PROMOSI DAFTAR AHLI PERCUMA dengan pembelian VIVIX 2 BOTOL

PROMOSI DAFTAR AHLI PERCUMA dengan pembelian VIVIX 2 BOTOL
Daftar ahli Shaklee secara percuma dengan pembelian sekurangnya 2 botol VIVIX atau belian sekurangnya 200uv. Istimewa buat pembelian VIVIX 2 botol anda akan jimat hingga rm40+ daripada harga ahli apabila anda mendaftar AHLl SHAKLEE. Tawaran Istimewa ini SAH sehingga 30 NOV 2017. Whatsapp 0199387282 sekarang!

Monday, October 20, 2014

10 Tips bantu anak hafaz Al-Quran seawal usia 2 tahun

Assalam..

Cuti sekolah akhir tahun dah hampir. Bagi ibu bapa yang belum punya perancangan untuk aktiviti cuti sekolah anak-anak, bolehlah mempertimbangkan kem tahfiz Al-Quran sebagai salah satu pengisian anak-anak. Masih tidak terlalu lewat untuk memupuk minat anak-anak terhadap Al-Quran. Selalulah berkongsi kisah-kisah bijak pandai pada zaman dahulu. Ramai bijak pandai zaman dahulu seperti Al- Khawarizmi, Ibnu Khaldun, Ibnu Rusyd dan Ibnu Sina yang menghafaz seluruh al-Quran sejak kecil sebelum berpindah ke cabang ilmu lain seperti matematik, kimia, fizik, astrologi dan sains.          

Sewaktu saya mengajar di University College Bestari dulu, saya pernah mengajar satu topik mengenai "Short Term Memory VS Long Term Memory" bagi subjek HCI-Human Computer Interaction. Apa yang menarik ialah teori mengenai kedua-dua jenis memori ini. Setelah kita mengenal jenis memori ini maka lebih mudah untuk kita mengenalpasti cara untuk meningkatkan memori kita.


Memori Jangka Panjang & Memori Jangka Pendek

Memori jangka panjang ni adalah memori kita mengenai sesuatu peristiwa yang kita pernah
lalui. Selalunya ia adalah sesuatu yang sukar dilupakan. Contoh: Menangis pada hari pertama bersekolah tahun 1, majlis akad nikah pada hari perkahwinan, atau kemalangan jalan raya yang pernah kita alami.

Selalunya memori jangka panjang meninggalkan kesan yang mendalam kerana ia masih dapat divisualkan di minda kita. Memori jenis ini boleh dipertingkatkan dengan cara memberikan pengecaman atau visual kepada peristiwa yang telah berlaku. Sebagai contoh, melihat kembali album perkahwinan atau album-album lama yang berkaitan.

Bagaimana pula dengan memori jangka pendek??
Memori jangka pendek pula ialah memori yang mungkin berkait dengan fakta, nombor atau ayat yang sukar diingati atau difahami. Contohnya: No telefon kawan baru, No. IC nenek dan alamat rumah seseorang yang baru dikenali ataupun ayat-ayat Al-Quran yang dibaca. Lama kelamaan jika tidak berusaha mengingatinya dengan cara tertentu kita akan mudah lupa pada memori seperti ini..
sebab itulah ia dipanggil memori jangka pendek.      

Menghafaz Al-Quran memori jangka panjang atau memori jangka pendek??

Sudah tentulah kita menganggap ia adalah memori jangka pendek sahaja. Walaupun begitu  terdapat beberapa cara untuk kita membantu meningkatkan kemampuan mengingat memori jangka pendek ini terutamanya bagi kanak-kanak.  Memori jangka pendek boleh ditukarkan menjadi memori jangka panjang dengan pengulangan dan hafalan.

Tips membantu anak untuk menghafaz Al-Quran seawal usia 2 tahun

Saya ringkaskan tips ini daripada artikel ini berdasarkan pengalaman Puan Mazlina Karim.

Puan Mazlina Karim berjaya membantu anak-anak beliau menghafaz 30 surah daripada Al-Quran sebelum mereka berusia 3 tahun. Berkat mengajar al-Quran daripada kecil, putri beliau Darwisya(8 tahun) mampu menguasai kemahiran menyerap apa saja ilmu yang diajar kepadanya. Darwisya yang kini bersekolah di Sekolah Antarabangsa Moden Arab ini pernah mendapat semua A bagi tujuh mata pelajaran dengan empat subjek mendapat markah penuh 100 peratus. Subhaanallah!!
Berikut adalah beberapa tips untuk membantu anak-anak menghafaz Al-Quran yang telah dikongsikan Puan Mazlina dan berdasarkan pengalaman mengajar anak-anak saya sendiri juga.

#Tips 1:
Memainkan cakera padat video (VCD) surah yang perlu dihafal. 

Ibubapa boleh memainkan cakera padat video Al-Quran di rumah atau di dalam kereta ketika hendak ke mana-mana. Memainkan VCD surah-surah Al-Quran pada setiap masa mampu menimbulkan minat anak-anak terhadap surah yang diperdengarkan. Anda boleh memulakan memperkenalkan dengan surah-surah pendek terlebih dahulu.


#Tips 2:
Meningkatkan memori atau daya simpan maklumat dalam otak kanak kanak sejak hari pertama dilahirkan

Menurut Puan Mazlina, sebenarnya otak kanak-kanak sudah sangat bersedia untuk menerima apa saja pembelajaran sejak lahir. Otak mereka pada waktu ini ibarat span yang amat mudah menyerap air. Malah mengikut kajian sains, pada usia dua tahun, kapasiti otak kanak-kanak menyamai 80 peratus otak dewasa. Sebab itulah usia tersebut adalah paling sesuai untuk dimulakan latihan menghafaz.


#Tips 3:
Mendahulukan mengajar Al-Quran berbanding membaca dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Jangan terlalu risau anak anda berkemungkinan tidak dapat membaca..

Hal ini penting bagi ibubapa yang benar-benar inginkan anak yang mampu menghafaz Al-Quran dengan baik. Mengajar banyak perkara sekaligus berkemungkinan menjadikan anak-anak keliru dengan apa yang dipelajari serentak. Fokus anak-anak juga pastinya teralih kepada sesuatu selain hafazan mereka.

*Saya sendiri menggunakan cara ini terhadap anak-anak saya. Anak-anak alhamdulillah dapat menguasai bacaan Al-Quran dan Jawi dengan lancar sebelum berusia 6 tahun. Setelah berusia 6 tahun barulah saya memberi penekanan kepada membaca Bahasa Melayu pula. Alhamdulillah setakat 3 orang anak saya yang telah bersekolah, Husna, Husni dan Husnina telah berjaya menguasai membaca Al-Quran, Jawi dan Bahasa Melayu sebelum mereka memasuki Tahun 1. Saya dan suami mula mengajar Husna Iqra' pada usia 3 tahun. Alhamdulillah, Husna telah menamatkan bacaan Iqra 6 pada usia awal 4 tahun dan telah khatam membaca Al-Quran pada usia 5 tahun dan mula menghafaz surah Yaasin sebaik sahaja khatam Al-Quran.


#Tips 4:
Memulakan dengan menghafal sebelum mengenal huruf  Al-Quran

Mengikut kajian sains, kanak-kanak yang belajar menghafal akan meningkatkan kuasa otak kiri mereka. Otak kiri bertanggungjawab untuk menganalisa secara analitikal seperti sains, matematik dan bahasa manakala otak kanan pula bertindak untuk berfikir secara holistik seperti perkara berkaitan seni dan muzik. Ramai juga huffaz (penghafal quran) daripada kalangan orang buta. Ini bermakna seseorang yang tidak mengenal huruf juga boleh menghafal al-Quran dengan baik.


#Tips 5:
Biasakan memperdengarkan surah daripada Al-Quran ketika anak sedang tidur

Menurut Puan Mazlina, pada usia dua tahun lapan bulan anak-anak beliau sudah menghafaz lapan surah pendek dan sekurang-kurangnya 17 surah apabila usia mencecah tiga tahun. Mereka telah diperdengarkan dengan surah-surah Al-Quran sejak masih bayi lagi.

Menurut satu kajian luar negara,  memperdengarkan lagu dengan irama yang perlahan ketika bayi tidur mampu meningkatkan kemampuan memori si bayi tersebut. Oleh itu, pilihlah audio bacaan Al-Quran yang dibacakan secara jelas dan perlahan-lahan.


#Tips 6:
Gunakan daya kreativiti ibu bapa untuk menarik minat anak-anak terhadap Al-Quran

Kad imbasan juga boleh digunakan untuk membantu menarik minat anak-anak. Sebagai contoh, bayi berusia setahun akan membuatkan ibu bapa terpaksa menarik perhatian bayi mereka untuk menyebut setiap kad imbasan kerana pada waktu ini, mereka dalam peringkat suka meneroka dan mula melakukan pelbagai kerja sendiri dan kurang fokus terhadap apa yang ibubapa inginkan. Ini lebih ketara untuk kanak-kanak lelaki berbanding perempuan.

*Pagi tadi saya menonton satu video yang disiarkan dalam rancangan MHI. Bayi perempuan dalam video tersebut akan menangis apabila diberikan buku selain Al-Quran. Apabila diberikan Al-Quran dan dibukakan halamannya, bayi tersebut amat gembira. Tetapi apabila ditutup Al-Quran itu dia akan menangis minta dibukakan semula. Subhaanallah..bayi pun dah kenal dan berminat pada Al-Quran!!

#Tips 7:
Tidak membanding-banding kemampuan anak lelaki dan anak perempuan

Anak lelaki dan perempuan mempunyai cara belajar berbeza. Berbanding anak perempuan, anak lelaki lebih nakal dan kurang daya tumpuan. Masalah pelat juga lebih dialami kanak-kanak lelaki berbanding perempuan. Sebab itulah lebih perhatian diperlukan terhadap anak lelaki.

#Tips 8:
Menggalakkan anak-anak menghafal surah sebanyak yang mungkin mengikut kemampuan mereka

Semakin panjang dan semakin banyak surah yang dihafal, semakin tinggi kekuatan memori mereka. Jika mereka telah selesai menghafal sesuatu surah, minta mereka teruskan dengan surah yang lain pula..


#Tips 9:
Sentiasa meminta anak-anak mengulang semula membacakan apa yang telah mereka hafal. 

Kaedah mengulang ini bukan sahaja sesuai untuk kanak-kanak, bahkan orang dewasa juga. Mengulangi dengan kerap apa yang telah dihafaz mampu mengubah memori jangka pendek menjadi memori jangka panjang juga! Ini juga boleh dilakukan dengan menvisualkan setiap ayat Al-Quran yang ingin dihafaz..Practices make perfect..InsyaaAllah..


#Tips 10:
Memberikan ganjaran apabila anak-anak berjaya melakukannya

Sesekali berikanlah ganjaran kepada anak-anak yang berjaya menghafaz walaupun sekadar satu surah. Ganjaran bukanlah berbentuk material semata-semata. Apa kata hadiahkan anak anda dengan satu ciuman dan pujian dan doakanlah kejayaan mereka bersama-sama mereka agar mereka juga tahu segala usaha mereka sangat dihargai anda. InsyaaAllah..

Selain tips di atas, anda juga boleh membantu menguatkan memori anak-anak yang menghafaz Al-Quran dengan memberikan mereka suplemen yang sesuai untuk menguatkan lagi memori mereka.



Tingkatkan memori dengan Omega-3 Asid Lemak

Kenapa penting untuk sel-sel otak anak anda berhubung??

Kerana ia akan membantu mereka mengingati setiap ayat Al - Quran yang baru dihafaz dan mengaitkannya dengan ayat yang telah mereka hafaz sebelumnya..insyaaAllah..

Pakar otak mengatakan bahawa asid lemak Omega-3 menggalakkan perkembangan otak. Omega-3 mempunyai asid eicosapentaenoic (EPA) dan asid docosahexaenoic (DHA).

DHA dan EPA penting untuk meningkatkan fungsi otak. Memberikan anak diet harian kaya DHA akan menjadikan mereka lebih fokus dan dapat memberikan tumpuan ketika bermain dan belajar. DHA merupakan elemen utama untuk membentuk sel membran neuron yang bertindak sebagai penghubung antara sel-sel otak.

Antara sumber-sumber makanan yang mengandungi Omega-3 ialah:

1. Minyak soya.
2. Ikan (jenis laut dalam) dan makanan laut.
3. Minyak ikan kod.
4. Telur ayam (yang diperkaya dengan Omega – 3).
5. Kekacang.


 Susu ibu mempunyai 30 kali ganda DHA terdapat dalam susu formula. Sebab itulah ibu-ibu yang inginkan anak-anak yang bijak akan berusaha untuk memberikan susu ibu sepenuhnya kepada anak-anak mereka.

Saya berikan anak-anak saya Omega Guard untuk membantu kecerdasan minda mereka. Omega Guard merupakan minyak ikan yang kaya dengan Asid Lemak Omega-3.

Sebiji sehari memadai bagi anak anda untuk bekalan  Omega-3 yang sangat membantu meningkatkan memori dan fungsi otak anak-anak. InsyaaAllah, sangat membantu menguatkan  memori anak-anak yang ingin menghafaz Al- Quran.


Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Omega Guard, KLIK SINI.

Untuk sebarang pertanyaan tentang produk, bolehlah berhubung dengan saya seperti berikut:

✍ PM: siti raihana ismail
✐ Blog: Mauceriasokmo
✉ Email: elraihan82@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 019-9387282
➲ COD Area: Setiu(Pak Kancil, Penarek, Merang, Guntong, Saujana) dan Kuala Terengganu(Giant G.Badak, Mydin Mall, Giant K.Trg)

4 comments:

  1. Perkongsian yang menarik. walau anak dah berusia 5 tahun..tapi cuti sekolah ni nak try apply ilmu ni..InsyaAllah belum terlambat kan?

    ReplyDelete
  2. InsyaaAllah..bukan saja anak-anak..saya sendiri pun rasa sebahagian kaedah ini berkesan untuk diri sendiri juga..

    Saya pun baru dapat tau juga..insyaaAllah kita cubalah apply untuk anak-anak seawal usia mereka..

    ReplyDelete
  3. terima kasih atas perkongsian yang menarik. saya baru nak latih anak saya. mudah2an tak terlambat..

    ReplyDelete
  4. InsyaaAllah, kita belum terlambat..proses mendidik kan sampai ke tua..lebih menarik jika anak-anak lihat ibu bapa pun join sama..

    ReplyDelete

Assalam..sekiranya anda berminat untuk bertanya atau order, boleh juga tinggalkan komen, order dan pertanyaan anda di sini..saya sedia menghubungi dan membantu anda..

PENAFIAN@ DISCLAIMER

PENAFIAN@ DISCLAIMER
* Semua produk Shaklee ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Bagi muslim, jika anda sembuh atau berjaya mengatasi masalah anda setelah mengamalkan Shaklee, semuanya dengan izin ALLAH jua.Bagi mereka yang mempunyai penyakit kronik yang tertentu, sila dapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu sebelum mengambil suplemen anda.