PROMOSI VIVIX SEHARI 16 SEPTEMBER 2017 SAHAJA

PROMOSI VIVIX SEHARI 16 SEPTEMBER 2017 SAHAJA
Tawaran Istimewa ini SAH HANYA PADA 16 SEPTEMBER 2017 SAHAJA. Jimat sehingga RM40

Tuesday, December 30, 2014

10 kesilapan penjagaan wajah punca jerawat dan masalah kulit

Assalam..

Ramai yang takutkan jerawat tumbuh di muka. Maklumlah..boleh hilang keyakinan diri dibuatnya..
Namun sebenarnya masih banyak kesilapan yang kita lakukan dalam penjagaan kulit muka seharian tanpa kita sedari ianya telah menyumbang kepada keluarnya jerawat..

Hari ni saya nak kongsikan 10 dari kesilapan yang sering kita lakukan setiap hari tanpa kita sedar ia menjadi penyumbang kepada jerawat dan banyak masalah kulit...

Rasanya sekurang-kurangnya ada satu atau dua kesilapan di bawah sering kita lakukan dan mungkin dah jadi amalan biasa...
Haa..cuba cek kesilapan-kesilapan di bawah..pernah tak anda buat??

10 Kesilapan penjagaan wajah punca jerawat dan masalah kulit

Kesilapan 1

Cuci muka terlalu kerap




Eh..salah ke cuci muka kerap??
Yer..sebenarnya ada dua sebab kenapa kita tak boleh cuci muka terlalu kerap:

1. Boleh menyebabkan kulit terlalu kering dan hilang kelembapan selepas dicuci atau..
2. Kulit akan cenderung jadi lebih berminyak dan berjerawat 

Mencuci muka anda dengan pencuci muka dua kali sehari sahaja sudah memadai untuk membersihkan muka iaitu pada waktu pagi dan sebelum tidur.


Kesilapan 2

Menyental dan menggosok kulit muka dengan kuat semasa mencuci muka

Ramai yang ingat bahagian muka yang ada jerawat atau bermasalah perlu disental atau digosok lebih kuat untuk mengeluarkan sebum dan kotoran dalam liang roma. Sebenarnya kita tidak boleh menggosok terlalu kuat kerana ia akan menyebabkan kulit menjadi kemerahan dan men'cederakan' kulit dari dalam..

Gosok dengan lembut sahaja pada bahagian bermasalah dan elakkan menggaru atau memicit jerawat semasa mencuci muka..


Kesilapan 3

Menggunakan scrub terlalu kerap

Jangan scrub terlalu kerap!!
Sumber: WikiHow

Scrub selalunya mempunyai tekstur berbiji yang agak kasar. Elakkan menggunakan scrub terlalu kerap..bagi sesetengah orang, terlalu kerap menggunakan scrub boleh menyebabkan kulit menipis, lebih sensitif dan boleh menyebabkan gatal..

Sebaiknya gunakan scrub yang mempunyai tekstur lebih halus dan memadai melakukan scrub 1-3 kali sahaja seminggu.


Kesilapan 4

Memicit jerawat dengan kuku dan alat yang tidak disteril

Jika anda tiada kemahiran profesional dan alat yang sesuai untuk memicit jerawat, sila jangan lakukannya sendiri.

Memicit jerawat dengan kuku boleh memindahkan kuman daripada jerawat lain yang telah dipicit. Ini boleh menyebabkan lebih banyak jerawat yang keluar.

Jerawat yang dipicit juga selalunya meninggalkan kesan parut hitam atau kemerahan pada kulit anda jika tidak dilakukan dengan betul.


Lebih baik jika jerawat dibiarkan mengecut sendiri atau mengambil vitamin c, vitamin anti jerawat yg boleh membantu mengecutkan jerawat anda secara semulajadi.


Kesilapan 5

Membiarkan syampu rambut terkena muka

Syampu rambut mengandungi bahan pelembab atau minyak untuk melembutkan rambut. Jika terkena pada muka, minyak tersebut boleh meresap ke dalam kulit muka dan boleh menyebabkan jerawat.

Sebab tu kebanyakan salon rambut membilas rambut dari belakang supaya syampu tidak terkena kawasan muka. Sebaiknya elakkan buih syampu rambut terkena muka anda.


Kesilapan 6

Membiarkan peluh di muka kering sendiri tanpa dilap



Anda kuat berpeluh? Kalau begitu lebih baik anda sentiasa menyediakan sapu tangan atau tisu untuk mengelap peluh.

Jangan dibiarkan peluh anda kering sendiri di muka tanpa dilap. Sebaiknya lap muka anda dengan kain yang bersih untuk mengelakkan peluh anda kering dan menyerap kedalam kulit muka anda. Peluh anda mungkin mengandungi kotoran bersamanya.

Jika anda berwudu', sebaliknya pula. Kerana air wudu' mempunyai kebaikannya sendiri dan sebaiknya dibiarkan kering sendiri.


Kesilapan 7

Gunakan tuala badan sebagai tuala muka

Ramai yang buat ni..lap muka menggunakan tuala badan. Sebaiknya asingkan tuala untuk muka dan badan. 

Jika tuala badan anda mempunyai kotoran, sangat mudah ia merebak ke muka anda juga. Lagipun tuala badan kita lebih banyak melekat kotoran atau kuman berbanding tuala muka.

Sebaiknya gantikan tuala anda setiap minggu agar kebersihan anda lebih terjaga.


Kesilapan 8

Menggunakan produk penjagaan muka untuk lelaki bagi wanita atau sebaliknya

Kadangkala bila tinggal serumah dengan ahli keluarga yang lain mudah berlaku seperti ini.
Anda harus ingat..menggunakan pencuci muka atau produk untuk jantina berbeza boleh memberikan kesan kepada kita.

Contohnya, scrub untuk lelaki memang lebih kasar teksturnya daripada scrub untuk wanita. Jangan sampai ia menjejaskan kulit anda kerana formulasinya yang tidak sesuai dengan anda. 

Bagi lelaki pula, menggunakan produk penjagaan kulit untuk wanita mungkin tidak memadai untuk mengatasi masalah kulit anda kerana formulasi untuk wanita selalunya lebih lembut dan kurang efektif bagi lelaki yang mempunyai tekstur kulit yang lebih kasar.


Kesilapan 9

Memakai make up sebelum tidur

Nak tidur pun pakai make up??
Sumber: Google

Memangla kalau boleh nak cantik selalu..tapi make up memang dilarang sama sekali dipakai ketika tidur. Make up yang tidak dibersihkan sebelum tidur akan menyumbat liang roma kita dan boleh menyebabkan jerawat.

Sebaiknya cuci muka sebelum masuk tidur supaya kulit boleh bernafas semasa tidur dan merehatkan wajah anda.


Kesilapan 10

Cuci muka dengan suhu air terlalu panas atau sejuk

Menggunakan air terlalu panas boleh mencederakan kulit muka. Jika menggunakan air yang terlalu sejuk pula boleh membuat kulit anda rasa 'terkejut' dan melemahkan peredaran darah dan oksigen pada kulit.

Sebaiknya gunakan air suam untuk mencuci muka.


Tips memilih pencuci muka


Kulit sensitif: gunakan pencuci muka yang bebas aroma/wangian

Kulit berminyak: pilih pencuci muka yang berasaskan air berbentuk gel atau buih

Kulit kering: gunakan pencuci muka yang mengandungi formula kelembapan atau berasaskan losyen

Kulit normal: gunakan jenis pencuci muka untuk kulit normal. Biasanya ia mempunyai formula dan pH yang seimbang dengan kulit normal.


Produk penjagaan kulit Shaklee ada ke??

Ya..Shaklee bukan sahaja mempunyai produk vitamin untuk kulit bahkan untuk produk penjagaan kulit luaran juga. Bukan saja pencuci muka..semuanya ada..

Bagi yang nak mencuba produk skincare untuk muka Shaklee mempunyai 2 jenis produk iaitu Enfuselle dan Nutriwhite. Haa..nak tahu yang mana sesuai untuk anda??

Boleh hubungi saya..
saya akan bantu anda memilih produk yang sesuai dengan jenis kulit anda..




Hubungi saya sekarang yer!!
Raihana-019 9387282

Untuk sebarang pertanyaan tentang produk, bolehlah berhubung dengan saya seperti berikut:

✍ PM: siti raihana ismail
✐ Blog: Mauceriasokmo
✉ Email: elraihan82@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 019-9387282
➲ COD Area: Setiu(Pak Kancil, Penarek, Merang, Guntong, Saujana) dan Kuala Terengganu(Giant G.Badak, Mydin Mall, Giant K.Trg)

Video: Ibu menyusu ini panik nak tambah susu!! Apa dia buat??

Assalam..


Sebelum saya teruskan...
Jemput tonton video ini terlebih dahulu...

Nak tau kenapa ibu ini panik sangat nak tambah susu badan??..

hmm..kenalah dengar cerita daripada beliau sendiri yer..
nanti panjang pulak karangan saya.. ;)


Ibu Yg PANIK Nak Tambah Susu Badan; Hingga Sanggup.... from iReach HD 


Alhamdulillah..
Dapat juga masalah ibu ini diatasi..
Yelah..bukan senang menjadi ibu bekerjaya dan menyusu badan.

Situasi beliau sebenarnya tak jauh beza dengan apa yang pernah saya alami sewaktu bekerja dulu...

Pernah terjadi pada saya..

Buka peti, dan lihat stok susu tinggal sebotol dua je lagi..esok masih kene bekerja...anak pula minum makin banyak..sampai 18oz sehari...stressnya..

Rumah pengasuh dan rumah jauh..kelam kabut keluar rumah untuk ke tempat kerja dan akhirnya stok susu tertinggal di rumah..stok susu langsung tiada di rumah pengasuh...

Baru masuk kerja selepas habis berpantang..tiba-tiba bos bagi surat kene outstation 2 hari pula..susu yang ada cukup-cukup jer..sebab ingat masih banyak masa nak pam di pejabat...


TIGA SITUASI yang memang membuatkan saya panik seketika..

Boleh bayangkan betapa paniknya saya masa tu..huhu

..dan tiba-tiba terfikir...
ADAKAH SAYA KENE BELI SUSU FORMULA untuk anak saya??

Adakah anda sedang mengalaminya??
Jangan panik dulu ya ibu-ibu..

Ketiga-tiga masalah ini saya dah berjaya atasinya...alhamdulillah..dengan cara yang sama seperti ibu di atas...saya menemui jawapannya setelah saya mencuba...

Ia akan lebih berkesan jika anda juga melakukan...

Power pumping, direct feeding dan tandem sekerap mungkin..serta mengambil pelbagai makanan milkbooster, minum air secukupnya dan paling penting BERTENANG seketika,  ZIKIR dan BANYAKKAN BERDOA..Apapun suplemen juga memang banyak membantu saya di samping semua usaha saya dengan izin Allah...

Alhamdulillah saya berjaya mengatasinya tanpa perlu memberikan anak saya susu formula dengan kepercayaan saya sendiri bahawa SAYA ADA SUSU YANG CUKUP UNTUK ANAK SAYA...

YA..PERSIAPKAN MINDA IBU2 SEMUA..
Optimislah dengan kemampuan anda..


apa sahaja ujian..pasti anda akan dapat atasinya..lihat dan renung wajah anak anda..mereka memang wajar diberikan yang terbaik daripada anda..

anda juga nak berikhtiar seperti kami??

Boleh hubungi saya..insyaaAllah..anda juga mampu melakukannya..saya sedia membantu anda jika anda memerlukan tips untuk penyusuan dan suplemen Shaklee untuk membantu..dan mudah mudahan usaha anda berhasil dengan izin Allah..

Hubungi saya sekarang yer!!
Raihana-019 9387282

Untuk sebarang pertanyaan tentang produk, bolehlah berhubung dengan saya seperti berikut:
✍ PM: siti raihana ismail
✐ Blog: Mauceriasokmo
✉ Email: elraihan82@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 019-9387282
➲ COD Area: Setiu(Pak Kancil, Penarek, Merang, Guntong, Saujana) dan Kuala Terengganu(Giant G.Badak, Mydin Mall, Giant K.Trg)

Tingkatkan keintiman suami isteri dengan "Vitamin Cinta"

Assalam..

Semalam saya dah bongkarkan 2 rahsia tambat hati suami di SINI..
Rahsia pertama bukanlah rahsia lagi sebab dah dijelaskan dalam video tersebut..
Tapi rahsia kedua..Vitamin Cinta belum saya ceritakan secara detail...

Ada apa pada Vitamin Cinta??

Vitamin untuk mengintimkan suami isteri..

Apa itu Vitamin Cinta??

Ubat kuat ke? Perangsang ke?

Hmm..sebenarnya cuma vitamin..
tapi vitamin yang mampu mengembalikan kehangatan hubungan intim..disamping memenuhi keperluan nutrisi tambahan anda juga...
dengan izin Allah..

Maklumlah..

Apabila usia makin meningkat...dah beranak banyak kali..menyusu anak pula..juga boleh menyebabkan isteri makin dingin..apabila diajak bersama mungkin selalu menolak..tak eloklah macam tu...


Suami pulak..makin berusia..makin risau dirinya dianggap dah makin low perfomance..asyik penat jer dan selalu bimbang tak dapat memenuhi kehendak isteri..


Kebanyakan isteri ni selalunya sanggup jer terima seadanya...asalkan suami lebih menghargai dirinya..tetapi suami pula jadi hilang keyakinan nak bersama..dan malu pada si isteri..


Tak mengapalah jika anda berasa sudah cukup kuat atau bertenaga..tapi apa salahnya mengambil vitamin yang bukan sahaja membantu anda lebih sihat malah memberi bonus vitamin cinta ni skali..


Sebenarnya tak perlu nak mention sangat pada pasangan kelemahan atau kekurangan mereka..nanti kecik pula hati pasangan...


Langkah terbaik hadiahkan mereka dengan vitamin cinta ini sebagai penyelesaian yang membantu mengatasi masalah tersebut di samping memberi bonus kesihatan yang lebih baik..


Orang yang sihat pun ambil vitamin dan suplemen untuk memelihara dan mencukupkan nutrisi tambahan mereka..

Apa yang bagusnya 2 vitamin cinta ni??


Alfalfa Complex
(untuk isteri)

  • Berfungsi memelihara dalaman wanita. Tumbuhan alfalfa sering dijadikan bahan semulajadi yang membantu memulihkan dalaman wanita dalam perubatan alternatif termasuklah membantu mengecutkan peranakan.

  • Merapatkan aset keintiman anda jika diambil secara konsisten

  • Menghilangkan  masalah keputihan yang boleh mengganggu keintiman

  • Mengatasi masalah bau badan

  • Membantu untuk detox toksin

Nak tau lagi kelebihan Alfalfa Complex Shaklee? KLIK SINI

Suami pun boleh makan Alfalfa!!

  • Membantu mengatasi masalah bau badan

  • Melancarkan peredaran darah

  • Membuang toksin

  • Memelihara saraf


Vita-E Complex:
(Untuk suami isteri)

  • Membantu untuk menguatkan libido suami dan isteri 

  • Menjadikan suami jauh lebih bertenaga dan bertahan lebih lama 

  • Membantu meningkatkan kesuburan lelaki

  • Melancarkan peredaran darah dan membantu meningkatkan ereksi ketika bersama 

  • Mengatasi masalah 'kedinginan' isteri dan membantu isteri menikmati hubungan suami isteri lebih baik 

  • Vitamin E membantu mengawal hormon estrogen berlebihan yang boleh menyebabkan isteri mengalami mood swing, sakit kepala,senggugut dan PMS

Nak tau 25 rahsia kelebihan vitamin E shaklee? KLIK SINI


Sebab itu vitamin cinta ini sering dijadikan hadiah buat pasangan..boleh kongsi makan bersama suami dan isteri..suami isteri dapat kesannya sama2..

InsyaaAllah berhasil jika anda mencubanya..

jika anda rasa..
..suami cepat penat..
..suami tak dapat bertahan lama..
..isteri dingin..
..isteri hilang rasa nikmat..
..isteri selalu mood swing...

Hadiahkanlah pasangan dan diri sendiri dengan set ini...Vitamin Cinta Shaklee..


Hubungi saya sekarang!!
Ingin dapatkan vitamin anda dengan harga ahli? Haa..kenelah daftar ahli dulu...
..hubungi sekarang.

Raihana-019 938 7282


Untuk sebarang pertanyaan tentang produk, bolehlah berhubung dengan saya seperti berikut: 

✍ PM: siti raihana ismail 
✐ Blog: Mauceriasokmo 
✉ Email: elraihan82@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 019-9387282
➲ COD Area: Setiu(Pak Kancil, Penarek, Merang, Guntong, Saujana) dan Kuala Terengganu(Giant G.Badak, Mydin Mall, Giant K.Trg)

Sunday, December 28, 2014

2 Rahsia tambat hati suami agar sentiasa rasa dicintai

Assalam..

Ada macam-macam cara nak tambat hati suami ni..tapi cara dia ni tambat hati suami memang first time  saya dengar..

Tak terfikir langsung buat macam ni pun boleh tambat hati suami...

Nak tau bagaimana dia ini tambat hati  suaminya??
Tonton video ni...



Rahsia Dia Tambat Hati Suami Kaw2, Sambil Tersenyum Manja from iReach HD on Vimeo.


Laa..macam tu je ke...mungkin itu yang anda fikirkan..

Yelah..Suami memang suka jika isteri sentiasa di sampingnya, kan??
Seorang isteri yang baik sentiasa berada di sisi suaminya..menyokong suami dalam apa saja..
Jika anda juga ada masalah yang sama sepertinya..saya boleh membantu insyaaAllah..


Hmm..ada lagi satu cara nak tambat hati suami..
Eh..ada lagi??


Haa...dengan vitamin cinta..

Si Alfalfa Complex dan Vitamin E..

Nak tau kenapa dua ni boleh menyatukan anda kembali dengan suami??

Boleh whatsapp/sms saya..
Raihana-0199387282..

Anda akan rasa istimewanya anda di sisi suami..InsyaaAllah..

Apapun..
Kasih sayang bukan mawaddah semata..
Perlu juga ada rahmah..
Yang mana jika anda hampir tiada apa pun..
Dia tetap bersama anda...
Itulah cinta yang lengkap mawaddah warahmah..
Cinta suami isteri
Membawa ke syurga..insyaaAllah..


Untuk sebarang pertanyaan tentang produk, bolehlah berhubung dengan saya seperti berikut:
✍ PM: siti raihana ismail
✐ Blog: Mauceriasokmo
✉ Email: elraihan82@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 019-9387282
➲ COD Area: Setiu(Pak Kancil, Penarek, Merang, Guntong, Saujana) dan Kuala Terengganu(Giant G.Badak, Mydin Mall, Giant K.Trg)

Sunday, December 21, 2014

Rahsia kulit cantik selepas 7 tahun dihantui jerawat..

Assalam..

Saya kenal Cik Jan kira-kira setahun setengah yang lalu..kami berjumpa dalam satu bengkel..
sebelum itu adik saya Ida pernah bercerita tentang beliau..katanya Cik Jan sekarang dah jauh beza dengan Cik Jan yang dulu..

Dulu Cik Jan ada masalah jerawat yang agak teruk..siapa sangka kulit Cik Jan dapat jadi secantik ini selepas 7 tahun deritanya dengan jerawat...

Saya pun macam tak percaya bila tengok gambar Cik Jan yang dulu....

Apa rahsianya Cik Jan?
Klik Video ini jika anda ingin mendengar sendiri kisah Cik Jan..



Lepas 7 Tahun Geram Muka Berjerawat Teruk, Ini Yg Dia Buat from iReach HD on Vimeo.


Kalau tak sungguh saya tak kata..
Sebab saya sendiri dah banyak kali terjumpa dengan Cik Jan..memang sangat gebu dan halus kulitnya..macam tak pernah ada tapak jerawat langsung!!

Tak percaya bila tengok gambarnya yang dulu...sangat banyak  jerawat dan parut juga sangat ketara ..
Wajarlah waktu itu Cik Jan malu untuk berjumpa sesiapa...

Flashback kembali testimoni ini..

Ini adalah testimoni Cik Jan sendiri kira-kira 2 tahun yang lalu..dan saya sertakan sekali update rupa Cik Jan yang terkini..



Kredit:FamazHealthCare

Berdasarkan apa yang Cik Jan kongsikan..Cik Jan mengambil..

Alfalfa Complex:
Untuk detox dan cuci darah selama 3 bulan sebab ada masalah resdung. Juga untuk menyingkirkan toksin akibat pengambilan produk berasaskan bahan kimia yang menjejaskan..
*Disarankan mengambil bersama Vita-C untuk menangani simptom resdung juga.

Vita-E:
Untuk membantu menghilangkan parut jerawat

seterusnya..

ESP: 
Protein yang membantu renew semula sel kulit yang telah rosak

Vita-C: 
Sebagai alternatif semulajadi yang berfungsi seperti anti histamine bagi pengidap resdung. Selain itu, Vita-C membantu mencerahkan kulit, membina kolagen semulajadi dan anti jerawat.

GLA Complex:
Bagi yang mempunyai masalah jerawat akibat perubahan hormon yang tidak menentu. Juga membantu menangani masalah kulit berminyak.

Collagen Powder:
Bagi yang mempunyai masalah kawah dan lekuk yang dalam akibat  jerawat, kolagen sangat membantu untuk mendapatkan semula keanjalan dan membina semula kolagen yang memegang struktur kulit, bahkan sangat baik untuk sendi dan menegangkan kulit yang kendur juga.

Banyak sangat??

Apapun...Cik Jan mengambilnya secara berperingkat. Masalah anda juga mungkin tidak memerlukan anda consume sebanyak Cik Jan..boleh dapatkan konsultasi pengedar apa yang sesuai untuk masalah anda..apapun..Cik Jan mencuba sehabis baik untuk kesannya seperti sekarang..konsisten amat penting..kerana hampir setahun consume barulah Cik Jan dapat hasilnya..

Hmm..terpulang kepada anda...
Anda tidak perlu tunggu sampai 7 tahun untuk mendapatkan cara menyelesaikan masalah jerawat anda..alhamdulillah, jika anda dah jumpa lebih awal penyelesaiannya dengan izin Allah..

Nak cuba berusaha dengan Shaklee supaya anda juga dapat kulit secantik Cik Jan ni??

Hubungi saya..InsyaaAllah saya juga boleh bantu..

Apa yang Cik Jan ambil tak semestinya sama dengan keperluan anda..bergantung juga ikut jenis kulit, jenis jerawat dan tahap seriusnya masalah jerawat anda..

Sebab tu tak boleh main beli je suplemen itu ini..takut nanti tak sesuai dan lebih teruk jadinya..apa yang sesuai untuk orang lain tak semestinya serasi juga dengan anda....insyaaAllah, saya boleh membantu mencadangkan apa yang sesuai untuk kulit anda...setakat ini, suplimen semulajadi Shaklee adalah pilihan terbaik yang bertindak secara natural juga dengan izin Allah..mungkin agak memakan masa..

tapi saya percaya berkat kesabaran anda..anda juga mampu melakukannya dengan izin Allah..aameen..

TQ Cik Jan@ Master Farizan Mazlan atas perkongsian yang superb ini..

BERITA BAIK  UNTUK ANDA!!
BULAN DISEMBER 2014 SHAKLEE ADA PROMOSI UNTUK VITA-C, VITA-E  DAN COLLAGEN POWDER!!
BAGI ANDA YANG TELAH MENDAFTAR SEBAGAI AHLI..HARGA SUPER SPECIAL UNTUK ANDA..


ORDER SEKARANG!!

Whatsapp/SMS/Call:
Raihana
019-938 7282



Untuk sebarang pertanyaan tentang produk, bolehlah berhubung dengan saya seperti berikut:

✍ PM: siti raihana ismail
✐ Blog: Mauceriasokmo
✉ Email: elraihan82@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 019-9387282
➲ COD Area: Setiu(Pak Kancil, Penarek, Merang, Guntong, Saujana) dan Kuala Terengganu(Giant G.Badak, Mydin Mall, Giant K.Trg)

Saturday, December 20, 2014

Petua surutkan bengkak gout dengan madu lebah dalam 1-3 hari sahaja, insyaaAllah..

Assalam..

Hari ni saya nak berkongsi petua untuk surutkan bengkak gout. Saya dapat petua ini daripada salah seorang pakcik dari Selangor. Saya bertemu beliau kerana beliau sedang mencari madu lebah asli dan kebetulan suami saya menjualnya. Memandangkan gerai madu lebah kami ditutup pagi tersebut, pakcik tu akhirnya terus ke rumah.

Alhamdulillah, ada hikmahnya dapat berjumpa dengan pakcik tu..Kami berbual-bual seketika mengenai madu lebah asli dan akhirnya beliau sudi berkongsi satu petua merawat Gout menggunakan madu lebah asli. Menurut beliau dah beberapa orang daripada rakannya sendiri dirawatnya menggunakan cara ini.

Rasanya lebih bermanfaat juga jika saya dapat kongsikannya di sini. InsyaaAllah mujarab menurut beliau kerana rakan-rakan beliau sendiri mengakui ianya berhasil setelah mencubanya.




Cara merawat bengkat gout

Sediakan bahan untuk rawatan seperti berikut:

  • Madu lebah asli
  • Limau nipis
  • Kapur makan
  • Kain barut
Langkah-langkah:

  1. Campurkan kapur makan dengan sedikit perahan limau nipis. Berapa banyak kapur diperlukan bergantung kepada sebanyak  mana diperlukan untuk disapu pada kawasan bengkak dan sekelilingnya.
  2. Sapukan campuran tadi pada bahagian yang bengkak dan di sekelilingnya juga.
  3. Biarkan kering seketika.
  4. Setelah kering, sapukan madu lebah asli pada bahagian yang sama tadi. Biarkan madu meresap dan kering seketika dan kemudian barutkan.
  5. Biarkan barutan semalaman.
(Digalakkan dilakukan pada sebelah malam sebelum tidur dan buka barutan keesokan harinya)


Sangat berbesar hati mendapat petua ini daripada mereka yang pernah mencubanya sendiri dan diakui berjaya dalam 1-3 hari sahaja dengan izin Allah..Kata pakcik tu lagi, biasanya pesakit gout yang telah dirawatnya telah pulih setelah rawatan ini dilakukan..Jika masih berulang bengkaknya bolehlah diulang semula rawatan menyurutkan bengkak ini.


Terima kasih pakcik..terlupa nak bertanyakan namanya..mudah-mudahan kita berjumpa lagi..Semoga petua yang diajarkan pakcik dapat memberikan manfaat kepada ramai pesakit Gout di luar sana. Bukan sahaja Gout, katanya bengkak-bengkak yang lain juga boleh digunakan kaedah yang sama..

Mudah-mudahan bermanfaat untuk semua...

Jika anda memerlukan madu lebah asli dari Terengganu, boleh juga menghubungi nombor di bawah..



Pembekal madu lebah asli
(Madu lebah biasa, tualang dan kelulut)
Ust Wan Anuar
019-9841282


Wednesday, December 17, 2014

Tips beli keperluan anak masuk sekolah. Apa nak dibeli??

Assalam...

Ibu-ibu dah beli keperluan sekolah anak-anak? Bagi ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang bakal melangkah ke Tahun 1 mungkin masih risau memikirkan keperluan persekolahan yang perlu dibeli..insyaaAllah..saya kongsikan serba sedikit senarai keperluan persiapan sekolah anak-anak sebagai panduan untuk ibu bapa yang mempunyai anak yang bakal bersekolah rendah pada tahun hadapan.

InsyaaAllah, tahun depan saya juga ada 3 anak dara yang akan bersekolah dalam Tahun 5, Tahun 4 dan Tahun 1..yang lelaki sulong baru nak masuk 5 tahun tahun depan dan Husein pula masih dalam fasa homeschool dengan umminya..hehe..

Alhamdulillah..anak-anak saya yang sebelum ni masuk sekolah dengan persiapan seadanya saja. Biasanya baju sekolah anak-anak saya jahit sendiri..cuma tahun lepas tak sempat nak jahitkan..
..akhirnya suami cadangkan kami beli jer..tahun ni, insyaaAllah..dah jadi wahm bolehlah jahit sendiri jer..hmm...tengok ongkos sehelai baju kurung sekolah rendah dah rm30 di kedai..dengan kualiti kain yang sesetengahnya tak berapa memuaskan juga..akhirnya, kami decide untuk beli kain dan jahit sendiri je..

Untuk ibu bapa yang anak-anak mereka bakal bersekolah pada tahun hadapan seeloknya menyediakan persiapan persekolahan lebih awal..haa..kalau sekarang ni dah siap semuanya baguslah..kenapa kene siapkan awal-awal?

Sebabnya..

  • Baju atau uniform sekolah yang dijual selalunya cepat habis saiz. So, bimbang nanti anak kita terpaksa pakai saiz apa yang ada je..tak comey la kan..kalau beli lebih awal, saiz tak sesuai pun kita masih ada masa untuk tukar atau ubahsuai..
  • Time cuti sekolah biasanya sangat ramai ibu bapa yang shopping persediaan sekolah selepas dapat gaji..so bulan ni..masa terbaik untuk anda shopping keperluan sekolah anak-anak adalah sebelum hari gaji..kalau tak, agak sesak juga lah nak membeli belah dengan anak-anak nanti...
  • Untuk menaikkan semangat anak supaya teruja dan tak sabar nak bersekolah..So, bila awal-awal anak dah dapat baju sekolah dan keperluan sekolah, lagi teruja anak kita nak masuk sekolah....
Kebiasaannya ada sesetengah sekolah di bandar dah buat orientasi awal untuk anak-anak Tahun 1..supaya mereka kenal sekolah dan tau suasana di sekolah sejak sebelum hari pertama persekolahan...Nanti tak adalah adegan meraung dan bergantung kat kain mak ayah hari pertama sekolah...macam anak saudara saya ni..Lutfi..sekolahnya pun dah buat orientasi untuk Tahun 1..Tahun depan Lutfi dah nak masuk Tahun 1..Good Boy Lutfi!!

Che long pinjam gambar lutfi yer..

Risaunya..apa yang nak kene beli dulu ni..

Biasanya keperluan yang perlu disediakan untuk anak-anak yang baru nak masuk sekolah ni macam nilah...

Perlu beli sebelum hari pertama sekolah(Sekolah kebangsaan)

1. Baju kemeja putih/baju kurung putih-Paling kurang perlukan 3 helai untuk seorang anak..sempatlah nak rotate untuk basuh even time hujan..kalau tak mampu, 2 helai pun dah ok sebenarnya.

2. Seluar panjang/kain sekolah warna biru gelap-3 helai juga. Minimum 2 helai..dan jika anak bertudung..boleh belikan tudung sekolah instant jer..itupun kalau sekolah benarkan. Bertanyalah kepada guru terlebih dahulu. Tak semua sekolah benarkan tudung instant di sekolah.

Ini adalah antara harga uniform jenama Canggih yang saya printscreen dari laman E-Shop Canggih. Sekadar panduan untuk anggaran kos yang perlu anda sediakan untuk uniform sekolah anak anda. haa..boleh tahan jugak, kan..Kalau nak jimat beli kain jahit sendiri atau upah jahit je..

3. Beg sekolah

Beg pilihan anak-anak..Beg macam ni average rm35-rm60 sahaja.
Harga beg sekolah beroda biasanya rm50-rm100+ la..

Kalau kelas anak anda kat aras bawah sahaja elok juga jika beli beg beroda (jika anak anda kecik molek dan tak kuat nak angkat). Apapun, pada pandangan saya dengan pengalaman anak-anak yang lepas, ada beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum membeli beg beroda untuk anak anda..

Pengalaman anak-anak pakai beg beroda??..kata anak saya yang kelasnya di tingkat atas, kesian mereka sebab beg beroda+buku agak berat nak bawak naik tangga..ada rakan mereka yang tiap hari mak ayah tolong bawak naik dan turun beg tu..sesetengah beg beroda pula, rodanya lagi berat daripada beg.

Apapun, terpulang pada anda..Saya beri peluang anak rasa dulu pengalaman bawa beg beroda..sudahnya, tahun depan mereka dah tak nak beg beroda lagi..hihi...

Pilihlah beg sekolah yang fleksibel..Beg mestilah ada ruang letak buku yang besar(sebab buku teks ni biasanya banyak nak kene bawa (walaupun dah ikut jadual)..kesian tengok anak saya, Kak Ngah dulu..berat beg daripada tuannya..hehe..


4. Seluar sukan / track suit dua helai

Kebiasaanya dua hari dalam seminggu persekolahan ada latihan pendidikan Jasmani. So, memang kene pakai sukan, seluar sukan dan adakalanya tudung untuk bersukan(murid perempuan).

Boleh beli seluar sukan yang kainnya tidak terlalu tebal, berat dan panas..terpulang jenama apa yang sesuai dengan anak anda..


5. Stokin

Saya cadangkan anda beli sekurang-kurangnya 2@3 helai..maklumlah..stokin anak-anak dipakai sehingga habis waktu sekolah..untuk lebih bersih, gantikan setiap 2 hari pun dah ok..kalau dapat beli untuk 5 hari terus lagi bagus..carilah stokin dengan saiz umur yang tepat untuk anak anda untuk keselesaannya.


6. Kasut sekolah

Sebaiknya beli dua pasang terus jika mampu. Tapi bukan untuk dipakai sekaligus, tetapi sebagai backup jika kasut yang satu lagi rosak. Selalunya dalam 6 bulan kasut anak saya perlu diganti baru kerana tapak kasut cepat haus atau ada bahagian kasut yang rosak. Biasanya sukar nak mencari kasut sekolah pada pertengahan tahun. Untuk memudahkan anda kemudian hari, lebih baik sediakan kasut spare untuk anak anda.

Pilihlah kasut yang mudah dibasuh tak perlu dikapurkan terlalu banyak. Tentang jenama, saya tidak terlalu memilih..asalkan selesa dipakai dan mudah dijaga. Tentang tahan lasak..hmm..bergantung pada anak anda juga..




7. Kapur kasut

Wajib ada jika kasut sekolah anak anda berwarna putih..pilihlah kapur kasut yang siap ada sponge pada botolnya..senang anak-anak nak guna untuk kapurkan sendiri. Tapi kagum juga tengok kasut anak-anak orang yang mantain bersih walaupun tak pakai kapur..katanya kalau pakai kapur, kain pada kasut cepat rapuh dan mudah koyak..hmm..apapun terpulang pada anda.

8. Pensel Warna

Keperluan alatulis seperti pensel warna wajib ada bagi anak-anak sekolah rendah. Boleh belikan yang berkualiti seperti Luna atau Faber Castell..sebab warnanya juga lebih terang dan menarik. Biasanya terdapat dalam bilangan 12, 24 dan 36 warna. Anak-anak sekolah rendah memang kene banyak mewarna. Jangan lupa sediakan pengasah pensel juga..

*Tips tak nak pensel warna anak tertukar dengan orang lain punya..

Boleh guriskan sedikit macam gambar di atas dan tuliskan dengan pen nama anak anda..
insyaaAllah..senang nak kenalpasti kalau ada yang terambil.

9. Alatulis 

Apa alatulis yang perlu dibeli?

  • Pensel 2B
  • Pemadam
  • Pembaris
  • Pengasah pensel
  • Gam dan gunting
  • Bekas pensel




10. Pembalut buku lutsinar dan sellotape.

Saya lebih suka beli pembalut buku lutsinar yang bersaiz buku buku teks macam ni..biasanya terdapat dalam saiz 5 meter atau 10 meter segulung.





11. Permanent Marker pen 

Marker pen ni sebenarnya untuk ibu menulis nama pada beg, kasut dan peralatan sekolah anak-anak yang perlu ditanda supaya tidak tertukar dengan yang lain termasuklah pakaian sekolah anak-anak. Tapi nak menanda biarlah di tempat yang sesuai yer..

Pengalaman saya sebagai ibu? Dah beberapa kali juga anak tertukar tudung sekolah dan kasut dengan rakan mereka..maklumlah..kadang-kadang anak-anak tak alert sangat dengan pakaian dan keperluan mereka.



12. Tumbler dan bekas bawak bekal ke sekolah

Biasakan anak anda membawa bekal dari rumah. Selain menjimatkan wang, anak-anak juga dapat dipastikan mendapat khasiat yang anda ingini daripada makanan rumah atau masakan anda sendiri yang lebih terjamin kebersihannya. Sekurang-kurangnya bekalkan anak anda dengan air sahaja.

Dengan bekas yang cantik dan hidangan bento yang menarik pasti anak anda teruja untuk membawa makanan rumah yang dibekalkan kepada mereka.

Bekas seboleh-bolehnya tidaklah terlalu mahal kerana jika hilang, tidaklah terasa sangat yer..
Anak-anak mesti suka bawa bekal kalau dapat bento macam ni..
Shaker shaklee juga saya jadikan tumbler untuk bekal air anak-anak ke sekolah. Sebiji cuma rm10..


Itu saja??
Ada lagi yer...


Perkara yang perlu dibeli pada hari pertama persekolahan/hari daftar sekolah

Biasanya sekolah akan memberikan senarai keperluan tersebut pada hari pra daftar atau hari pendaftaran sekolah. Selepas berhabis untuk keperluan persiapan anak-anak ke sekolah, pertimbangkan juga perbelanjaan untuk keperluan seperti ini setelah anak anda mendaftar.

  • Lencana(Iron/Jahit)
  • Buku rampaian
  • Fail rekod murid
  • Lain-lain buku rekod murid
  • Buku Nilam
  • Tali leher/vest
  • T-shirt sukan sekolah
  • .....bergantung kepada senarai pihak sekolah..
Hmm..cuba kira berapa banyak yang perlu disediakan untuk seorang anak yang bersekolah. Kalau dah 3 orang anak bersekolah macam kami ni?? Haa..boleh botak juga kepala tau!!..huhu..

Realitinya hari ini..


Realiti sebenar??

Berbelanjalah mengikut kemampuan. Anak-anak perlu diajar untuk bersyukur dengan apa yang mereka miliki. Di luar sana, berapa ramai lagi ibu bapa yang tidak mampu menyediakan  semua keperluan ini..bagi saya..jika keperluan persekolahan anak yang lepas masih elok, tidak perlulah dibeli yang baru..gunakanlah selagi ia masih boleh digunakan..

Semoga anda telah mempertimbangkan banyak perkara yang saya kongsikan pada hari ini. Apapun, ia sekadar pandangan daripada saya..Terpulanglah kepada anda. 


Semoga bermanfaat juga untuk semua..yang pastinya..belilah apa yang anak-anak perlu..bukannya apa yang mereka mahu sahaja. Dalam dunia hari ini bisnes adalah salah satu cara untuk menambah pendapatan keluarga selain pekerjaan tetap..Semoga dimurahkan rezeki kita semua dalam memenuhi keperluan dunia yang serba "MAHAL" hari ini..


*Sila share jika anda rasa senarai ini berguna..Terima Kasih..

UMMI ANA


Friday, December 12, 2014

6 Punca suami tak sokong isteri menyusu. Wahai suami..kenapa yer..


Assalam..


"Sedihla kak..suami saya tak support langsung saya nak menyusu badan..siap tawarkan nak beli susu formula jer untuk susukan anak kami.."

Pernah alami situasi ni??

Saya pernah dengar masalah ni daripada beberapa orang ibu muda..kebanyakannya anak sulong atau kedua...simpati juga dengan mereka..tapi bersedih bukanlah penyelesaiannya..bawalah berbincang dengan suami dan cari puncanya..


Kadang-kadang isteri rasa pelik kenapala suaminya tak sokong nak menyusu penuh dengan susu badan?? Walhal sangat banyak kebaikannya untuk si anak dan ibu menyusu juga..saya pernah terjumpa satu artikel luar negara tentang suami yang tak support isteri menyusu badan..rupa-rupanya tak nak berkongsi 'susu' dengan anak sendiri..hmmm..camno tu?? macam ni pun ada..huhu..


Tak dinafikan, setiap ibu menyusu pasti ada masalahnya sendiri..termasuklah saya sendiri..namun setiap masalah boleh diatasi bersama-sama..


Jika ia boleh menyebabkan suami anda tidak menyokong anda..mungkin ada 'punca lain' di sebaliknya..

Tak lengkap rasanya hidup seorang ibu jika tidak dapat menyusu anak sendiri..hmm..suami faham ke??
Kredit gambar: Google

Apabila dikenalpasti daripada perkongsian beberapa orang ibu menyusu...ini adalah antara punca kenapa suami tidak  menyokong isteri mereka menyusu badan sepenuhnya...


1. Suami rasa terabai dan kurang perhatian

Biasa dengar tak?? Bila dah ada anak..suami bukan lagi yang pertama di hati seorang wanita..
haa..ini lah yang bahayanya bila ibu terlalu banyak memberi perhatian kepada si anak hingga terlupa suami juga memerlukan perhatian dan jagaan mereka..

Sebagai isteri, suami sepatutnya diutamakan juga..dan sebagai seorang suami..anda harus faham bahawa anak sangat memerlukan ibunya untuk menjaganya. Apa salahnya jika ibu dan ayah sama-sama berkongsi saat menguruskan anak-anak..ajaklah suami membantu memandikan anak, jadi tempat bersandar ketika ibu menyusu atau sama-sama bangun malam menjaga anak dan berkongsi detik menguruskan anak bersama-sama...bukan sahaja memudahkan si ibu..bahkan ibu juga dapat perhatian sama dan rasa dibantu suaminya..

Untuk suami pula, janganlah rasa kekok menawarkan diri membantu si isteri..antara cara terbaik mendapatkan perhatian isteri ialah meringankan bebannya..insyaaAllah..bukan semata-mata menawarkan hadiah dan material yer..


2. Suami kasihan lihat isteri letih menyusukan anak

Ibu menyusu memang cepat letih..apatah lagi jika anak masih lagi kecil dan menyusu penuh dengan si ibu..kena mengepam 4 jam sekali untuk buat stok susu, kena berulang menyusukan atau hantar stok susu dari tempat kerja jika susu tidak mencukupi, bangun menyusu tiap malam hingga selalu berjaga dan tidak cukup tidur..itu belum lagi letih menguruskan anak-anak yang lain dan menguruskan rumahtangga..

Akhirnya...
Suami yang prihatin mungkin berasa kasihan melihat si isteri..kadangkala isteri tertidur keletihan semasa menyusu..kadangkala isteri menangis bila stress stok susu tak cukup..lalu suami yang berasa kasihan menawarkan untuk membelikan susu formula sahaja untuk menyusukan anak...bukan niatnya untuk tidak menyokong hasrat si isteri, tetapi melihat letihnya isteri untuk  menyusu badan sepenuhnya membuatnya memilih alternatif yang lain yang memudahkan si isteri..

Alangkah baiknya jika si suami terfikir untuk menghadiahkan isteri dengan suplemen penyusuan untuk membantu isteri menyusu yang selalu keletihan ni..


3. Suami rasa isteri makin 'dingin' sejak menyusu badan

Hormon penyusuan iaitu prolaktin yang tinggi bagi ibu menyusu menyebabkan si ibu kurang keinginan untuk bersama..namun tidak semua suami mengetahui dan memahaminya..Mungkin suami anda telah tahu namun jika suami tidak memahaminya, mungkin akan menyebabkan suami lebih suka jika anda tidak menyusu badan.

Apapun, ada pelbagai cara untuk suami membantu si isteri..antaranya ialah menghadiahkan si isteri dengan Vitamin Cinta.


4. Suami rasa 'kos menyusukan' dengan susu badan lebih mahal

Sebaik saja hampir melahirkan, selalunya ibu yang bercadang untuk menyusu secara eksklusif akan membuat beberapa persediaan untuk penyusuan..antaranya membeli pam susu, peralatan menyusu dan aksesori penyusuan..jika nak buat stok susu, terpaksa pula membeli peti sejuk untuk menyimpan stok susu jika peti sejuk sedia ada tidak memadai...kadangkala permintaan daripada si isteri yang terlalu banyak membebankan bagi suami..membuatkan suami menganggap..

"Mahalnya kos nak menyusu badan!!"

Sebenarnya, semua kos menyusu badan itu tidaklah seberapa jika dibandingkan kos membeli susu untuk anak sehingga 2 tahun!! Apapun, isteri juga perlu lebih bertimbangrasa dan membantu suami memahaminya..sekiranya apa yang diminta boleh membebankan suami..pertimbangkanlah mengikut situasi dan rancanglah lebih awal untuk menyediakan keperluan penyusuan tersebut..

Pertimbangkan juga bagaimana sewaktu ibu-ibu kita dan generasi terdahulu berjaya menyusu penuh dengan susu ibu tanpa kos yang banyak..Jika generasi terdahulu juga mampu melakukannya tanpa kos yang besar, kenapa tidak kita juga?


5. Suami tak suka isteri lemah dan merungut

Lumrah si isteri selalu menceritakan hal-hal yang dianggap remeh kepada suami..mesti ramai pasangan macam ni, kan?

Sedih susu tak cukup, penat nak mengepam, selalu sakit belakang nak menyusu, letih nak layan suami sebab penat uruskan anak menyusu, anak selalu meragam...dan macam-macam lagi..mungkin sebahagian besar rungutan yang terkeluar daripada si isteri adalah disebabkan penyusuan..hal ini mungkin menjadi salah satu punca suami mula rasa 'serabut' kerana lebih banyak yang negatif didengar apabila isteri menyusu badan...

Sebagai isteri, sepatutnya tanggapan yang lebih baik diberikan kepada suami tentang penyusuan susu ibu walaupun anda benar-benar melalui semua kepayahan di atas..

Abang, saya dah turun berat banyak sejak menyusu
Abang, saya dapat jimatkan banyak duit abang sebab abang tak perlu beli susu
Abang, saya suka abang bersandar belakang saya bila menyusu, rasa makin sayang
Abang, saya rasa anak kita makin bijak sebab minum susu ibu
Abang, baguslah anak kita menyusu badan ni..jarang sakit..

Jika inilah yang selalu didengar pasti suami anda sendiri menghormati pendirian anda untuk meneruskan penyusuan susu ibu..kerana lebih banyak kebaikan yang dilihat suami untuk dirinya, diri anda dan anak anda juga..anda juga pastinya tidak mahu dilihat suami sebagai ibu yang lemah..

Melihat anda menjadi supermom yang kuat menghadapi setiap kesusahan sebagai ibu pastinya boleh membuat suami anda berbangga dan turut menyokong usaha anda..lagipun banyak juga faedahnya untuk suami..


6. Suami tak tahu kelebihan untuk anak menyusu badan

Tidak semua suami tahu kelebihan penyusuan susu ibu...ada sesetengah suami cuma menganggap ia dilakukan sekadar untuk menjimatkan kewangan keluarga..atau memenuhi keinginan si anak semata-mata..sebab itulah mereka merasakan ia hanya menyusahkan dan tidak menyokong usaha anda..

Isteri memainkan peranan penting untuk lebih banyak berkongsi mengenai kebaikan penyusuan susu ibu dengan suami..Selalulah bercerita tentang kebaikan penyusuan ibu bukan sahaja untuk diri anda..bahkan untuk anak dan suami anda juga...



Dah tau kenapa suami tak sokong anda menyusu??

Apa saja puncanya sekalipun..

Berbincanglah mencari penyelesaian dan fikirkan apa yang terbaik untuk semua terutama anak anda..

Isteri perlu lebih bijak mencari jalan agar usaha yang dilakukan tidak membawa beban kepada suami..

Suami pula..jika anda menyokong usaha isteri anda, tunjukkan keprihatinan anda dan bantulah isteri anda melakukannya kerana sememangnya susu ibu adalah yang terbaik yang Allah anugerahkan..rugi jika isteri mempunyai kemampuan menjayakannya namun anda pula tidak menyokongnya..

Berkongsi saat penyusuan anak anda bersama-sama boleh menjadi saat yang sangat manis untuk dikenang dan dihargai..

Ayuh ibu menyusu semua..anda pasti mampu melakukannya!!

Berdoa selalu semoga dibukakan hati suami anda untuk menjadi penyokong anda dalam penyusuan susu ibu...berdoalah semoga dimurahkan rezeki anak anda untuk menyusu penuh dengan anda..dan berdoalah semoga diberi pahala yang berlipatganda untuk anda atas keikhlasan dan susah payah anda menyusukan anak anda..

Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 233:


"Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu; dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya. Janganlah menjadikan seseorang ibu itu menderita kerana anaknya, dan (jangan juga menjadikan) seseorang bapa itu menderita kerana anaknya; dan waris juga menanggung kewajipan yang tersebut (jika si bapa tiada). kemudian jika keduanya (suami isteri mahu menghentikan penyusuan itu dengan persetujuan (yang telah dicapai oleh) mereka sesudah berunding, maka mereka berdua tidaklah salah (melakukannya). Dan jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu kepada orang lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu apabila kamu serahkan (upah) yang kamu mahu beri itu dengan cara yang patut. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, serta ketahuilah, sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu lakukan."[quran.com, 2:233]

--------------------------------------------------------------------------------------------------

*Terima kasih kepada Puan Sharifah Nurul Ain yang membincangkan topik ini di Group PERSINT-Persatuan Penyokong Penyusuan Susu Ibu Negeri Terengganu..memberi ilham kepada saya untuk menghasilkan entri ini..Semoga bermanfaat untuk renungan semua..insyaaAllah..Apa yang diulas sekadar memberi  contoh umum..tiada berkaitan dengan sesiapa yer..

Sekadar selingan..

Jemput tonton video ini..
Suaminya tak suka isteri nak beli set menyusu..bagaimana kesudahannya??





TERIMA KASIH untuk suami saya yang sentiasa menyokong saya sepanjang tempoh menyusu kelima-lima anak saya..semoga Allah memurahkan rezeki kita semua..

..Ummi Ana..

Wednesday, December 10, 2014

6 Tips turunkan berat badan ibu menyusu tanpa jejaskan penyusuan!!

Assalam..

Bulan ni sekali lagi tema nak cantik. Hari ni saya fokus pada ibu menyusu yang ingin turunkan berat badan..Boleh ke ibu menyusu turunkan berat badan?? Pengalaman sendiri?? Ya..saya turun berat 20kg selepas bersalin hanya dengan menyusu dan dengan bantuan set menyusu sahaja..


Sebelum saya cerita pengalaman saya, just nak kongsi satu fakta yang ramai mengakuinya benar..

Apa pendapat anda??

Saya harap fakta di atas benar-benar membantu ibu menyusu membuka minda mereka untuk lebih positif dalam usaha menurunkan berat badan atau mengembalikan berat badan asal mereka sebelumnya.


Saya akan kongsikan beberapa cara yang boleh ibu menyusu amalkan untuk menurunkan berat badan secara efektif..


Tips 1:
Kunyah makanan perlahan-lahan




Nampak mudah nak buat, tapi susah juga kalau tak biasa amalkan. Apalagi jika makanan yang dikunyah tu sedap!! Paling banyak 10 kali kunyah terus rasa nak telan.


Sebaik-baiknya kunyah 40 kali sebagaimana sunnah Rasulullah untuk membantu penghadaman kita terutamanya apabila makan daging, dan makanan yang sukar dihadam.


Sewaktu mengunyah, otak akan menerima signal 'kenyang' pada waktu yang sepatutnya. Jika terlalu laju mengunyah, otak kita mungkin tak sempat nak bagi signal yang kita sebenarnya dah kenyang. Maka kita mungkin masih tak berhenti makan walaupun sebenarnya dah memadai dengan apa yang kita perlukan.



Tips 2:
Bakar kalori dengan susukan bayi anda sekerap yang mungkin.





Terdapat beberapa kajian mengatakan dengan menyusukan bayi, ibu menyusu secara tidak langsung telah hilang sekitar 300 ke 500 kkal sehari bersamaan dengan berjoging atau melakukan aktiviti berbasikal selama satu jam!!

Untungnya ibu menyusu..

Terutamanya bagi ibu menyusu yang ada banyak peluang untuk menyusu secara terus dengan bayi mereka!! Saya percaya ramai ibu lagi ibu yang tidak sedar hal ini. Jadikan tempoh penyusuan selepas melahirkan sebagai titik permulaan untuk anda kembali langsing..Bukannya tempoh bersedih sebab badan dan bertambah besar selepas bersalin!!

Jika mampu, susukan bayi anda sekerap yang boleh..


Tips 3:
Jaga pemilihan makanan




Anda cuma perlukan kalori lebih banyak kerana menyusu, tetapi bukan lemak secara berlebihan.
Kerapkan memakan buah dan sayuran berserat untuk membantu melawaskan sistem pembuangan anda.

Amalkan makanan kaya serat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran 5 kali sehari. Menambah 50 gram pemakanan kaya serat dapat meningkatkan lagi penurunan berat badan.


Anda  perlu memilih makanan yang membantu penyusuan dan membantu meningkatkan metabolisme untuk penurunan berat badan. Boleh lihat 20 makanan yang menambah susu badan. Antara makanan yang dicadangkan, makanan apakah yang paling baik untuk menambah susu badan tetapi pada masa yang sama membantu anda menurunkan berat badan..Antaranya, oat dan kurma/cuka kurma.

Jangan lupa, anda juga perlu makan untuk penyusuan.

Yang paling penting,  jauhkan sama sekali makanan ringan!!

Boleh juga lihat 7 Tips turunkan berat badan tanpa berlapar



Tips 4:
Lakukan senaman ringan




Senaman membantu meningkatkan metabolisma dan seterusnya menurunkan berat badan dengan lebih mudah.

Apa senaman  terbaik untuk seorang ibu menurunkan berat badan?

Antaranya melakukan segala kerja fizikal di rumah. Contohnya menyapu rumah, mengemop, dan memasak. Apa sahaja aktiviti yang boleh membuat anda berpeluh!!

Melakukan senaman selama 20 minit 3 kali seminggu boleh membantu anda menurunkan berat badan sebanyak 0.5 kg seminggu.


Tips 5:
Minum air secukupnya






Minum air 6 hingga 8 gelas air sehari juga dapat membantu meningkatkan penurunan berat badan. Sebaik-baiknya 1 liter air diperlukan untuk setiap 25kilogram berat badan anda. 


Selain membantu mengeluarkan toksin dalam tubuh, air juga penting untuk keseimbangan kimia dalam badan dan mempercepatkan pemecahan lemak berlebihan!








Tips 6:

Pilihlah kaedah turunkan berat secara perlahan-lahan tetapi konsisten

♥ Tips dari majalah RAPI Apr 2012
Elakkan Diet Drastik : Pengurangan berat badan sebanyak 1kg sebulan adalah lebih baik drp turun berat badan dgn banyak secara drastik dan mendadak. Ia boleh mengganggu kesihatan dan tidak mustahil jika anda berhenti berdiet, berat badan juga akan bertambah secara mendadak atau lebih teruk dari dahulu.

Awas jika anda ibu menyusu tetapi inginkan berat badan anda turun terlalu cepat dan mendadak..kerana jika berat ibu menyusu berkurang secara drastik, bukan sahaja berat berkemungkinan naik semula, tetapi susu anda juga mengalami tahap merudum yang drastik juga..Kenapa yer..

Sebabnya...

Berat anda turun mendadak berkemungkinan kerana kalori daripada pemakanan anda dikurangkan secara mendadak juga..Kebanyakan kaedah turunkan berat ialah mengurangkan kalori dari pemakanan harian.

Ibu menyusu perlukan lebih banyak kalori berbanding orang lain. Kalori mereka dikongsikan dengan anak yang disusukan..Jika kalori dikurangkan secara mendadak..berkemungkinan susu anda juga semakin berkurang..kasihan bayi anda nanti..

Sebaik-baiknya..turunkan berat secara perlahan-lahan tetapi konsisten.

Nak cuba cara Shaklee?
Saya cadangkan Set Slimming Ibu Menyusubukan sahaja membantu menurunkan berat badan, bahkan menambah susu badan..pendek kata, SET 2 IN 1..

Ini adalah contoh testimoni pengguna yang mendapat penurunan 10kg setelah mengambil Set Slimming Bajet Shaklee yang sesuai untuk ibu menyusu.
Itupun setelah konsisten mengamalkan Set Slimming Shaklee selama setahun...memang ada juga yang berjaya menurunkan lebih banyak berat dalam setahun..namun semua itu bergantung juga pada usaha tambahan anda..(bersenam, jaga pemakanan, minum air yang secukupnya)


Apapun..boleh baca di sini kenapa kita perlu turunkan berat badan secara perlahan-lahan..






Semoga 6 tips yang diberikan sedikit sebanyak membantu ibu menyusu yang ingin menurunkan berat badan selepas bersalin.


Pengalaman saya sendiri??

Turun 20kg dari 68kg hari kedua selepas melahirkan (Nov 2012)kepada 48kg selepas 6-7 bulan(berat masih sama sehingga sekarang-Dis 2014). Lebih ringan berbanding sebelum berkahwin 51kg.

Saya hanya konsisten mengamalkan Set Menyusu Shaklee dalam tempoh penyusuan. Kadangkala ada masanya terlupa ambil juga. Walaubagaimanapun..dengan bantuan penyusuan penuh selama 2 tahun lebih saya dapat mencapai berat ideal saya.

Seriously, menyusu badan selama 2 tahun dan kini meneruskan dengan extended breastfeeding benar-benar membantu saya menurunkan berat badan selepas bersalin. Alhamdulillah, semuanya dengan izin Allah juga..walaupun berat turun..susu saya tetap cukup untuk anak saya dan saya hanya menyusukan anak saya dengan susu badan sahaja.


Ingin saya bantu anda??

Berat badan masih degil nak turun walaupun banyak cara anda dah cuba? Jangan putus asa ya ibu-ibu!! Masih banyak cara anda boleh membantu diri anda kembali kurus tanpa menjejaskan penyusuan untuk si kecil anda...

InsyaaAllah, saya boleh membantu anda..


Hubungi saya yer..

SMS/Whatsapp/Call:
Raihana | 019-938 7282



Untuk sebarang pertanyaan tentang produk, bolehlah berhubung dengan saya seperti berikut:
✍ PM: siti raihana ismail
✐ Blog: Mauceriasokmo
✉ Email: elraihan82@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 019-9387282
➲ COD Area: Setiu(Pak Kancil, Penarek, Merang, Guntong, Saujana) dan Kuala Terengganu(Giant G.Badak, Mydin Mall, Giant K.Trg)

Sunday, December 07, 2014

Vitamin C Shaklee bahaya untuk ibu hamil??

Assalam..

"Ni kenapa pulak bahaya ambil vitamin c untuk ibu hamil?""..Betul ke bahaya?? Dah tu kenapa klinik pun selalu berikan vitamin c untuk ibu hamil?"

Sebenarnya yang bahaya bukanlah sebab ibu hamil ambil vitamin c..tetapi sebab vitamin c yang diambil tu berlebihan..tak kiralah vitamin c brand apapun..termasuklah SR Vita C Shaklee..


Menurut Babymed.com vitamin C boleh membahayakan ibu hamil hanya jika diambil secara berlebihan. Berlebihan tu banyak mana?


Ibu hamil hanya perlukan sebanyak 85mg vitamin c setiap hari. Walaubagaimanapun, mengambil vitamin c di bawah 2000mg masih selamat asalkan vitamin c tersebut adalah vitamin c yang telah disahkan oleh pakar obstetrik sebagai vitamin harian(selamat diambil setiap hari walaupun dos agak tinggi).


Sebiji SR Vita C Shaklee mengandungi 500mg kandungan vitamin c dan masih lagi selamat diambil ibu hamil..lagi pulak SR Vita C Plus Shaklee ni tak sama macam kebanyakan vitamin c lain di pasaran..nak tau kenapa..nanti saya terangkan..


Kenapa ibu hamil perlukan vitamin c?


  1. Untuk bantu penyerapan zat besi yang lebih baik
  2. Membantu ibu hamil yang selsema dan demam pulih lebih cepat
  3. Membantu ibu hamil memelihara kecantikan kulit sepanjang kehamilan
  4. Meningkatkan imuniti sistem pertahanan badan ibu hamil
  5. Membantu membina kolagen semulajadi(Pengambilan konsisten membantu mengurangkan kesan stretchmark ketika hamil)
  6. Untuk memperbaiki simptom pendarahan dan pemulihan luka
  7. Menghapuskan radikal bebas yang menyerang sel (Penyebab jeragat dan pigmentasi ketika hamil)


Sebab itulah ibu hamil perlukan vitamin c ni..

Mana nak dapatkan vitamin c? Sebaiknya daripada pemakanan harian kita..namun adakalanya kita tidak mendapat secukupnya vitamin c daripada pemakanan dan sebab itulah perlunya mengambil makanan tambahan atau suplemen untuk mencukupkan kandungan vitamin c yang diperlukan.





Betul ke bahaya kalau terlebih Vitamin C?



Menurut Babymed.com kesan sampingan seperti cirit birit boleh berlaku jika seseorang mengambil vitamin c terlalu banyak sehingga 3000mg sehari. Ini bersamaan anda mengambil 6 biji sehari vitamin c yang mempunyai dos 500mg setiap sebiji. Jika ia mampu memberi kesan negatif kepada orang normal, apatah lagi kepada ibu hamil. Bahaya  jika ibu hamil kene cirit birit apa lagi jika berlarutan..


Apabila ibu hamil mengalami cirit birit yang teruk ini akan menyebabkan dehidrasi atau kekeringan air dalam tubuh. Lebih bahaya jika ibu hamil mengalami dehidrasi dan selalu muntah pula..


Pengalaman saya dehidrasi akibat alahan teruk awal kehamilan menyebabkan saya hilang 5 kilogram pada awal kehamilan dan dimasukkan ke hospital untuk pengawasan.


Dehidrasi boleh menimbulkan ancaman besar kepada bayi dan risiko kesihatan kepada ibu..


Jika si ibu mendapat dehidrasi semasa mengandung, paras cecair amnion dalam ketuban akan berkurangan. Cecair amnion adalah talian hayat untuk bayi yang berperanan melindungi bayi dalam ketuban. Tanpa cecair ini, bayi tidak akan dapat survive sehingga tempoh melahirkan. Boleh jadi menyebabkan berlakunya kelahiran pramatang juga..


Haa..itulah kaitannya bagaimana terlebih vitamin C boleh bahayakan ibu hamil..walaupun mulanya hanya cirit birit, namun kesan dehidrasi selepas cirit birit yang teruk membahayakan ibu hamil dan anak dalam kandungan juga..


Rujukan: Babymed.com

Banyak mana vitamin c yang ibu hamil boleh makan??


Jika anda ibu hamil yang mengambil vitamin c Shaklee, memadailah anda mengambil sebiji SR Vita C Plus sahaja setiap hari. 500mg masih lagi dos yang selamat untuk ibu hamil. Dos ini sudah memadai untuk membantu ibu hamil yang ingin mengatasi masalah kulit, anemia, atau masalah lain juga.

Lagipun, mungkin anda juga telah mengambil vitamin c daripada pemakanan harian juga. Suplemen vitamin c sekadar membantu anda melengkapkan keperluan vitamin c harian anda sahaja.

Untuk vitamin c lain yang anda makan, perlulah merujuk kepada doktor apakah dos yang sesuai untuk anda.




FAKTA tentang SR Vita C Shaklee yang ibu-ibu patut tau..




Apa bezanya vitamin c Shaklee dengan vitamin c lain?

SR Vita C Shaklee sebenarnya diperbuat daripada ekstrak jagung. Oleh itu SR Vita C Shaklee lebih rendah keasidannya berbanding vitamin c yang diekstrak daripada buah oren atau anggur.

Walaupun ramai SID yang claim sebiji vitamin c Shaklee bersamaan kandungan vitamin c bagi 7 biji setengah buah oren. Namun anda tidak perlu risau  mengambilnya..kerana ia tidak akan mengganggu perut anda. Jika anda ibu hamil yang ada masalah gastrik, SRVita C Shaklee adalah vitamin c yang paling sesuai untuk anda!!


Apapun..

Bukan vitamin c sahaja yang diperlukan ibu hamil..Ibu hamil juga memerlukan nutrisi tambahan yang lain seperti asid folik, zat besi, kalsium dan protein yang cukup untuk membantu mengekalkan kesihatan mereka sepanjang kehamilan..Boleh juga anda lihat Set Ibu Hamil ni..

Jemput baca juga:

Vitamin yang BOLEH dan TIDAK BOLEH DIAMBIL ibu hamil
Tips legakan mual dan alahan ibu hamil


Pastikan anda mendapat konsultasi yang tepat daripada pengedar Shaklee anda.
InsyaaAllah saya juga boleh membantu anda dengan pengalaman sendiri telah melalui fasa hamil sebanyak 5kali (Alhamdulillah selamat melahirkan kelima-limanya dan sihat)..dengan izin ALLAH..


Jika anda berminat untuk order vitamin c atau vitamin untuk ibu hamil bolehlah menghubungi saya seperti di bawah yer..

SMS/Whatsapp/Call:
Raihana | 019-938 7282



Untuk sebarang pertanyaan tentang produk, bolehlah berhubung dengan saya seperti berikut:
✍ PM: siti raihana ismail
✐ Blog: Mauceriasokmo
✉ Email: elraihan82@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 019-9387282
➲ COD Area: Setiu(Pak Kancil, Penarek, Merang, Guntong, Saujana) dan Kuala Terengganu(Giant G.Badak, Mydin Mall, Giant K.Trg)

Thursday, December 04, 2014

Testimoni Set Kecantikan Shaklee bergambar

Assalam..

Banyak sungguh produk untuk kecantikan di pasaran. Tapi boleh percaya ke? Set Kecantikan Shaklee ni boleh dipercayai ke kesannya? Hmm..untuk hilangkan kegusaran anda mengenai produk vitamin kecantikan Shaklee yang sering dibualkan ni..anda perlu lihat buktinya di bawah...

Hidayah amalkan vita c bersama ESP sejak Disember 2013. Perubahan selepas setahun..gambar terkini 2014...

Amalkan Vita C bersama Vivix, B-Complex, Zinc dan GLA. Daripada kulit yang berjerawat akhirnya kulit licin bebas jerawat!

Amalkan Vita C bersama Vivix, B-Complex, dan (ESP+Alfalfa-Milkbooster set)

Konsisten amalkan lebih setahun Set Kecantikan (Vita C+Vita E+B-Complex)

Amalkan Vita C dengan ESP dan Shaklee Collagen Powder..kulit makin berseri-seri..


Tak sampai setahun selepas amalkan set kecantikan Shaklee dan ESP
Lamanya baru nampak hasil..tak boleh ke kesannya dapat seawal seminggu atau 3 hari??
Mungkin itu yang anda fikirkan...

Mana lebih baik??
Produk kecantikan yang berhasil dalam 3 hari sahaja tetapi menggunakan pelbagai bahan kimia dan kandungan terlarang..

atau..

Set Kecantikan Shaklee yang hanya menggunakan bahan semulajadi dan bebas bahan kimia yang bertindak perlahan-lahan menyerlahkan kecantikan anda dengan konsisten..

PILIHAN DI TANGAN ANDA..

Setiap hari ada sahaja testimoni baru terhasil daripada pengguna setia Shaklee..dan ini adalah antaranya..

Mungkin dengan izin Allah anda adalah hasil Set Kecantikan Shaklee seterusnya??
Ya..anda juga boleh secantik mereka..

Untuk para isteri khususnya..serlahkan kecantikan anda luaran dan dalaman hanya untuk suami anda..
Dan para suami pula..berhentilah membandingkan isteri anda dengan mereka yang lain diluar sana. Apakata anda menjadi suami terbaik yang mendambakan kecantikan sebenar isteri anda dengan menghadiahkan SET KECANTIKAN SHAKLEE ini untuk isteri anda. Pasti kasih sayang makin bertambah dengan sedikit keprihatinan dan keikhlasan anda..

Apa yang paling asas dalam Set Kecantikan Shaklee??
(Cadangan ini bergantung juga pada masalah anda. ESP, Vivix dan Collagen Powder adalah tambahan yang akan dicadangkan mengikut keperluan anda)


Berminat untuk order??

Hubungi saya sekarang!!
SMS/Whatsapp/Call:
Raihana | 019-938 7282


Untuk sebarang pertanyaan tentang produk, bolehlah berhubung dengan saya seperti berikut:

✍ PM: siti raihana ismail
✐ Blog: Mauceriasokmo
✉ Email: elraihan82@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 019-9387282
➲ COD Area: Setiu(Pak Kancil, Penarek, Merang, Guntong, Saujana) dan Kuala Terengganu(Giant G.Badak, Mydin Mall, Giant K.Trg)

Wednesday, December 03, 2014

Resepi apam susu mudah, menjadi dan cantik

Assalam...


Hari ni saya nak share resepi apam susu yang paling mudah nak buat. Dah ramai pun yang share resepi apam susu ni..banyak versi juga resepinya..Cumanya cara saya buat ialah guna apa yang ada jer..Tak payah pakai mixer, tak perlu timbang-timbang..cuma sukat guna sudu, cawan dan blend jer..yang penting ada periuk kukus..buat apam susu ni tak perlu nak guna oven..bukan saja mudah, yang pastinya insyaaAllah menjadi resepi ni..

Setakat ni dah banyak kali saya buat..Alhamdulillah...sedap dan anak-anak pun suka..



Bahan-bahan:

2 cawan tepung gandum
1 cawan gula kastor/pasir
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar ovallette
4 sudu besar susu pekat manis
1/2 cawan susu segar@ susu tepung dibancuh*tak letak pun tak apa. Jika letak, apam lebih lembut.
4 biji telur
2 sudu minyak masak
Pewarna makanan

Cara-caranya:

1. Pukul atau blend telur bersama gula, esen vanilla dan ovallette hingga kembang. Jangan blend terlalu lama adunan ini.
2. Masukkan susu pekat manis dan pukul lagi hingga sebati. Masukkan susu.
3. Tuangkan adunan ke dalam bekas, dan masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit dan kaup balik sehingga sebati dan akhir sekali masukkan sedikit minyak masak.
4. Asingkan adunan kepada beberapa bahagian dan masukkan pewarna yang anda ingini.

Tips:
Jika anda inginkan corak seperti di atas, mulakan tuang adunan ke dalam loyang dari tengah dan selang selikan mengikut warna. Setelah habis adunan dituang, ambil sebatang lidi dan dan buat garisan dari tepi loyang ke tengah untuk hasilkan bentuk kelopak bunga.

5. Setelah selesai, anda akan lihat rupa adunan apam sebelum dikukus seperti di bawah. Pastikan pengukus telah dipanaskan terlebih dahulu dan kukus selama 45 minit-60 minit atau sehingga apam masak. Periksa dengan cucukan garfu. Jika telah masak, garfu yang dicucuk kelihatan bersih dan tidak melekat dengan adunan.

Untuk pastikan wap air tidak menitik di atas apam semasa dikukus, boleh tutupkan bahagian atas loyang secara longgar dengan aluminium foil atau lapik bahagian dalam tudung pengukus dengan kain dan kukus dengan api sederhana. Jika tidak, apam mungkin akan kelihatan menggelembung atau permukaannya tidak rata dan cantik. 

Ready untuk dikukus..hasilnya?? Macam kat atasla..
Apapun, apam susu ni memang sedap dimakan bersama keluarga dan sangat sesuai untuk hidangan minum petang.

Senang je nak membuatnya, kan?
Lepas ni bolehla cuba yer...


SELAMAT MENCUBA!!
Jangan lupa kongsikan hasilnya di ruang komentar di bawah yer..


-Ummi Ana-
019-938 7282


PENAFIAN@ DISCLAIMER

PENAFIAN@ DISCLAIMER
* Semua produk Shaklee ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Bagi muslim, jika anda sembuh atau berjaya mengatasi masalah anda setelah mengamalkan Shaklee, semuanya dengan izin ALLAH jua.Bagi mereka yang mempunyai penyakit kronik yang tertentu, sila dapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu sebelum mengambil suplemen anda.