PROMOSI VIVIX SEHARI 16 SEPTEMBER 2017 SAHAJA

PROMOSI VIVIX SEHARI 16 SEPTEMBER 2017 SAHAJA
Tawaran Istimewa ini SAH HANYA PADA 16 SEPTEMBER 2017 SAHAJA. Jimat sehingga RM40

Friday, October 24, 2014

Hipoglisemia: 6 Cara mudah merawat segera simptom kurang gula dalam darah

Assalam..

Anda selalu mengelak atau melewat-lewatkan makan? Hmm..jangan amalkan selalu yer..anda mungkin akan mengalami Hipoglisemia. Saya pernah mengalaminya semasa bekerja dulu..tapi tak sangka pula ianya Hipoglisemia..


Saya sering lewat mengambil sarapan kerana terkejar-kejar nak masuk kelas awal pagi. Kebetulan pula suatu pagi tu saya ada 3 kelas straight 6 jam. Saya cuma sempat minum segelas teh pagi tu sebelum masuk kelas. Akhirnya tengahari tu saya rasa lapar sangat-sangat. Tengahari lepas pos barang masa nak drive balik ke pejabat tangan dan kaki dah mula menggeletar..rasa sejuk dan berpeluh-peluh..sebab rasa kurang sihat, saya akhirnya terus drive slowly ke klinik.


Di klinik Doktor bertanya adakah saya dah makan? hmm...barulah saya ingat rupanya saya bukan saja belum lunch, tapi sarapan pun dengan segelas teh je pagi tu...akhirnya doktor tak bagi apa-apa ubat pun..cuma dia minta saya beli sekotak air laici dan minum..alhamdulillah, dalam 10 minit berehat selepas minum saya rasa lega sikit dan dah hilang rasa sejuk dan menggeletar tadi..Doktor akhirnya berikan saya time slip pelepasan bekerja dan menasihatkan saya pulang ke rumah dan berehat.


Bagaimana Hipoglisemia boleh berlaku pada kita??

Hipoglisemia boleh terjadi kepada sesiapa sahaja. Tetapi kebanyakan pesakit diabetes yang mengambil insulin juga sering mengalami masalah ini..Hipoglisemia terjadi apabila paras glukosa dalam darah jatuh terlalu rendah berkemungkinan kerana beberapa sebab tertentu. Antaranya ialah:

  1. Menggunakan terlalu banyak insulin(bagi pesakit diabetes)
  2. Makan terlalu sedikit, makan terlalu lewat atau kerana tidak makan langsung
  3. Menggunakan tenaga untuk melakukan kerja berat melebihi tenaga yang dibekalkan oleh karbohidrat yang diambil.

Paras gula rendah tu macamana?


Hipoglisemia terjadi apabila paras gula rendah mencecah bawah 3.9 mmol/L (60 or 70 mg/dL). Walaubagaimanapun seringkali individu hanya merasa simptom apabila paras gula mencapai aras 2.8 hingga 3.0 mmol/L (50 to 54 mg/dL).


10 Tanda anda mengalami Hipoglisemia
  1. Merasa lapar
  2. Jantung rasa berdebar-debar
  3. Kepenatan dan letih lesu
  4. Penglihatan menjadi kabur
  5. Hilang fokus
  6. Berpeluh dengan banyak
  7. Menggigil
  8. Sakit kepala
  9. Kulit berwarna pucat dan rasa sejuk
  10. Pertuturan menjadi tidak jelas

*Jika simptom atas dibiarkan tanpa dirawat atau dipulihkan segera, berkemungkinan anda akan tidak sedarkan diri atau mengalami sawan. 

  • Bagi pesakit kencing manis atau diabetes, keadaan ini boleh berlaku disebabkan oleh pengambilan ubat kencing manis, sulfonilurea atau insulin. Pesakit kencing manis perlu mengambil ubatan untuk meningkatkan kandungan insulin dalam darah. 
  • Aras gula harian kita berubah mengikut apa yang kita makan dan keadaan badan kita. Apabila kita tidak menyelaraskan dos ubatan mengikut perubahan aras gula dalam darah kita, aras gula kita boleh menurun secara mendadak menyebabkan berlakunya hipoglisemia. 

6 Cara mudah merawat Hipoglisemia

Apabila anda atau ahli keluarga anda mengalami tanda awal hipoglisemia, anda disarankan untuk mengambil 15-20 gram gula glukos atau karbohidrat ringkas.

Cadangan cara segera untuk menghilangkan simptom Hipoglisemia:

  1. Minum air buah-buahan/ air kotak yang manis
  2. Mengambil setengah tin minuman ringan
  3. Mengambil dua sudu teh gula pasir
  4. Makan snek yang manis
  5. Menggosokkan serbuk glukos ke gusi
  6. Makan gula-gula manis

*Tanda-tanda hipoglisemia akan beransur hilang setelah anda mula makan.

Selalu juga pesakit diabetes dinasihatkan membawa gula-gula manis ke mana saja mereka  pergi bagi sebagai persediaan  jika mereka mengalami Hipoglisemia. Jika mengalami  hipoglisemia, anda disarankan mencuba mana-mana cadangan di atas untuk rawatan segera. Jika simptom di atas dibiarkan berlarutan dibimbangi boleh menyebabkan keadaan yang lebih teruk seperti sawan dan tidak sedarkan diri.


Bagaimana nak elakkan Hipoglisemia berulang??

1. Mengambil segelas ESP setiap pagi sebagai sarapan segera!!

Kenapa ESP?

ESP membantu menstabilkan paras gula dalam darah.
Bagaimana ESP membantu menstabilkan dan mengawal paras gula dalam darah?


ESP memiliki Indeks Glisemik (GI) kurang dari 55, iaitu 39 sahaja (GI yang rendah).  

Mereka yang mengambil karbohidrat untuk tenaga mempunyai tahap pelepasan tenaga dalam darah yang tinggi hanya pada mulanya sahaja. Karbohidrat mempunyai paras gula yang tinggi dan memberikan tenaga segera. Walaubagaimanapun, mereka akan kembali berasa lapar dengan cepat kerana paras gula juga menurun dengan cepat.

Mereka yang mengambil ESP(mempunyai GI rendah) melepaskan tenaga ke dalam sistem badan secara perlahan.  Ini membantu menstabilkan paras gula dalam darah dan mereka akan berasa kenyang lebih lama. Sebab itu ia sangat sesuai untuk mereka yang berpuasa dan mereka yang ingin menurunkan berat badan juga.
ESP Shaklee: Protein soya yang GI rendah dan mengekalkan tenaga lebih lama

Alhamdulillah, saya sendiri dah mencubanya dan alhamdulillah, berkesan untuk saya.
Boleh lihat sendiri hasilnya pada rekod di bawah. Ini adalah rekod BSP(Blood Sugar Profile) saya sendiri.



Ini adalah bacaan paras glukos saya ketika hamil anak ke 5 yang lalu..saya disahkan ada GDM kali pertama waktu itu dan memang selalu alami hipoglisemia ketika hamil. Setiap 2-4 minggu saya akan melakukan BSP  dan ini adalah rekod saya..

Jika diperhatikan, rekod BSP saya ni..bacaan daripada bulan 6-10 memang masih normal untuk bacaan pertama (Bacaan semasa berpuasa). Selepas beberapa jam mengambil sarapan yang agak berat, bacaan glukos kedua (2 jam selepas ambil sarapan) saya masih rendah..3.5 pun ada..dan saya sering mendapat simptom hipoglisemia..

Selepas saya mengamalkan ESP pada bulan 11, saya dah tak hipo lagi..bacaan gula saya normal walaupun saya sarapan dengan menu seperti biasa..
Alhamdulillah..

2. Mengambil bawang putih atau suplemen bawang putih untuk membantu merawat hipoglisemia
Suplemen yang kaya dengan bawang putih dengan tambahan spearmint dan rosemary
Bawang putih juga dikatakan membantu mengawal tahap gula dalam darah. Penggunaan terapeutik ekstrak bawang putih tua secara konsisten menunjukkan pencegahan simptom Hipoglisemia.

*Mereka yang mengambil insulin dinasihatkan mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum mengambil suplemen bawang putih.


Jika anda sering mengalami Hipoglisemia, saya amat menyarankan sekurang-kurangnya ESP untuk menggantikan sarapan anda jika anda kesuntukan masa untuk bersarapan atau makan tengahari. Semoga artikel ini membantu anda menemukan cara segera menangani masalah Hipoglisemia ini.

Jika anda berminat untuk mendapatkan ESP atau Garlic Shaklee boleh lah order terus dengan klik di  bawah atau terus menghubungi saya di talian di bawah:




Raihana-0199387282

Untuk sebarang pertanyaan tentang produk, bolehlah berhubung dengan saya seperti berikut:
✍ PM: siti raihana ismail
✐ Blog: Mauceriasokmo
✉ Email: elraihan82@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 019-9387282
➲ COD Area: Setiu(Pak Kancil, Penarek, Merang, Guntong, Saujana) dan Kuala Terengganu(Giant G.Badak, Mydin Mall, Padang Midin)

2 comments:

  1. Owh baru saya tau, sy pun pernah mengalaminya. Skrg mmg minum ESP. BADAN rasa best sgt.
    Http://www.lovesihat.com

    ReplyDelete

Assalam..sekiranya anda berminat untuk bertanya atau order, boleh juga tinggalkan komen, order dan pertanyaan anda di sini..saya sedia menghubungi dan membantu anda..

PENAFIAN@ DISCLAIMER

PENAFIAN@ DISCLAIMER
* Semua produk Shaklee ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Bagi muslim, jika anda sembuh atau berjaya mengatasi masalah anda setelah mengamalkan Shaklee, semuanya dengan izin ALLAH jua.Bagi mereka yang mempunyai penyakit kronik yang tertentu, sila dapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu sebelum mengambil suplemen anda.