Nak cari tentang apa?

Pap Smear: Pengalaman Pertama?

 Assalam..

"Pap smear?? Err..malulah nak buat..penting ke??"


Sebut jer pap smear kebanyakan wanita menganggapnya agak peribadi untuk dikongsikan. Ramai wanita yang masih teragak-agak untuk melakukannya kerana pelbagai sebab..mungkin kerana kosnya, kerana malu, kerana rasa tak perlu dan macam-macam lagi sebab yang membuatkan mereka asyik menangguhkannya..


Sebenarnya Pap Smear cuma satu cara untuk memeriksa sel-sel yang dikumpul daripada serviks dan faraj. Ujian ini boleh mengesan jangkitan, inflamasi, sel-sel yang tidak normal atau kanser. Satu prosedur yang sangat ringkas dan tidak memakan masa yang lama.


Ya, saya pun dah melaluinya..rasanya tak sampai 5 minit dah selesai..dan untuk pengetahuan anda yang belum melaluinya, sebenarnya  ianya  tak sakit pun!!


Pemergian ibu saudara saya beberapa tahun lepas kerana kanser serviks akhirnya benar-benar menyedarkan saya pentingnya Pap Smear..yelah, dalam keluarga dah ada sejarah ahli keluarga yang ada kanser serviks..so, sebagai langkah berjaga-jaga, saya akhirnya buat juga..


Sedikit info mengenai Pap Smear yang mungkin anda perlu tahu sebelum melakukannya.

1.  Alat untuk prosedur Pap Smear

           



2. Siapa yang perlu buat Pap Smear?

Setiap wanita yang pernah mengadakan hubungan seks perlu menjalani ujian Pap Smear ini terutamanya:
  1. Mereka yang telah memulakan hubungan seks pada usia kurang 18 tahun
  2. Mereka yang mempunyai pasangan seks berbilang.
  3. Pasangan seks wanita tersebut atau suami yang mempunyai ramai pasangan seks.
  4. Mereka yang mempunyai Jangkitan kuman HPV (agen penyebab kanser)
  5. Perokok
  6. Mereka yang tidak pernah/lebih 3 tahun tidak melakukan ujian Pap Smear.


3. Bila masa yang sesuai untuk buat Pap Smear?

  • Sewaktu kita bebas dari haid (Waktu bersih). Sebaik-baiknya tidak terlalu dekat dengan hari pertama haid (hari terbaik adalah 10 hari selepas haid). 
  • Sebaik-baiknya juga elakkan hubungan seks pada malamnya sebelum melakukan ujian tersebut. Jika terdapat darah bersama sampel, ini akan mengganggu pemeriksaan mikroskopik sampel tersebut.
  • Elakkan penggunaan ubat dalam faraj dalam tempoh sehari sebelum ujian. Contoh: ubat anti fungal, pessary, ubat maajun, krim vagina dan sebagainya.
  • Elakkan daripada menggunakan tampon/pad
  • Pakai kain atau pakaian yang mudah untuk dikendalikan sewaktu prosedur.


4.  Bagaimana prosedur Pap Smear dibuat?


  1. Berbaring di atas katil.
  2. Doktor atau jururawat akan memasukkan alat kecil yang dinamakan spekulum ke dalam vagina dengan lembut supaya servik boleh dilihat. Sejenis kayu 'wooden spatula' dan berus yang kecil 'cytobrush' dimasukkan ke dalam pangkal rahim (keseluruhan servik 360o) untuk mengambil sedikit sel.
  3. Sampel ini disapu di atas slaid dan dihantar ke makmal untuk diperiksa di bawah mikroskop

Prosedur ini memang tak menyakitkan tapi buat kita rasa tak selesa..maklumlah...


Anda akan mendapat keputusannya setelah 3 minggu-3 bulan pemeriksaan bergantung pada proses makmal klinik anda.



5.  Apa nak buat selepas dapat keputusan?

Jika keputusannya normal, ini bermakna tiada sebarang masalah dikesan.
Anda cuma perlu membuat ulangan ujian setiap 3 tahun sekali..untuk memastikan tiada sebarang keabnormalan.

Bagaimana jika keputusannya menunjukkan terdapat keluarbiasaan?

Keputusan yang luarbiasa termasuklah..

  • Mikroorganisma atau virus dikesan pada smear (Jangkitan penyakit kelamin).
  • Sel-sel berubah akibat jangkitan (perubahan ini sementara dan setempat 'benign' - bukan menunjukkan kanser)
  • Sel-sel di servik menunjukkan perubahan seperti keadaan pra-kanser (sebelum berlaku kanser).
Anda mungkin perlu merujuk kepada doktor pakar untuk membuat pemeriksaan susulan supaya masalah sebenar dapat dikenalpasti lebih awal.



Apapun..janganlah bertangguh lagi..
Anda tak tahu apa yang ada pada dalaman anda..
Luar cantik tak semestinya dalam baik..

Tapi janganlah buat time puasa yer..batal pulak puasa anda nanti.. ;)


Kredit  rujukan:
Portal Alam Hamil
Keindahan Pengalaman
Myservik


No comments:

Post a Comment

Assalam..sekiranya anda berminat untuk bertanya atau order, boleh juga tinggalkan komen, order dan pertanyaan anda di sini..saya sedia menghubungi dan membantu anda..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN@ DISCLAIMER

PENAFIAN@ DISCLAIMER
* Semua produk Shaklee ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Bagi muslim, jika anda sembuh atau berjaya mengatasi masalah anda setelah mengamalkan Shaklee, semuanya dengan izin ALLAH jua.Bagi mereka yang mempunyai penyakit kronik yang tertentu, sila dapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu sebelum mengambil suplemen anda.
Adbox