Nak cari tentang apa?

Restoran Kegemaran: Kedai Makan Mok Long Kg Buluh, Setiu


Assalam..

Entri ini masih lagi untuk menyahut #Cabaran7HariEntry bagi topik hari ke 6, Restoran Kegemaran Saya...Allah izinkan juga saya siapkan entri ni walaupun dah 7-8 kali Google Chrome Browser saya ni asyik crash aje..dekat 10 kali dah relaunched..tak taulah kenapa..huhu..Maaf yer nanny ku..masalah teknikal laptop..padahal bukan main excited lagi nak buat entri ni...hihi.(Alasan ke??)

Restoran kegemaran saya?? 

Actually bukan restoran pun..cuma kedai makan biasa yang saya dan rakan-rakan sepejabat kami panggil "Kedai Makan Mok Long"..Kedai ni terletak setentang dengan Masjid Kampung Buluh, Setiu..jika ada rakan yang ajak saya keluar makan tengahari, memang inilah tempat pilihan saya..setelah puas mencari imej Kedai Mok Long dalam Google Street View, akhirnya dapat juga saya tunjukkan bagaimana rupanya Kedai Makan Mok Long ni..dah lain sikit rupanya sekarang..hehe..

Kedai Makan Mok Long ni terletak dalam deretan kedai makan di antara Pejabat Pos Bandar Permaisuri dan Minimarket Zua Permai di Kampong Buluh, Setiu

Apa istimewanya makanan di sini?

Kegemaran saya adalah pegedil sayur dan sambal tempoyaknya yang sangat best..besar pegedil tu tau!! Jarang jumpa lauk pegedil, kan?? Cuma RM1 sekeping.. dan ada juga ABC Cendol..Boleh pilih nak ABC Cendol Jagung, ABC Cendol Kacang Merah, atau Cendol kosong pun best..

Gambar hiasan: Rupa Ikan Patin Masak tempoyak Kedai Makan Mok Long lagu ni lah..meleleh ait liur nengok..

Nilah rupa pegedilnya..memang best makan macam tu je atau makan dengan nasi berlauk

Bestnya sambal tempoyak..lawan pulak dengan singgang ikan patin
Owh..memang rindu nak makan situ lagi..baru 2 kali saya dapat ke sana sejak jadi surirumah ni..itupun setelah pujuk en suami singgah makan dulu...masa kerja sebagai pensyarah dulu saya selalu ke situ dengan kawan-kawan sekerja di University College Bestari tu..sekarang kalau rasa nak makan sangat kene buat sendiri je lah..mana nak sama, kan?


Kenapa nama kedai Mok Long? 

Saya pun kurang pasti sebenarnya..Kalau dilihat pekerja-pekerja di situ semuanya muda lagi..sebenarnya kedai makan ni diuruskan sendiri oleh anak-anak dan menantu-menantu Mok Long ni..so Mok Long takdela kat situ..apapun..memang masakannya sedap sangat dan jika anda lewat pukul 2 baru nak lunch kat situ memang kempunan jela..sebab seawal 1.30 tengahari selalunya lauk pauknya dah habis..tinggal ABC Cendol je yang masih boleh dibeli..harganya juga jauh lebih murah dan berbaloi sangat. Kalau ada bajet RM10 tu memang lepas sangatla nak makan kat situ..


Dah boleh jadi review dah entri ni..apapun, kalau nak ke Bandar Permaisuri Setiu jangan lupa singgah di Kedai Makan Mok Long ni untuk lunch..memang puas hati dengan apa yang anda bayar, insyaaAllah..




Untuk sebarang pertanyaan tentang produk, bolehlah berhubung dengan saya seperti berikut: ✍ PM: siti raihana ismail ✐ Blog: Mauceriasokmo ✉ Email: elraihan82@gmail.com ✆ Call/SMS/WhatsApp: 019-9387282 ➲ COD Area: Setiu(Pak Kancil, Penarek, Merang, Guntong, Saujana) dan Kuala Terengganu(Giant G.Badak, Mydin Mall, Giant K.Trg)

1 comment:

  1. Terbaik..makanan di sini mmg sungguh enak dan berpatutan,masakan dgn kasih syg..mmg best in the world!

    ReplyDelete

Assalam..sekiranya anda berminat untuk bertanya atau order, boleh juga tinggalkan komen, order dan pertanyaan anda di sini..saya sedia menghubungi dan membantu anda..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN@ DISCLAIMER

PENAFIAN@ DISCLAIMER
* Semua produk Shaklee ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Bagi muslim, jika anda sembuh atau berjaya mengatasi masalah anda setelah mengamalkan Shaklee, semuanya dengan izin ALLAH jua.Bagi mereka yang mempunyai penyakit kronik yang tertentu, sila dapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu sebelum mengambil suplemen anda.
Adbox