Berkemungkinan itu adalah tanda-tanda anda ada masalah gusi.
Gusi berdarah pasti ada sebabnya. Selalunya ia berkait dengan radang pada gusi atau disebut gingivitis yang selalunya disebabkan kewujudan plak pada gigi.
Lihat rajah gigi dan gusi di bawah. Gusi yang membengkak dan kemerahan, ohh..mesti sakit, kan? Wujudnya sisa makanan yang tidak dibersihkan dengan teliti pada gigi akan mengeras dan bertukar menjadi plak. Plak rupanya kelihatan seperti simen pada gigi. Kehadiran plak yang semakin banyak menyebabkan mulut juga berbau apabila terdapat jangkitan dan abses (gusi bernanah).
Selalunya gusi berdarah juga terjadi disebabkan teknik menggosok gigi yang tidak betul, pemilihan berus gigi yang tidak sesuai atau kecederaan pada gusi disebabkan teknik memberus yang terlalu kuat.
InsyaaAllah, hari ini saya nak kongsi beberapa tips untuk mengatasi masalah gigi dan gusi. ..selalunya masalah gusi boleh menyebabkan masalah kepada gigi juga....dan sangat mengganggu rasanya bila kita dah mula sakit gigi juga. Rasa nak cabut terus je untuk hilangkan sakit, kan??
- Gusi bengkak dan merah
- Gigi longgar dan tidak berada pada tempatnya dengan baik
- Gusi berdarah setiap kali diberus
- Sakit ketika mengunyah dan tidak boleh mengunyah makanan keras
- Nafas atau mulut berbau
- Bernanah antara gigi dan gusi
- Wujud ruang di antara gigi
5 cara mengatasi masalah gigi dan gusi
1. Penyakit gusi peringkat awal boleh dicegah dengan mempraktikkan memberus gigi dengan cara yang betul. Di bawah adalah cara memberus gigi yang betul.
Cara dan arah yang betul memberus gigi
2. Penjagaan kesihatan gigi yang baik seperti menggosok gigi sekurang-kurangnya 2 kali sehari akan mencegah pembentukan plak atau karang gigi. Plak dan tartar yang terbentuk boleh menyebabkan keradangan pada gusi (Gingivitis).
Menggunakan berus elektrik adalah lebih baik untuk pembersihan gigi dengan lebih teliti.
Malulah kalau anda malas memberus gigi. Encik Hippo ni pun berus gigi tau!!
3. Bersihkan gigi menggunakan flos gigi setiap hari terutamanya selepas makan.
Flos gigi boleh dibeli daripada farmasi atau klinik gigi.
4. Satu-satunya cara untuk menanggalkan plak yang telah mengeras menjadi tartar ialah dengan pembersihan gigi oleh doktor gigi. Biasanya anda boleh membuat temujanji di klinik gigi berdekatan untuk membersihkan plak pada gigi. Boleh hilang ke? Ya..mungkin jika anda tidak membiarkan plak tersebut terlalu lama tanpa dibersihkan..
Sebelum dan sesudah proses scaling (pembersihan plak pada gigi)
5. Jika keadaan menjadi teruk, prosedur membersihkan akar gigi juga boleh dibuat. Akar gigi yang bersih dan rata dapat mengelakkan plak dari melekat pada permukaan.
Rawatan akar gigi seperti root canal juga boleh dilakukan untuk menyelamatkan gigi yang telah rosak pada akarnya hingga menyebabkan kesakitan.
Bagaimana root canal dilakukan? Sebenarnya root canal ni adalah rawatan khusus yang dilakukan oleh doktor gigi untuk membaik pulih keadaan akar gigi agar boleh berfungsi secara normal semula.
Lubang ditebuk hingga ke akar gigi dan dimasukkan dengan sejenis bahan bergetah dikenali sebagai gutta percha. Kemudian bahagian atasnya diisi dengan dental filling. Ini bagi mengelakkan kesakitan akibat jangkitan pada bahagian akar gigi yang menyebabkan gusi bengkak. Rawatan ini mampu menyelamatkan gigi kekal daripada dicabut. Walaubagaimanapun prosedur ini memakan kos yang agak besar iaitu dengan anggaran serendah RM500..
4 Tips Menjaga Gusi dan Gigi Terdapat beberapa amalan yang boleh membantu mengekalkan kesihatan gusi:
1. Minum air kosong(lebih baik suam) yang secukupnya. Pengambilan air secukupnya selepas makan terutamanya membantu pembersihan mulut, gigi dan gusi daripada bakteria.
2. Katakan tidak kepada rokok. Merokok hanya akan membuatkan gigi anda menjadi kekuningan kesan daripada nikotin, gusi terkena jangkitan dan mulut anda berbau busuk, serta meninggalkan kekotoran pada gigi dan lidah. Nampak macam pengotor pun yer..
3. Cuba elakkan makan makanan yang terlalu panas atau terlalu sejuk. Makanan yang terlalu panas dan terlalu sejuk boleh merosakkan kesihatan gigi dan gusi anda. Jika anda sedang bermasalah dengan gusi dan gigi, makan makanan yang suam dan sedikit hangat lebih baik.
4. Makan makanan yang tinggi vitamin C, kalsium juga sangat membantu menjaga kesihatan gigi dan gusi. SR Vita C 500mg Shaklee dan kalsium Ostematrix Shaklee boleh membantu menampung bekalan vitamin c dan kalsium untuk mengatasi masalah gigi dan gusi anda.
Vitamin C diperlukan untuk menghalang gingivitis memusnahkan tisu yang menyokong gigi termasuk gusi, ligamen dan tulang alveolar (bertindak sebagai soket kepada gigi).
Anda juga sedang mengalami masalah gusi berdarah, bengkak dan mulut berbau?? Jangan sampai jadi macam ni yer.. Jika gusi anda sudah mula berdarah dan nafas berbau akibat jangkitan pada gusi, anda mungkin bakal mengalami masalah gusi dan gigi yang lebih serius dan boleh kehilangan gigi juga.. Hubungi saya untuk membantu anda!! SMS/Whatsapp/Call: Raihana - 019 938 7282 |
✍ PM: siti raihana ismail
✐ Blog: Mauceriasokmo
✉ Email: elraihan82@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 019-9387282
➲ COD Area: Setiu(Pak Kancil, Penarek, Merang, Guntong, Saujana) dan Kuala Terengganu(Giant G.Badak, Mydin Mall, Giant K.Trg)
No comments:
Post a Comment
Assalam..sekiranya anda berminat untuk bertanya atau order, boleh juga tinggalkan komen, order dan pertanyaan anda di sini..saya sedia menghubungi dan membantu anda..