PROMOSI

PROMOSI
Tawaran Istimewa ini SAH SEHINGGA 31 JUN 2017

Tuesday, December 30, 2014

10 kesilapan penjagaan wajah punca jerawat dan masalah kulit

Assalam..

Ramai yang takutkan jerawat tumbuh di muka. Maklumlah..boleh hilang keyakinan diri dibuatnya..
Namun sebenarnya masih banyak kesilapan yang kita lakukan dalam penjagaan kulit muka seharian tanpa kita sedari ianya telah menyumbang kepada keluarnya jerawat..

Hari ni saya nak kongsikan 10 dari kesilapan yang sering kita lakukan setiap hari tanpa kita sedar ia menjadi penyumbang kepada jerawat dan banyak masalah kulit...

Rasanya sekurang-kurangnya ada satu atau dua kesilapan di bawah sering kita lakukan dan mungkin dah jadi amalan biasa...
Haa..cuba cek kesilapan-kesilapan di bawah..pernah tak anda buat??

10 Kesilapan penjagaan wajah punca jerawat dan masalah kulit

Kesilapan 1

Cuci muka terlalu kerap




Eh..salah ke cuci muka kerap??
Yer..sebenarnya ada dua sebab kenapa kita tak boleh cuci muka terlalu kerap:

1. Boleh menyebabkan kulit terlalu kering dan hilang kelembapan selepas dicuci atau..
2. Kulit akan cenderung jadi lebih berminyak dan berjerawat 

Mencuci muka anda dengan pencuci muka dua kali sehari sahaja sudah memadai untuk membersihkan muka iaitu pada waktu pagi dan sebelum tidur.


Kesilapan 2

Menyental dan menggosok kulit muka dengan kuat semasa mencuci muka

Ramai yang ingat bahagian muka yang ada jerawat atau bermasalah perlu disental atau digosok lebih kuat untuk mengeluarkan sebum dan kotoran dalam liang roma. Sebenarnya kita tidak boleh menggosok terlalu kuat kerana ia akan menyebabkan kulit menjadi kemerahan dan men'cederakan' kulit dari dalam..

Gosok dengan lembut sahaja pada bahagian bermasalah dan elakkan menggaru atau memicit jerawat semasa mencuci muka..


Kesilapan 3

Menggunakan scrub terlalu kerap

Jangan scrub terlalu kerap!!
Sumber: WikiHow

Scrub selalunya mempunyai tekstur berbiji yang agak kasar. Elakkan menggunakan scrub terlalu kerap..bagi sesetengah orang, terlalu kerap menggunakan scrub boleh menyebabkan kulit menipis, lebih sensitif dan boleh menyebabkan gatal..

Sebaiknya gunakan scrub yang mempunyai tekstur lebih halus dan memadai melakukan scrub 1-3 kali sahaja seminggu.


Kesilapan 4

Memicit jerawat dengan kuku dan alat yang tidak disteril

Jika anda tiada kemahiran profesional dan alat yang sesuai untuk memicit jerawat, sila jangan lakukannya sendiri.

Memicit jerawat dengan kuku boleh memindahkan kuman daripada jerawat lain yang telah dipicit. Ini boleh menyebabkan lebih banyak jerawat yang keluar.

Jerawat yang dipicit juga selalunya meninggalkan kesan parut hitam atau kemerahan pada kulit anda jika tidak dilakukan dengan betul.


Lebih baik jika jerawat dibiarkan mengecut sendiri atau mengambil vitamin c, vitamin anti jerawat yg boleh membantu mengecutkan jerawat anda secara semulajadi.


Kesilapan 5

Membiarkan syampu rambut terkena muka

Syampu rambut mengandungi bahan pelembab atau minyak untuk melembutkan rambut. Jika terkena pada muka, minyak tersebut boleh meresap ke dalam kulit muka dan boleh menyebabkan jerawat.

Sebab tu kebanyakan salon rambut membilas rambut dari belakang supaya syampu tidak terkena kawasan muka. Sebaiknya elakkan buih syampu rambut terkena muka anda.


Kesilapan 6

Membiarkan peluh di muka kering sendiri tanpa dilap



Anda kuat berpeluh? Kalau begitu lebih baik anda sentiasa menyediakan sapu tangan atau tisu untuk mengelap peluh.

Jangan dibiarkan peluh anda kering sendiri di muka tanpa dilap. Sebaiknya lap muka anda dengan kain yang bersih untuk mengelakkan peluh anda kering dan menyerap kedalam kulit muka anda. Peluh anda mungkin mengandungi kotoran bersamanya.

Jika anda berwudu', sebaliknya pula. Kerana air wudu' mempunyai kebaikannya sendiri dan sebaiknya dibiarkan kering sendiri.


Kesilapan 7

Gunakan tuala badan sebagai tuala muka

Ramai yang buat ni..lap muka menggunakan tuala badan. Sebaiknya asingkan tuala untuk muka dan badan. 

Jika tuala badan anda mempunyai kotoran, sangat mudah ia merebak ke muka anda juga. Lagipun tuala badan kita lebih banyak melekat kotoran atau kuman berbanding tuala muka.

Sebaiknya gantikan tuala anda setiap minggu agar kebersihan anda lebih terjaga.


Kesilapan 8

Menggunakan produk penjagaan muka untuk lelaki bagi wanita atau sebaliknya

Kadangkala bila tinggal serumah dengan ahli keluarga yang lain mudah berlaku seperti ini.
Anda harus ingat..menggunakan pencuci muka atau produk untuk jantina berbeza boleh memberikan kesan kepada kita.

Contohnya, scrub untuk lelaki memang lebih kasar teksturnya daripada scrub untuk wanita. Jangan sampai ia menjejaskan kulit anda kerana formulasinya yang tidak sesuai dengan anda. 

Bagi lelaki pula, menggunakan produk penjagaan kulit untuk wanita mungkin tidak memadai untuk mengatasi masalah kulit anda kerana formulasi untuk wanita selalunya lebih lembut dan kurang efektif bagi lelaki yang mempunyai tekstur kulit yang lebih kasar.


Kesilapan 9

Memakai make up sebelum tidur

Nak tidur pun pakai make up??
Sumber: Google

Memangla kalau boleh nak cantik selalu..tapi make up memang dilarang sama sekali dipakai ketika tidur. Make up yang tidak dibersihkan sebelum tidur akan menyumbat liang roma kita dan boleh menyebabkan jerawat.

Sebaiknya cuci muka sebelum masuk tidur supaya kulit boleh bernafas semasa tidur dan merehatkan wajah anda.


Kesilapan 10

Cuci muka dengan suhu air terlalu panas atau sejuk

Menggunakan air terlalu panas boleh mencederakan kulit muka. Jika menggunakan air yang terlalu sejuk pula boleh membuat kulit anda rasa 'terkejut' dan melemahkan peredaran darah dan oksigen pada kulit.

Sebaiknya gunakan air suam untuk mencuci muka.


Tips memilih pencuci muka


Kulit sensitif: gunakan pencuci muka yang bebas aroma/wangian

Kulit berminyak: pilih pencuci muka yang berasaskan air berbentuk gel atau buih

Kulit kering: gunakan pencuci muka yang mengandungi formula kelembapan atau berasaskan losyen

Kulit normal: gunakan jenis pencuci muka untuk kulit normal. Biasanya ia mempunyai formula dan pH yang seimbang dengan kulit normal.


Produk penjagaan kulit Shaklee ada ke??

Ya..Shaklee bukan sahaja mempunyai produk vitamin untuk kulit bahkan untuk produk penjagaan kulit luaran juga. Bukan saja pencuci muka..semuanya ada..

Bagi yang nak mencuba produk skincare untuk muka Shaklee mempunyai 2 jenis produk iaitu Enfuselle dan Nutriwhite. Haa..nak tahu yang mana sesuai untuk anda??

Boleh hubungi saya..
saya akan bantu anda memilih produk yang sesuai dengan jenis kulit anda..




Hubungi saya sekarang yer!!
Raihana-019 9387282

Untuk sebarang pertanyaan tentang produk, bolehlah berhubung dengan saya seperti berikut:

✍ PM: siti raihana ismail
✐ Blog: Mauceriasokmo
✉ Email: elraihan82@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 019-9387282
➲ COD Area: Setiu(Pak Kancil, Penarek, Merang, Guntong, Saujana) dan Kuala Terengganu(Giant G.Badak, Mydin Mall, Giant K.Trg)

1 comment:

Assalam..sekiranya anda berminat untuk bertanya atau order, boleh juga tinggalkan komen, order dan pertanyaan anda di sini..saya sedia menghubungi dan membantu anda..

PENAFIAN@ DISCLAIMER

PENAFIAN@ DISCLAIMER
* Semua produk Shaklee ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Bagi muslim, jika anda sembuh atau berjaya mengatasi masalah anda setelah mengamalkan Shaklee, semuanya dengan izin ALLAH jua.Bagi mereka yang mempunyai penyakit kronik yang tertentu, sila dapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu sebelum mengambil suplemen anda.