Nak cari tentang apa?

25 istilah penyusuan yang ibu menyusu perlu tahu

Assalam..

Fuuhh..akhirnya berjaya juga mengumpulkan sebanyak mungkin istilah penyusuan yang setiap ibu menyusu perlu tahu untuk lebih memahami dunia penyusuan. Maaf, saya terpaksa menyampaikan istilah-istilah ini sepertimana yang selalu disebut secara umum melalui penggunaan singkatan dan istilah bercampur dalam dwibahasa iaitu Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu...Sekurang-kurangnya dapat juga dijadikan rujukan buat diri saya sendiri sebagai salah seorang ibu menyusu. Semoga bermanfaat juga untuk anda!!

Istilah-istilah Penyusuan

  1. BF: Breastfeeding
  2. Laktasi:Keseluruhan proses menyusu susu ibu
  3. Prolaktin: Hormon yang meningkatkan pengeluaran susu ibu
  4. EBM: Expressed Breast Milk
  5. FM:Formula Milk
  6. Marmet: Teknik perahan susu menggunakan tangan
  7. Pumping/ Mengepam: Proses mengeluarkan susu menggunakan pam
  8. Tandem pumping: Teknik perahan atau pengepaman sambil menyusukan bayi
  9. Power pumping: Teknik pengepaman kedua belah susu selama beberapa minit setiap sebelah sesecara bergilir berterusan sehingga ke satu jam proses dilakukan
  10. Demand and Supply: Konsep ada permintaan susu dari bayi@apabila breast dikosongkan, maka akan adalah juga bekalan susu berdasarkan permintaan bayi atau susu baru berdasarkan ruang kosong tersebut.
  11. Milkbooster: Agen/ sebarang pemakanan yang membantu meningkatkan pengeluaran susu ibu
  12. Fresh EBM: Susu ibu yang baru diperah
  13. Chilled EBM: Susu ibu yang telah diperah dan disejukkan(bukan beku)
  14. Frozen EBM: Susu ibu yang telah dibekukan
  15. Lekapan: Cara puting susu ibu dimasukkan ke mulut bayi
  16. Penyusuan Ekslusif/ Exclusive Breastfeeding: Bayi hanya diberi susu ibu sahaja tanpa susu formula atau air.
  17. Penyusuan Penuh/ Full Breastfeeding: Bayi mendapat susu ibu bersama makanan lain dan air tetapi tanpa susu formula atau susu alternatif yang lain.
  18. Penyusuan Separa/ Half Breastdfeeding: Bayi diberi susu ibu bersama makanan tambahan lain
  19. Penyusuan Lanjutan/ Extended Breastfeeding: Bayi masih diberi susu ibu setelah melebihi usia 2 tahun
  20. Direct Feeding: Penyusuan secara terus dengan ibu
  21. Bottle Feeding: Penyusuan menggunakan botol susu
  22. Suction: Hisapan susu bayi
  23. Stimulation: Stimulasi atau rangsangan terhadap puting susu
  24. Relaktasi: Proses menyambung semula penyusuan susu ibu setelah berhenti seketika untuk suatu tempoh.
  25. Areola: Kawasan berwarna gelap pada puting susu ibu
InsyaaAllah, jika ada tambahan istilah boleh juga cadangkan di ruangan komen. InsyaaAllah saya akan menambahnya lagi..Cadangan anda amat-amat saya hargai..


Untuk sebarang pertanyaan, bolehlah berhubung dengan saya seperti berikut:

✍ PM: siti raihana ismail
✐ Blog: Mauceriasokmo
✉ Email: elraihan82@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 019-9387282

No comments:

Post a Comment

Assalam..sekiranya anda berminat untuk bertanya atau order, boleh juga tinggalkan komen, order dan pertanyaan anda di sini..saya sedia menghubungi dan membantu anda..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN@ DISCLAIMER

PENAFIAN@ DISCLAIMER
* Semua produk Shaklee ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Bagi muslim, jika anda sembuh atau berjaya mengatasi masalah anda setelah mengamalkan Shaklee, semuanya dengan izin ALLAH jua.Bagi mereka yang mempunyai penyakit kronik yang tertentu, sila dapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu sebelum mengambil suplemen anda.
Adbox