Nak cari tentang apa?

6 Tips turunkan berat badan ibu menyusu tanpa jejaskan penyusuan!!

Assalam..

Bulan ni sekali lagi tema nak cantik. Hari ni saya fokus pada ibu menyusu yang ingin turunkan berat badan..Boleh ke ibu menyusu turunkan berat badan?? Pengalaman sendiri?? Ya..saya turun berat 20kg selepas bersalin hanya dengan menyusu dan dengan bantuan set menyusu sahaja..


Sebelum saya cerita pengalaman saya, just nak kongsi satu fakta yang ramai mengakuinya benar..

Apa pendapat anda??

Saya harap fakta di atas benar-benar membantu ibu menyusu membuka minda mereka untuk lebih positif dalam usaha menurunkan berat badan atau mengembalikan berat badan asal mereka sebelumnya.


Saya akan kongsikan beberapa cara yang boleh ibu menyusu amalkan untuk menurunkan berat badan secara efektif..


Tips 1:
Kunyah makanan perlahan-lahan




Nampak mudah nak buat, tapi susah juga kalau tak biasa amalkan. Apalagi jika makanan yang dikunyah tu sedap!! Paling banyak 10 kali kunyah terus rasa nak telan.


Sebaik-baiknya kunyah 40 kali sebagaimana sunnah Rasulullah untuk membantu penghadaman kita terutamanya apabila makan daging, dan makanan yang sukar dihadam.


Sewaktu mengunyah, otak akan menerima signal 'kenyang' pada waktu yang sepatutnya. Jika terlalu laju mengunyah, otak kita mungkin tak sempat nak bagi signal yang kita sebenarnya dah kenyang. Maka kita mungkin masih tak berhenti makan walaupun sebenarnya dah memadai dengan apa yang kita perlukan.



Tips 2:
Bakar kalori dengan susukan bayi anda sekerap yang mungkin.





Terdapat beberapa kajian mengatakan dengan menyusukan bayi, ibu menyusu secara tidak langsung telah hilang sekitar 300 ke 500 kkal sehari bersamaan dengan berjoging atau melakukan aktiviti berbasikal selama satu jam!!

Untungnya ibu menyusu..

Terutamanya bagi ibu menyusu yang ada banyak peluang untuk menyusu secara terus dengan bayi mereka!! Saya percaya ramai ibu lagi ibu yang tidak sedar hal ini. Jadikan tempoh penyusuan selepas melahirkan sebagai titik permulaan untuk anda kembali langsing..Bukannya tempoh bersedih sebab badan dan bertambah besar selepas bersalin!!

Jika mampu, susukan bayi anda sekerap yang boleh..


Tips 3:
Jaga pemilihan makanan




Anda cuma perlukan kalori lebih banyak kerana menyusu, tetapi bukan lemak secara berlebihan.
Kerapkan memakan buah dan sayuran berserat untuk membantu melawaskan sistem pembuangan anda.

Amalkan makanan kaya serat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran 5 kali sehari. Menambah 50 gram pemakanan kaya serat dapat meningkatkan lagi penurunan berat badan.


Anda  perlu memilih makanan yang membantu penyusuan dan membantu meningkatkan metabolisme untuk penurunan berat badan. Boleh lihat 20 makanan yang menambah susu badan. Antara makanan yang dicadangkan, makanan apakah yang paling baik untuk menambah susu badan tetapi pada masa yang sama membantu anda menurunkan berat badan..Antaranya, oat dan kurma/cuka kurma.

Jangan lupa, anda juga perlu makan untuk penyusuan.

Yang paling penting,  jauhkan sama sekali makanan ringan!!

Boleh juga lihat 7 Tips turunkan berat badan tanpa berlapar



Tips 4:
Lakukan senaman ringan




Senaman membantu meningkatkan metabolisma dan seterusnya menurunkan berat badan dengan lebih mudah.

Apa senaman  terbaik untuk seorang ibu menurunkan berat badan?

Antaranya melakukan segala kerja fizikal di rumah. Contohnya menyapu rumah, mengemop, dan memasak. Apa sahaja aktiviti yang boleh membuat anda berpeluh!!

Melakukan senaman selama 20 minit 3 kali seminggu boleh membantu anda menurunkan berat badan sebanyak 0.5 kg seminggu.


Tips 5:
Minum air secukupnya






Minum air 6 hingga 8 gelas air sehari juga dapat membantu meningkatkan penurunan berat badan. Sebaik-baiknya 1 liter air diperlukan untuk setiap 25kilogram berat badan anda. 


Selain membantu mengeluarkan toksin dalam tubuh, air juga penting untuk keseimbangan kimia dalam badan dan mempercepatkan pemecahan lemak berlebihan!








Tips 6:

Pilihlah kaedah turunkan berat secara perlahan-lahan tetapi konsisten

♥ Tips dari majalah RAPI Apr 2012
Elakkan Diet Drastik : Pengurangan berat badan sebanyak 1kg sebulan adalah lebih baik drp turun berat badan dgn banyak secara drastik dan mendadak. Ia boleh mengganggu kesihatan dan tidak mustahil jika anda berhenti berdiet, berat badan juga akan bertambah secara mendadak atau lebih teruk dari dahulu.

Awas jika anda ibu menyusu tetapi inginkan berat badan anda turun terlalu cepat dan mendadak..kerana jika berat ibu menyusu berkurang secara drastik, bukan sahaja berat berkemungkinan naik semula, tetapi susu anda juga mengalami tahap merudum yang drastik juga..Kenapa yer..

Sebabnya...

Berat anda turun mendadak berkemungkinan kerana kalori daripada pemakanan anda dikurangkan secara mendadak juga..Kebanyakan kaedah turunkan berat ialah mengurangkan kalori dari pemakanan harian.

Ibu menyusu perlukan lebih banyak kalori berbanding orang lain. Kalori mereka dikongsikan dengan anak yang disusukan..Jika kalori dikurangkan secara mendadak..berkemungkinan susu anda juga semakin berkurang..kasihan bayi anda nanti..

Sebaik-baiknya..turunkan berat secara perlahan-lahan tetapi konsisten.

Nak cuba cara Shaklee?
Saya cadangkan Set Slimming Ibu Menyusubukan sahaja membantu menurunkan berat badan, bahkan menambah susu badan..pendek kata, SET 2 IN 1..

Ini adalah contoh testimoni pengguna yang mendapat penurunan 10kg setelah mengambil Set Slimming Bajet Shaklee yang sesuai untuk ibu menyusu.
Itupun setelah konsisten mengamalkan Set Slimming Shaklee selama setahun...memang ada juga yang berjaya menurunkan lebih banyak berat dalam setahun..namun semua itu bergantung juga pada usaha tambahan anda..(bersenam, jaga pemakanan, minum air yang secukupnya)


Apapun..boleh baca di sini kenapa kita perlu turunkan berat badan secara perlahan-lahan..






Semoga 6 tips yang diberikan sedikit sebanyak membantu ibu menyusu yang ingin menurunkan berat badan selepas bersalin.


Pengalaman saya sendiri??

Turun 20kg dari 68kg hari kedua selepas melahirkan (Nov 2012)kepada 48kg selepas 6-7 bulan(berat masih sama sehingga sekarang-Dis 2014). Lebih ringan berbanding sebelum berkahwin 51kg.

Saya hanya konsisten mengamalkan Set Menyusu Shaklee dalam tempoh penyusuan. Kadangkala ada masanya terlupa ambil juga. Walaubagaimanapun..dengan bantuan penyusuan penuh selama 2 tahun lebih saya dapat mencapai berat ideal saya.

Seriously, menyusu badan selama 2 tahun dan kini meneruskan dengan extended breastfeeding benar-benar membantu saya menurunkan berat badan selepas bersalin. Alhamdulillah, semuanya dengan izin Allah juga..walaupun berat turun..susu saya tetap cukup untuk anak saya dan saya hanya menyusukan anak saya dengan susu badan sahaja.


Ingin saya bantu anda??

Berat badan masih degil nak turun walaupun banyak cara anda dah cuba? Jangan putus asa ya ibu-ibu!! Masih banyak cara anda boleh membantu diri anda kembali kurus tanpa menjejaskan penyusuan untuk si kecil anda...

InsyaaAllah, saya boleh membantu anda..


Hubungi saya yer..

SMS/Whatsapp/Call:
Raihana | 019-938 7282



Untuk sebarang pertanyaan tentang produk, bolehlah berhubung dengan saya seperti berikut:
✍ PM: siti raihana ismail
✐ Blog: Mauceriasokmo
✉ Email: elraihan82@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 019-9387282
➲ COD Area: Setiu(Pak Kancil, Penarek, Merang, Guntong, Saujana) dan Kuala Terengganu(Giant G.Badak, Mydin Mall, Giant K.Trg)

No comments:

Post a Comment

Assalam..sekiranya anda berminat untuk bertanya atau order, boleh juga tinggalkan komen, order dan pertanyaan anda di sini..saya sedia menghubungi dan membantu anda..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN@ DISCLAIMER

PENAFIAN@ DISCLAIMER
* Semua produk Shaklee ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Bagi muslim, jika anda sembuh atau berjaya mengatasi masalah anda setelah mengamalkan Shaklee, semuanya dengan izin ALLAH jua.Bagi mereka yang mempunyai penyakit kronik yang tertentu, sila dapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu sebelum mengambil suplemen anda.
Adbox