Nak cari tentang apa?

Resepi apam susu mudah, menjadi dan cantik

Assalam...


Hari ni saya nak share resepi apam susu yang paling mudah nak buat. Dah ramai pun yang share resepi apam susu ni..banyak versi juga resepinya..Cumanya cara saya buat ialah guna apa yang ada jer..Tak payah pakai mixer, tak perlu timbang-timbang..cuma sukat guna sudu, cawan dan blend jer..yang penting ada periuk kukus..buat apam susu ni tak perlu nak guna oven..bukan saja mudah, yang pastinya insyaaAllah menjadi resepi ni..

Setakat ni dah banyak kali saya buat..Alhamdulillah...sedap dan anak-anak pun suka..



Bahan-bahan:

2 cawan tepung gandum
1 cawan gula kastor/pasir
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar ovallette
4 sudu besar susu pekat manis
1/2 cawan susu segar@ susu tepung dibancuh*tak letak pun tak apa. Jika letak, apam lebih lembut.
4 biji telur
2 sudu minyak masak
Pewarna makanan

Cara-caranya:

1. Pukul atau blend telur bersama gula, esen vanilla dan ovallette hingga kembang. Jangan blend terlalu lama adunan ini.
2. Masukkan susu pekat manis dan pukul lagi hingga sebati. Masukkan susu.
3. Tuangkan adunan ke dalam bekas, dan masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit dan kaup balik sehingga sebati dan akhir sekali masukkan sedikit minyak masak.
4. Asingkan adunan kepada beberapa bahagian dan masukkan pewarna yang anda ingini.

Tips:
Jika anda inginkan corak seperti di atas, mulakan tuang adunan ke dalam loyang dari tengah dan selang selikan mengikut warna. Setelah habis adunan dituang, ambil sebatang lidi dan dan buat garisan dari tepi loyang ke tengah untuk hasilkan bentuk kelopak bunga.

5. Setelah selesai, anda akan lihat rupa adunan apam sebelum dikukus seperti di bawah. Pastikan pengukus telah dipanaskan terlebih dahulu dan kukus selama 45 minit-60 minit atau sehingga apam masak. Periksa dengan cucukan garfu. Jika telah masak, garfu yang dicucuk kelihatan bersih dan tidak melekat dengan adunan.

Untuk pastikan wap air tidak menitik di atas apam semasa dikukus, boleh tutupkan bahagian atas loyang secara longgar dengan aluminium foil atau lapik bahagian dalam tudung pengukus dengan kain dan kukus dengan api sederhana. Jika tidak, apam mungkin akan kelihatan menggelembung atau permukaannya tidak rata dan cantik. 

Ready untuk dikukus..hasilnya?? Macam kat atasla..
Apapun, apam susu ni memang sedap dimakan bersama keluarga dan sangat sesuai untuk hidangan minum petang.

Senang je nak membuatnya, kan?
Lepas ni bolehla cuba yer...


SELAMAT MENCUBA!!
Jangan lupa kongsikan hasilnya di ruang komentar di bawah yer..


-Ummi Ana-
019-938 7282


9 comments:

  1. Tak perlu letak baking powder pun anis..

    ReplyDelete
  2. akk , tadi saye buat tapi dye jadi mendap .. tak gebu :(

    ReplyDelete
  3. Sis Ainoor Feeza, boleh jadi sis blend adunan terlalu lama. Sama macam kek, jika adunan dipukul terlalu lama juga boleh menyebabkan kek jadi bantat atau mendap..

    atau mungkin air menitik terlalu banyak di tengahnya..jika boleh tutup permukaan atas dengan aluminium foil atau lapik bahagian dlm tudung pengukus dengan towel supaya air tidak menitik. Jika menggunakan aluminium foil, jangan ditutup kemas tepinya..sekadar meletakkannya di atas loyang dengan ruang udara masih ada di tepinya. Jika tidak apam akan lambat masak dan lambat naik.

    ReplyDelete
  4. slm sis, saya punya pon jadi bantat tak tau la silap kat mana blend x da la lama mana pon skjp jer..sh tutup loyang dgn aluminium foil n dah balut penutup kukus dgn kain..masih tak menjadi di..dah 3 kali try ni kecewa sgt..hope sis sudi bantu Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bantat tu maksudnya tak naik langsung ke sis..akak guna pengukus tradisional je. Alhamdulillah dh 4-5x buat memang jadi mcm kat gambar atas..maaf sis..tak tau apa masalahnya kalau xjadi jugak.maybe suhu api berbeza kot..akak buat versi mini dlm cawan pun naik elok. Cuma jangan expect naik mcm kek yang fluffy dan ringan tu ya sis..sbb apam memang padat sedikit isinya.

      Delete
  5. Replies
    1. Terpulang sis..tapi setakat ni akak memang tak pernah letak..

      Delete

Assalam..sekiranya anda berminat untuk bertanya atau order, boleh juga tinggalkan komen, order dan pertanyaan anda di sini..saya sedia menghubungi dan membantu anda..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN@ DISCLAIMER

PENAFIAN@ DISCLAIMER
* Semua produk Shaklee ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Bagi muslim, jika anda sembuh atau berjaya mengatasi masalah anda setelah mengamalkan Shaklee, semuanya dengan izin ALLAH jua.Bagi mereka yang mempunyai penyakit kronik yang tertentu, sila dapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu sebelum mengambil suplemen anda.
Adbox