Sedang saya menaip entri ni hujan lebat dah turun di Setiu tanpa hentinya sejak semalam..Sebenarnya dah hampir seminggu juga. Dah masuk 3 bakul kain jemuran tak berapa kering. Dah jemur tapi masih lembap-lembap kering, tak kering dengan elok juga. Baju sekolah anak jemur sikit-sikit terus iron je..Terima kasih pada rakan-rakan FB saya yang sudi kongsikan sebahagian tips-tips ni di wall saya..
Ibu-ibu yang ada anak ramai ni paling kurang akan membasuh baju sekali setiap hari. Kalau dah seminggu hujan? Haaa..bayangkanlah!! Apapun, jemput baca tips-tips ni. Tips ke 6 first time saya jumpa!!
#Tips 1 keringkan baju
Basuh baju awal pagi
Biasanya saya basuh baju sebaik saja selepas suami dan anak-anak saya bertolak ke sekolah atau selepas Subuh. Kenapa kene basuh pagi-pagi? Supaya tempoh menjemur lebih lama. Dahla hujan, kalau tengahari baru nak keluar menjemur, agaknya sempat kering ke petang tu jugak?
Lebih lama kain berada di jemuran, lebih lama kain dapat dikeringkan. Sebaik-baiknya menjemur pada waktu siang. Kalau malam berembun pula kain tu.
#Tips 2 keringkan baju
Gunakan ampaian yang boleh diletak dalam rumah
Ampaian mudah alih yang boleh diletakkan di dalam rumah juga. Apabila panas boleh letak di luar semula. Gambar ehsan Google |
Satu lagi cara untuk mengeringkan pakaian di dalam rumah ialah gunakan ampaian mudah alih dan ampaian fleksibel. Dua contoh di atas adalah contoh ampaian mudah alih dan ampaian fleksibel yang boleh digunakan dalam rumah. Kalau kat luar hujan, boleh gunakan 2 ampaian ni untuk jemuran dalam rumah.
#Tips 3 keringkan baju
Gunakan mesin pengering pakaian.
Sesiapa yang dah ada mesin ni memang untung. Senang kerja nak keringkan pakaian. Tapi ongkosnya boleh tahan juga. Di Court Mammoth mesin pengering paling murah pun harganya RM600+ juga.. biasanya boleh didapati dari kedai elektrik dengan bajet antara RM800-RM1000+ juga..
Bagi yang ada kemampuan, bolehlah dapatkan mesin pengering pakaian ni. Memang senang kerja.
Tapi pertimbangkan juga bil elektrik anda nanti. Setau saya mesin ini melibatkan penggunaan letrik yang agak tinggi juga. Bergantung sama ada ia ada teknologi jimat tenaga atau tidak.
#Tips 4 keringkan baju
Gunakan kipas atau jemur dalam air-cond
Gambar ehsan Google |
Jika nak gunakan cara ni, pastikan baju anda dianginkan terlebih dahulu di ruangan yang ada airflow yang baik. Mungkin letak sekejap di luar rumah di beranda dan kemudian bolehlah di bawa masuk ke dalam rumah setelah dianginkan. Ini untuk mengelakkan pakaian anda berbau hapak.
Untuk cara ini lebih efektif, sidailah pakaian anda pada penyangkut baju dan berikan sedikit ruang antara baju-baju yang digantung. Untuk tidak membazir elektrik, jemurlah di tempat anda dan keluarga sering gunakan kipas seperti di ruang keluarga.
#Tips 5 keringkan baju
Jemur bawah lampu waktu malam
Kalau ada lampu spotlight suluh 3 biji macam ni mesti lagi cepat kering, kan? |
Konsepnya ada betulnya juga, tapi rasanya kesan lebih cepat jika dianginkan juga sambil letak bawah lampu tu..lagi pun kene tengok juga lampu jenis apa yang sesuai..haba lampu ni takla sepanas cahaya matahari, kan..Kenelah banyak bersabar kalau guna cara ni..huhu..
#Tips 6 keringkan baju
Pakai alat pengering baju ajaib
Kebetulan terjumpa alat ajaib ni..rasa macam nak recommend jugaklah..khas untuk keringkan baju dengan cepat menggunakan heater blower dalam beg ala sauna..haa..first time saya jumpa..
Ada sorang akak ni pernah gunakan alat ni. Gantungkan je baju dalam tu. Dalam sejam jer pasang heater blower pengering ala sauna ni dah kering semua baju. Agak mudah dan portable juga. Boleh bawa balik kampung atau digunakan semasa travel bawak masuk hotel juga. Boleh mengeringkan pakaian seberat 10kg juga. Boleh rujuk sini: Air O Dry |
Ok. Mungkin anda dah apply cara-cara di atas. Masalahnya baju dah kering pun masih bau hapak. Maklumlah jemur dalam lembap..
Ada cara ke nak elakkan baju berbau hapak??
Gunakan pencuci pakaian semulajadi dan bebas bahan kimia Shaklee yang boleh hilangkan bau hapak iaitu sabun Get Clean Fresh Laundry Concentrate dan Get Clean Soft Fabric Concentrate
Tahan digunakan berpuluh kali cucian. Cucian juga bebas bau hapak. |
Pelembut fabrik semulajadi yang wangi, bebas hapak dan selamat untuk bayi dan mereka yang ada masalah alergi juga. |
Apa istimewanya kedua-dua produk ni?
- 100% di rumus khas dari bahan-bahan semula jadi
- Tiada bahan kimia bahaya seperti Triethanolamine dan dodecylbenzenesulfonate, perengsa yang disenaraikan oleh EPA sebagai bahan berbahaya. Bahan-bahan ini boleh memberi kesan buruk pada anggota hidung, kerongkong dan paru-paru seterusnya membawa kepada masalah batuk, asma atau sesak nafas.
- Kurang risiko Alahan/Alergic kerana hanya mengandungi bahan semulajadi.
- 100% selamat utuk semua jenis pakaian terutama pakaian bayi
Apapun cara yang anda gunakan..
Yang penting..
Pastikan cucian anda kering dan bebas bakteria. Terbaik adalah menjemurnya di tempat yang panas di bawah cahaya matahari dalam keadaan baju diterbalikkan. Ini boleh mengelakkan daripada bakteria.
Bakteria adalah penyebab bau hapak pada pakaian anda.
Sebenarnya ada satu lagi tips..
Biasanya akan jadi pilihan terakhir untuk keringkan pakaian anda..
Cara yang paling mudah sebenarnya:
Hantar pakaian anda ke kedai dobi..
Dijamin..
- Kering
- Mudah
- Siap dilipat
- Siap diseterika
Tapi itu kalau dah sampai tahap paling malas lah yer..jika pakaian anda seorang jer yang perlu diuruskan OK lah..kalau ibu ramai anak macam saya ni tak tahan juga nak membayarnya..lagipun selalu jer pakaian yang dihantar dobi tertukar dengan orang lain. So, langkah paling selamat adalah membasuh sendiri pakaian anda dan keluarga.
Apapun..selamat mencuba tips-tips yang diberikan!!
Untuk sebarang pertanyaan tentang produk, bolehlah berhubung dengan saya seperti berikut:
✍ PM: siti raihana ismail
✐ Blog: Mauceriasokmo
✉ Email: elraihan82@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 019-9387282
➲ COD Area: Setiu(Pak Kancil, Penarek, Merang, Guntong, Saujana) dan Kuala Terengganu(Giant G.Badak, Mydin Mall, Giant K.Trg)
No comments:
Post a Comment
Assalam..sekiranya anda berminat untuk bertanya atau order, boleh juga tinggalkan komen, order dan pertanyaan anda di sini..saya sedia menghubungi dan membantu anda..