Nak cari tentang apa?

Tips beli keperluan anak masuk sekolah. Apa nak dibeli??

Assalam...

Ibu-ibu dah beli keperluan sekolah anak-anak? Bagi ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang bakal melangkah ke Tahun 1 mungkin masih risau memikirkan keperluan persekolahan yang perlu dibeli..insyaaAllah..saya kongsikan serba sedikit senarai keperluan persiapan sekolah anak-anak sebagai panduan untuk ibu bapa yang mempunyai anak yang bakal bersekolah rendah pada tahun hadapan.

InsyaaAllah, tahun depan saya juga ada 3 anak dara yang akan bersekolah dalam Tahun 5, Tahun 4 dan Tahun 1..yang lelaki sulong baru nak masuk 5 tahun tahun depan dan Husein pula masih dalam fasa homeschool dengan umminya..hehe..

Alhamdulillah..anak-anak saya yang sebelum ni masuk sekolah dengan persiapan seadanya saja. Biasanya baju sekolah anak-anak saya jahit sendiri..cuma tahun lepas tak sempat nak jahitkan..
..akhirnya suami cadangkan kami beli jer..tahun ni, insyaaAllah..dah jadi wahm bolehlah jahit sendiri jer..hmm...tengok ongkos sehelai baju kurung sekolah rendah dah rm30 di kedai..dengan kualiti kain yang sesetengahnya tak berapa memuaskan juga..akhirnya, kami decide untuk beli kain dan jahit sendiri je..

Untuk ibu bapa yang anak-anak mereka bakal bersekolah pada tahun hadapan seeloknya menyediakan persiapan persekolahan lebih awal..haa..kalau sekarang ni dah siap semuanya baguslah..kenapa kene siapkan awal-awal?

Sebabnya..

  • Baju atau uniform sekolah yang dijual selalunya cepat habis saiz. So, bimbang nanti anak kita terpaksa pakai saiz apa yang ada je..tak comey la kan..kalau beli lebih awal, saiz tak sesuai pun kita masih ada masa untuk tukar atau ubahsuai..
  • Time cuti sekolah biasanya sangat ramai ibu bapa yang shopping persediaan sekolah selepas dapat gaji..so bulan ni..masa terbaik untuk anda shopping keperluan sekolah anak-anak adalah sebelum hari gaji..kalau tak, agak sesak juga lah nak membeli belah dengan anak-anak nanti...
  • Untuk menaikkan semangat anak supaya teruja dan tak sabar nak bersekolah..So, bila awal-awal anak dah dapat baju sekolah dan keperluan sekolah, lagi teruja anak kita nak masuk sekolah....
Kebiasaannya ada sesetengah sekolah di bandar dah buat orientasi awal untuk anak-anak Tahun 1..supaya mereka kenal sekolah dan tau suasana di sekolah sejak sebelum hari pertama persekolahan...Nanti tak adalah adegan meraung dan bergantung kat kain mak ayah hari pertama sekolah...macam anak saudara saya ni..Lutfi..sekolahnya pun dah buat orientasi untuk Tahun 1..Tahun depan Lutfi dah nak masuk Tahun 1..Good Boy Lutfi!!

Che long pinjam gambar lutfi yer..

Risaunya..apa yang nak kene beli dulu ni..

Biasanya keperluan yang perlu disediakan untuk anak-anak yang baru nak masuk sekolah ni macam nilah...

Perlu beli sebelum hari pertama sekolah(Sekolah kebangsaan)

1. Baju kemeja putih/baju kurung putih-Paling kurang perlukan 3 helai untuk seorang anak..sempatlah nak rotate untuk basuh even time hujan..kalau tak mampu, 2 helai pun dah ok sebenarnya.

2. Seluar panjang/kain sekolah warna biru gelap-3 helai juga. Minimum 2 helai..dan jika anak bertudung..boleh belikan tudung sekolah instant jer..itupun kalau sekolah benarkan. Bertanyalah kepada guru terlebih dahulu. Tak semua sekolah benarkan tudung instant di sekolah.

Ini adalah antara harga uniform jenama Canggih yang saya printscreen dari laman E-Shop Canggih. Sekadar panduan untuk anggaran kos yang perlu anda sediakan untuk uniform sekolah anak anda. haa..boleh tahan jugak, kan..Kalau nak jimat beli kain jahit sendiri atau upah jahit je..

3. Beg sekolah

Beg pilihan anak-anak..Beg macam ni average rm35-rm60 sahaja.
Harga beg sekolah beroda biasanya rm50-rm100+ la..

Kalau kelas anak anda kat aras bawah sahaja elok juga jika beli beg beroda (jika anak anda kecik molek dan tak kuat nak angkat). Apapun, pada pandangan saya dengan pengalaman anak-anak yang lepas, ada beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum membeli beg beroda untuk anak anda..

Pengalaman anak-anak pakai beg beroda??..kata anak saya yang kelasnya di tingkat atas, kesian mereka sebab beg beroda+buku agak berat nak bawak naik tangga..ada rakan mereka yang tiap hari mak ayah tolong bawak naik dan turun beg tu..sesetengah beg beroda pula, rodanya lagi berat daripada beg.

Apapun, terpulang pada anda..Saya beri peluang anak rasa dulu pengalaman bawa beg beroda..sudahnya, tahun depan mereka dah tak nak beg beroda lagi..hihi...

Pilihlah beg sekolah yang fleksibel..Beg mestilah ada ruang letak buku yang besar(sebab buku teks ni biasanya banyak nak kene bawa (walaupun dah ikut jadual)..kesian tengok anak saya, Kak Ngah dulu..berat beg daripada tuannya..hehe..


4. Seluar sukan / track suit dua helai

Kebiasaanya dua hari dalam seminggu persekolahan ada latihan pendidikan Jasmani. So, memang kene pakai sukan, seluar sukan dan adakalanya tudung untuk bersukan(murid perempuan).

Boleh beli seluar sukan yang kainnya tidak terlalu tebal, berat dan panas..terpulang jenama apa yang sesuai dengan anak anda..


5. Stokin

Saya cadangkan anda beli sekurang-kurangnya 2@3 helai..maklumlah..stokin anak-anak dipakai sehingga habis waktu sekolah..untuk lebih bersih, gantikan setiap 2 hari pun dah ok..kalau dapat beli untuk 5 hari terus lagi bagus..carilah stokin dengan saiz umur yang tepat untuk anak anda untuk keselesaannya.


6. Kasut sekolah

Sebaiknya beli dua pasang terus jika mampu. Tapi bukan untuk dipakai sekaligus, tetapi sebagai backup jika kasut yang satu lagi rosak. Selalunya dalam 6 bulan kasut anak saya perlu diganti baru kerana tapak kasut cepat haus atau ada bahagian kasut yang rosak. Biasanya sukar nak mencari kasut sekolah pada pertengahan tahun. Untuk memudahkan anda kemudian hari, lebih baik sediakan kasut spare untuk anak anda.

Pilihlah kasut yang mudah dibasuh tak perlu dikapurkan terlalu banyak. Tentang jenama, saya tidak terlalu memilih..asalkan selesa dipakai dan mudah dijaga. Tentang tahan lasak..hmm..bergantung pada anak anda juga..




7. Kapur kasut

Wajib ada jika kasut sekolah anak anda berwarna putih..pilihlah kapur kasut yang siap ada sponge pada botolnya..senang anak-anak nak guna untuk kapurkan sendiri. Tapi kagum juga tengok kasut anak-anak orang yang mantain bersih walaupun tak pakai kapur..katanya kalau pakai kapur, kain pada kasut cepat rapuh dan mudah koyak..hmm..apapun terpulang pada anda.

8. Pensel Warna

Keperluan alatulis seperti pensel warna wajib ada bagi anak-anak sekolah rendah. Boleh belikan yang berkualiti seperti Luna atau Faber Castell..sebab warnanya juga lebih terang dan menarik. Biasanya terdapat dalam bilangan 12, 24 dan 36 warna. Anak-anak sekolah rendah memang kene banyak mewarna. Jangan lupa sediakan pengasah pensel juga..

*Tips tak nak pensel warna anak tertukar dengan orang lain punya..

Boleh guriskan sedikit macam gambar di atas dan tuliskan dengan pen nama anak anda..
insyaaAllah..senang nak kenalpasti kalau ada yang terambil.

9. Alatulis 

Apa alatulis yang perlu dibeli?

  • Pensel 2B
  • Pemadam
  • Pembaris
  • Pengasah pensel
  • Gam dan gunting
  • Bekas pensel




10. Pembalut buku lutsinar dan sellotape.

Saya lebih suka beli pembalut buku lutsinar yang bersaiz buku buku teks macam ni..biasanya terdapat dalam saiz 5 meter atau 10 meter segulung.





11. Permanent Marker pen 

Marker pen ni sebenarnya untuk ibu menulis nama pada beg, kasut dan peralatan sekolah anak-anak yang perlu ditanda supaya tidak tertukar dengan yang lain termasuklah pakaian sekolah anak-anak. Tapi nak menanda biarlah di tempat yang sesuai yer..

Pengalaman saya sebagai ibu? Dah beberapa kali juga anak tertukar tudung sekolah dan kasut dengan rakan mereka..maklumlah..kadang-kadang anak-anak tak alert sangat dengan pakaian dan keperluan mereka.



12. Tumbler dan bekas bawak bekal ke sekolah

Biasakan anak anda membawa bekal dari rumah. Selain menjimatkan wang, anak-anak juga dapat dipastikan mendapat khasiat yang anda ingini daripada makanan rumah atau masakan anda sendiri yang lebih terjamin kebersihannya. Sekurang-kurangnya bekalkan anak anda dengan air sahaja.

Dengan bekas yang cantik dan hidangan bento yang menarik pasti anak anda teruja untuk membawa makanan rumah yang dibekalkan kepada mereka.

Bekas seboleh-bolehnya tidaklah terlalu mahal kerana jika hilang, tidaklah terasa sangat yer..
Anak-anak mesti suka bawa bekal kalau dapat bento macam ni..
Shaker shaklee juga saya jadikan tumbler untuk bekal air anak-anak ke sekolah. Sebiji cuma rm10..


Itu saja??
Ada lagi yer...


Perkara yang perlu dibeli pada hari pertama persekolahan/hari daftar sekolah

Biasanya sekolah akan memberikan senarai keperluan tersebut pada hari pra daftar atau hari pendaftaran sekolah. Selepas berhabis untuk keperluan persiapan anak-anak ke sekolah, pertimbangkan juga perbelanjaan untuk keperluan seperti ini setelah anak anda mendaftar.

  • Lencana(Iron/Jahit)
  • Buku rampaian
  • Fail rekod murid
  • Lain-lain buku rekod murid
  • Buku Nilam
  • Tali leher/vest
  • T-shirt sukan sekolah
  • .....bergantung kepada senarai pihak sekolah..
Hmm..cuba kira berapa banyak yang perlu disediakan untuk seorang anak yang bersekolah. Kalau dah 3 orang anak bersekolah macam kami ni?? Haa..boleh botak juga kepala tau!!..huhu..

Realitinya hari ini..


Realiti sebenar??

Berbelanjalah mengikut kemampuan. Anak-anak perlu diajar untuk bersyukur dengan apa yang mereka miliki. Di luar sana, berapa ramai lagi ibu bapa yang tidak mampu menyediakan  semua keperluan ini..bagi saya..jika keperluan persekolahan anak yang lepas masih elok, tidak perlulah dibeli yang baru..gunakanlah selagi ia masih boleh digunakan..

Semoga anda telah mempertimbangkan banyak perkara yang saya kongsikan pada hari ini. Apapun, ia sekadar pandangan daripada saya..Terpulanglah kepada anda. 


Semoga bermanfaat juga untuk semua..yang pastinya..belilah apa yang anak-anak perlu..bukannya apa yang mereka mahu sahaja. Dalam dunia hari ini bisnes adalah salah satu cara untuk menambah pendapatan keluarga selain pekerjaan tetap..Semoga dimurahkan rezeki kita semua dalam memenuhi keperluan dunia yang serba "MAHAL" hari ini..


*Sila share jika anda rasa senarai ini berguna..Terima Kasih..

UMMI ANA


1 comment:

  1. wahhh..bestnyer nak masuk sekolah ye adik adik.. hehehe.. anak saya tahun depan baru standard 1. mamanya nervous gak ni nak pilih sekolah.. huhu...wish me luck...

    www.bidadarigojes.blogspot.com

    ReplyDelete

Assalam..sekiranya anda berminat untuk bertanya atau order, boleh juga tinggalkan komen, order dan pertanyaan anda di sini..saya sedia menghubungi dan membantu anda..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN@ DISCLAIMER

PENAFIAN@ DISCLAIMER
* Semua produk Shaklee ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Bagi muslim, jika anda sembuh atau berjaya mengatasi masalah anda setelah mengamalkan Shaklee, semuanya dengan izin ALLAH jua.Bagi mereka yang mempunyai penyakit kronik yang tertentu, sila dapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu sebelum mengambil suplemen anda.
Adbox