Anda ada anak-anak yang minat berniaga??
Saya pernah terbaca satu artikel yang ditulis Irfan Khairi..siapa lagi kalau bukan jutawan internet Malaysia..menurut beliau, anak-anak perlu dipupuk minat untuk berniaga sejak kecil lagi..
Ciptakan keadaan di mana perniagaan adalah permainan bersama mereka. Galakkan mereka berfikir kreatif. Bincangkan perihal kewangan (bukan masalah kewangan) dan jadikan mereka menghormati dan menghargai wang dengan cara yang menghiburkan.
Berniaga adalah salah satu sunnah Rasulullah S.A.W..Sifat jujur dan amanah dalam perniagaan adalah salah satu sifat yang menjadi pegangan baginda Rasulullah S.A.W..Rasulullah mula berniaga dalam usia yang masih muda..Tanggapan bahawa berniaga bukanlah kerjaya pilihan mungkin kurang tepat lagi..
Usahawan atau peniaga sering dianggap sebagai sebuah kerjaya yang kurang selamat dan tidak memberi jaminan masa depan. Dalam dunia yang berkembang seperti hari ini, tidak ada pekerjaan tetap yang selamat. Walaupun anda bekerja dengan kerajaan atau mana-mana syarikat swasta yang besar.-shahabudeenjalil
Kenapa kita perlu pupuk minat berniaga dalam diri anak-anak?
- Anak-anak yang berniaga sejak kecil selalunya akan lebih berkeyakinan dengan diri mereka dan apabila berhadapan dengan umum.
- Anak-anak dapat belajar nilai murni dalam berniaga seperti jujur dan amanah
- Anak-anak yang berniaga lebih berdikari dalam mencapai matlamat mereka
- Anak-anak lebih kreatif dalam mencari penyelesaian masalah
- Anak-anak yang telah dipupuk minat berniaga sejak kecil mempunyai kecenderungan untuk meneruskan minat mereka apabila dewasa kelak dan mempunyai dorongan yang besar untuk berjaya dalam perniagaan.
Bagaimana kita nak pupuk minat berniaga dalam diri anak-anak?
#Idea 1: Ajar anak bermain jual beli gunakan wang olok-olok yang boleh dikira seperti wang sebenar.
Ya..sebenarnya sejak usia 7 tahun kanak-kanak sekolah telah diajar mengira syiling dan wang kertas di sekolah. Jadi inilah masanya untuk mengajar anak-anak ini kira-kira sebenar wang kertas dan syiling.
Contoh duit olok-olok yang saya dan anak-anak hasilkan untuk digunakan anak-anak bermain jual beli. |
Saya masih ingat semasa tahun satu di sekolah, kami diajar membuat syiling daripada kertas dengan menekap dan mewarna atas syiling sebenar. Syiling itulah wang yang kami gunakan untuk bermain jual beli. Kreatif idea cikgu saya ni..
Anak-anak saya pun bermain dengan syiling olok-olok berwarna ni..boleh juga ditampal pada kad atau kertas kotak yang lebih tebal supaya mudah dipegang. Anda boleh buat syiling ni bersama-sama dengan anak-anak. Pasti anak-anak lebih seronok.
Jika anda membelikan anak anda wang mainan juga boleh..terpulang bagaimana anda ingin memperkenalkan jenis wang kepada anak anda.
#Idea 2: Bina sudut usahawan di sekolah atau di rumah
Sediakan ruang untuk anak-anak belajar berniaga. Gambar hiasan. Sumber internet. |
Saya masih ingat, dalam kelas semasa tahun satu guru kelas saya wujudkan satu sudut usahawan dalam kelas dan pada waktu rehat kami akan bermain jual beli di situ..ada kaunter mini berbumbung (macam gerai burger) di belakang kelas.
Jika ada kotak yang besar seperti kotak mesin basuh, anda boleh gunakan semula untuk membuat sendiri kedai mini untuk anak-anak berniaga sambil bermain di rumah.
Galakkan anak-anak mencipta sendiri produk mereka. Contohnya botol bedak, botol minyak wangi dan bekas-bekas air yang dah habis sebagai barang jualan olok-olok..Haa..cikgu-cikgu patut cuba buat sudut usahawan macam ni dalam kelas..tentu seronok!!
#Idea 3: Ajar anak-anak membayar sendiri barang yang mereka beli di kedai
Dengan cara ini mereka akan belajar mengira sendiri jumlah wang yang patut dibayar dan baki wang yang perlu mereka terima. Mulakan dengan mengajar anak-anak membeli dalam jumlah yang kecil dahulu.
Pastikan anda sebagai ibu bapa memantau anak-anak anda agar tidak ditipu oleh pekedai yang mungkin mengambil kesempatan.
#Idea 4: Beri peluang anak-anak membantu berniaga.
Jual, jual..kami penjual madu lebah asli..tolong abah dan ummi di gerai madu lebah kami di depan rumah. |
Alhamdulillah, Kak Ngah dan Kakak dah mahir dengan harga madu lebah yang dijual. Walaupun ada 3 jenis madu lebah yang berbeza kami jual, mereka dapat mengenalinya dengan baik. Mereka telah diajar bagaimana untuk mengendalikan tawar menawar dalam jual beli dengan pelanggan juga.
Kadang-kadang walaupun saya juga ada di gerai, sengaja saya biarkan pelanggan kami berurusan dengan anak-anak dan saya hanya memantau mereka..terkejut juga mulanya apabila saya lihat Kak Ngah dan Kakak sangat petah bercerita kepada customer kami jenis-jenis madu yang dijual. Dan kedua-dua anak saya ini juga semakin bijak dalam hal tawar menawar harga dengan panduan yang diberikan dan dapat mengira sendiri wang baki pelanggan tanpa bantuan saya.
Jika anda berniaga anak-anak juga boleh diajak membantu menguruskan hal-hal mudah berkait perniagaan anda. Contohnya..membantu membungkus, membantu mengira stok dan sebagainya yang boleh dilakukan bersama-sama mereka dengan bimbingan anda sebagai ibu bapa. Hal ini sememangnya sangat digemari anak-anak saya juga.
#Idea 5: Beri mereka peluang berniaga produk mereka sendiri
Sebenarnya banyak yang boleh anda lakukan untuk membantu anak anda belajar berniaga produk mereka sendiri (Hasil kraftangan dan kreativiti atau homemade food yang dihasilkan mereka sendiri). Mungkin anak-anak boleh belajar berniaga dari rumah atau di sekolah( jika perlu, dapatkan izin guru terlebih dahulu).
Ini adalah antara contoh produk yang boleh anak anda hasilkan sendiri dan dijual kepada rakan-rakan. Jika boleh, pilihlah produk yang tidak terlalu mahal yang mampu dibeli rakan-rakan mereka di sekolah.
Brooch DIY |
Gelang manik |
Getah rambut |
Aiskrim Malaysia |
Haa..ini pulak produk yang dijual anak-anak saya di sekolah..apam dot dan kek coklat mini.
(kakak buat sendiri dengan bantuan Ummi) Mulanya kakak cuma membawa sebekas apam ke sekolah. Tapi apabila pulang ke rumah, katanya ada permintaan dari rakan-rakan sekolah supaya kakak menjualnya. Dari situlah mulanya kakak berniaga di sekolah.
Harga yang dijual kepada mereka juga agak murah dan mampu dibeli menyebabkan apam dan kek coklat yang dibawa sentiasa habis dijual. Alhamdulillah...
Apam dot.. |
Mini chocolate cake |
Ummi cuma bancuh adunan. Kakak Husna piping sendiri.. |
Jom kita bungkus pulak...mini choc cake dah sejuk.. |
Idea 6: Galakkan anak-anak menabung
Galakkan anak-anak menabung dengan hasil jualan mereka. Mungkin anda boleh membantu mereka mengasingkan wang tabungan dan wang modal pusingan mereka. Ajar mereka bagaimana untuk mengira keuntungan jualan mereka.
Anak-anak selalunya saya berikan sedikit upah untuk mereka setelah mereka membantu saya berniaga. Tak perlu berikan banyak, memadai dengan hasil usaha mereka membantu kita. Galakkan mereka menyimpan wang hasil usaha mereka di dalam tabung. Mereka akan rasa gembira apabila melihat tabungan mereka bertambah hasil usaha mereka sendiri.
Anak-anak juga boleh belajar mengurus kewangan daripada perniagaan |
Apapun, bagi ibu bapa yang telah mula dapat mencungkil minat berniaga dalam diri anak-anak, teruskan memberi peluang ini kepada mereka dengan bimbingan anda. Dengan sokongan anda, mungkin lebih banyak peluang dan kebolehan mereka yang dapat ditonjolkan.
Semoga kita lebih terbuka dalam memberikan peluang kerjaya kepada anak-anak. Tidak salah untuk memupuk minat berniaga dan keusahawanan dalam diri anak-anak. Manalah tahu jika mereka mempunyai bakat yang besar dalam bidang keusahawanan..dan bakal menjadi seorang usahawan yang berjaya suatu hari nanti..InsyaaAllah..
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk kita bersama..
Ummi Ana@Raihana.
Anda berminat dengan untuk memulakan perniagaan dengan Shaklee?
Berminat untuk mencuba produk Shaklee?
Untuk sebarang pertanyaan, bolehlah berhubung dengan saya seperti berikut:
✍ PM: siti raihana ismail
✐ Blog: Mauceriasokmo
✉ Email: elraihan82@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 019-9387282
➲ COD Area: Setiu(Pak Kancil, Penarek, Merang, Guntong, Saujana) dan Kuala Terengganu(Giant G.Badak, Mydin Mall, Giant K.Trg)
No comments:
Post a Comment
Assalam..sekiranya anda berminat untuk bertanya atau order, boleh juga tinggalkan komen, order dan pertanyaan anda di sini..saya sedia menghubungi dan membantu anda..