Nak cari tentang apa?

Petua surutkan bengkak gout dengan madu lebah dalam 1-3 hari sahaja, insyaaAllah..

Assalam..

Hari ni saya nak berkongsi petua untuk surutkan bengkak gout. Saya dapat petua ini daripada salah seorang pakcik dari Selangor. Saya bertemu beliau kerana beliau sedang mencari madu lebah asli dan kebetulan suami saya menjualnya. Memandangkan gerai madu lebah kami ditutup pagi tersebut, pakcik tu akhirnya terus ke rumah.

Alhamdulillah, ada hikmahnya dapat berjumpa dengan pakcik tu..Kami berbual-bual seketika mengenai madu lebah asli dan akhirnya beliau sudi berkongsi satu petua merawat Gout menggunakan madu lebah asli. Menurut beliau dah beberapa orang daripada rakannya sendiri dirawatnya menggunakan cara ini.

Rasanya lebih bermanfaat juga jika saya dapat kongsikannya di sini. InsyaaAllah mujarab menurut beliau kerana rakan-rakan beliau sendiri mengakui ianya berhasil setelah mencubanya.




Cara merawat bengkat gout

Sediakan bahan untuk rawatan seperti berikut:

  • Madu lebah asli
  • Limau nipis
  • Kapur makan
  • Kain barut
Langkah-langkah:

  1. Campurkan kapur makan dengan sedikit perahan limau nipis. Berapa banyak kapur diperlukan bergantung kepada sebanyak  mana diperlukan untuk disapu pada kawasan bengkak dan sekelilingnya.
  2. Sapukan campuran tadi pada bahagian yang bengkak dan di sekelilingnya juga.
  3. Biarkan kering seketika.
  4. Setelah kering, sapukan madu lebah asli pada bahagian yang sama tadi. Biarkan madu meresap dan kering seketika dan kemudian barutkan.
  5. Biarkan barutan semalaman.
(Digalakkan dilakukan pada sebelah malam sebelum tidur dan buka barutan keesokan harinya)


Sangat berbesar hati mendapat petua ini daripada mereka yang pernah mencubanya sendiri dan diakui berjaya dalam 1-3 hari sahaja dengan izin Allah..Kata pakcik tu lagi, biasanya pesakit gout yang telah dirawatnya telah pulih setelah rawatan ini dilakukan..Jika masih berulang bengkaknya bolehlah diulang semula rawatan menyurutkan bengkak ini.


Terima kasih pakcik..terlupa nak bertanyakan namanya..mudah-mudahan kita berjumpa lagi..Semoga petua yang diajarkan pakcik dapat memberikan manfaat kepada ramai pesakit Gout di luar sana. Bukan sahaja Gout, katanya bengkak-bengkak yang lain juga boleh digunakan kaedah yang sama..

Mudah-mudahan bermanfaat untuk semua...

Jika anda memerlukan madu lebah asli dari Terengganu, boleh juga menghubungi nombor di bawah..



Pembekal madu lebah asli
(Madu lebah biasa, tualang dan kelulut)
Ust Wan Anuar
019-9841282


No comments:

Post a Comment

Assalam..sekiranya anda berminat untuk bertanya atau order, boleh juga tinggalkan komen, order dan pertanyaan anda di sini..saya sedia menghubungi dan membantu anda..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN@ DISCLAIMER

PENAFIAN@ DISCLAIMER
* Semua produk Shaklee ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Bagi muslim, jika anda sembuh atau berjaya mengatasi masalah anda setelah mengamalkan Shaklee, semuanya dengan izin ALLAH jua.Bagi mereka yang mempunyai penyakit kronik yang tertentu, sila dapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu sebelum mengambil suplemen anda.
Adbox