Nak cari tentang apa?

8 Tips menyusu di tempat awam


Assalam..


Apa perasaan anda jika terpaksa menyusu di tempat awam?? Agak malu dan seganlah jugak..Hari ni saya nak kongsi lagi 8 tip yang mudah bagi ibu-ibu yang nak menyusu di tempat awam(NIP). Bagaimana yer..hihi..Sebenarnya sebahagiannya saya apply juga..



1. Yakin anda sedang membantu anak anda

Jangan sesekali berasa ragu-ragu untuk menyusukan di khalayak ramai. Setkan fikiran anda bahawa anda sebenarnya sedang membantu anak anda yang sedang lapar. Kasihan jika anda menolak permintaan bayi anda waktu itu, bukan?

2. Fokus kepada bayi anda sahaja

Abaikan pemikiran negatif orang lain kepada anda. Apa yang anda harus lakukan cumalah fokus kepada bayi anda dan rasakan keindahan menyusukan anak anda. Perasaan malu dan tertekan akan hanya  akan memberi kesan kepada kelancaran pengaliran susu dan menjadikan anda kurang memberi perhatian kepada bayi anda. Walaubagaimanapun, jagalah aurat anda semasa menyusukan.

3. Pilih lokasi sesuai
Nursing room dan tempat menukar lampin
Jika anda berada di tempat awam yang terlalu ramai orang, berpindahlah ke tempat yang lebih sesuai..Cari tempat yang tidak terlalu ramai orang untuk melakukan penyusuan. Ketika penyusuan, bayi inginkan suasana yang tenang. Tempat yang bising dan ramai orang tidak sesuai untuk menyusukan bayi anda..Surau awam, tempat menukar lampin juga sesuai untuk anda menyusukan bayi anda. Bagi sesetengah tempat, bilik menyusu juga turut disediakan. Manfaatkan ia sebaiknya. Dalam kereta juga adalah pilihan lokasi terakhir saya selalunya..

4. Pakaian menyusu



Jika anda mempunyai pakaian menyusu, pakailah pakaian tersebut untuk keluar ke tempat awam..Jika tidak, bawalah sebarang towel kecil atau sarungkan pakaian penyusuan seperti poncho atau kain pendakap ketika menyususkan bayi. Bagi saya sebagai muslimah, memakai tudung yang lebih labuh ketika menyusu di tempat awam juga amat sesuai sebagai pelindung terbaik daripada pandangan orang awam terhadap anda.

5. Adakan 'dinding'
Jika tidak mempunyai kain atau pakaian penyusuan, suami atau pihak ketiga boleh menjadi 'dinding' kepada anda sewaktu menyusukan.. Jika tiada sesiapa yang dapat membantu anda, boleh gunakan barang2 lain seperti beg tangan, atau tuala kecil atau selendang sebagai 'dinding' anda..

6. Jangan banyak bercakap

Apabila anda berbual dengan orang lain semasa menyusukan, anda sebenarnya mengganggu ketenangan anak anda yang sedang menyusu. Bahkan jika suara anda cukup jelas didengar, ia akan menarik perhatian orang awam untuk melihat kepada anda. Jadi, diam sahaja lebih baik semasa menyusukan bayi anda..

7. Tidak keluar ketika bayi lapar

Jika bayi anda sudah mula makan makanan pejal, bolehlah dibawa bekal biskut bayi supaya dapat diselang selikan dengan menyusu badan. Kadangkala bayi yang terlalu lapar akan meminta susu dengan lebih kerap. Jadi masih ada masa untuk anda bertahan beberapa ketika dengan memberikan biskut bayi tersebut sebelum bayi meminta disusukan lagi..Sebaik-baiknya sebelum turun dari kereta untuk aktiviti anda di tempat awam, pastikan anda telah menyusukan bayi anda sekerap dan selama mungkin. Ini untuk memastikan bayi dapat bertahan dari lapar lebih lama.

8. Meletakkan kereta berhampiran
Jika anda dapat meletakkan kenderaan hampir dengan tempat anda beraktiviti, pastinya lebih mudah untuk anda menyusukan bayi anda dengan hanya masuk ke dalam kereta untuk lebih privasi.


hmm..tak susah pun nak NIP(Nursing In Public)!!
Selamat Mencuba..


No comments:

Post a Comment

Assalam..sekiranya anda berminat untuk bertanya atau order, boleh juga tinggalkan komen, order dan pertanyaan anda di sini..saya sedia menghubungi dan membantu anda..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN@ DISCLAIMER

PENAFIAN@ DISCLAIMER
* Semua produk Shaklee ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Bagi muslim, jika anda sembuh atau berjaya mengatasi masalah anda setelah mengamalkan Shaklee, semuanya dengan izin ALLAH jua.Bagi mereka yang mempunyai penyakit kronik yang tertentu, sila dapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu sebelum mengambil suplemen anda.
Adbox