Actually entri ni adalah sambungan dari entri saya yang sebelum ni...13 Punca Anak Hilang Selera Makan..dah tau punca, mestilah nak tau apa cara mengatasinya..cumanya dalam entri ni saya khaskan untuk ibu-ibu yang ada masalah nak bagi anak makan nasi..
Kenapa saya khaskan untuk anak yang tak makan nasi? Sebab saya pun ada masalah yang sama dengan anak saya sendiri Amir Hasan yang saaangat Picky Eater...tak kene lauk memang tak makan nasi langsunglah jawabnya...selalunya hasan pilih lauk..cuma makan nasi jika ada lauk ikan singgang, sup ayam, sup ikan atau masak lemak serai jer...yang lain memang dia tolak dengan nasi sekali..
So, sejak duduk rumah dan jadi surirumah ni saya mula jadi kreatif sikit bab masak..selalu fikir macamana nak buat dia dapat zat daripada makanan yang dihidang seolah dia masih makan dengan kalori secukupnya..macamana tu?? OK..ini antara cadangan daripada saya..terpulang kepada ibu-ibu sekalian macamana nak olah menu ni supaya dapat memenuhi selera anak-anak kita..
Banyak mana kalori yang kanak-kanak perlukan?
Umur | Lelaki (Kalori Sehari) | Perempuan (Kalori Sehari) |
---|---|---|
1-3 tahun | 1230 | 1165 |
4-6 | 1715 | 1545 |
7-10 | 1790 | 1740 |
11-14 | 2220 | 1845 |
15-18 | 2755 | 2110 |
IBU HARUS KREATIF DAN INOVATIF UNTUK MELAKUKAN MODIFIKASI KE ATAS MENU ANAK-ANAK
Benar,
Kalau anak-anak sukar makan nasi, apakah yang boleh ibu-ibu hidangkan sebagai pengganti nasi?
- Roti
- Contoh menu: Roti bakar, puding roti bakar, roti burger, roti kentang
- Jagung
- Contoh menu: sup jagung, bertih jagung, jagung bakar, jagung rebus, jagung mentega.
- Kentang
- Contoh menu: Kentang lecek, kentang bakar, sup kentang, kentang goreng.
- Pasta
- Contoh menu: Makaroni sup, makaroni bakar, spagetti carbonara, spagetti goreng.
Cukupkah hidangan pengganti nasi sahaja?
Tak cukup..oleh itu, kenalkan mereka dengan snek homemade anda sebagai tambahan yang jauh lebih berkhasiat daripada snek yang dijual di kedai...
Kanak-kanak memang sukakan hidangan berwarna warni..hidangan manis, dan mudah dimakan atau dipegang especially ketika bermain. Sesekali tidak mengapa memberikan anak makanan manis daripada mereka tidak makan langsung. Tetapi sebaiknya biarlah ia dalam jumlah yang anda sendiri telah kawal iaitu semestinya anda sendiri yang menyediakan hidangan tersebut. So, apa contoh menu snek untuk sarapan atau minum petang yang boleh menarik selera makan anak-anak?
Antara menu snack yang berkhasiat untuk anak-anak ialah:
1. Kek:
Boleh campurkan serbuk minuman coklat dan biskut oat atau biskut kegemaran anak-anak dan tambahkan susu formula ke dalam kek yang anda hasilkan. Contohnya kek batik. Ini menjadikan kek anda berkalori tinggi tetapi masih menyihatkan. Kurangkan manis susu pekat manis dengan menggantikannya dengan susu formula sahaja bersama sedikit madu lebah atau sedikit sahaja gula..
2. Puding buah-buahan:
Puding buah-buahan boleh diinovasi dengan mencampurkan susu segar dan tambahkan buah-buahan berserat selain buah-buahan tin yang anda gunakan. Kismis membekalkan tenaga yang sangat membantu anak-anak di samping menjadi makanan minda untuk anak-anak. Boleh juga dicampurkan bersama,
3. Donut:
Donut juga boleh diadun dengan campuran susu formula, kismis dan diletakkan topping kekacang tumbuk atau hirisan badam yang jauh lebih berkhasiat daripada krim coklat yang berlemak semata-mata.
4. Aiskrim:
Jika anak anda sukakan aiskrim, apa kata anda buat homemade aiskrim daripada bancuhan susu formula anak-anak yang dibekukan. Boleh juga menambah sedikit tekstur dengan biskut kegemaran mereka, jagung atau kacang merah atau cuma diletak sedikit perisa buah-buahan.
5. Burger:
Jika anak-anak sukakan roti atau burger apa salahnya anda hidangkan mini burger homemade anda sendiri untuk anak-anak. Gunakan daging cincang dan campurkan dengan sedikit sayuran ke dalam daging burger anda..Potong kecil-kecil sayuran seperti daun bawang, daun sup, atau saderi dan masukkan ke dalam daging burger homemade anda.
6. Cucur/lempeng@pancake
Ini adalah antara favourite anak-anak saya. Kami panggil jemput-jemput. Sangat mudah dibuat dan anak-anak boleh makan sambil bergerak. Boleh ditambah sedikit susu untuk rasa lemak dan tambahkan tekstur dengan udang atau ikan kukus. Contohnya: Cucur udang, cucur jagung, cucur sayur, cekodok pisang, lempeng nyor(inti kelapa). Boleh dihidang bersama aiskrim homemade anda juga.
Apapun..ibu-ibu memang harus menjadi kreatif dalam memberikan variasi pada makanan anak-anak. InsyaaAllah dengan sedikit doa yang dibaca semasa memasak, anak-anak akan mendapat bukan saja makanan berkhasiat, tetapi kasih sayang dalam setiap makanan yang dihidangkan. Selamat mencuba!!
Untuk sebarang pertanyaan tentang produk, bolehlah berhubung dengan saya seperti berikut: ✍ PM: siti raihana ismail ✐ Blog: Mauceriasokmo ✉ Email: elraihan82@gmail.com ✆ Call/SMS/WhatsApp: 019-9387282 ➲ COD Area: Setiu(Pak Kancil, Penarek, Merang, Guntong, Saujana) dan Kuala Terengganu(Giant G.Badak, Mydin Mall, Giant K.Trg)
No comments:
Post a Comment
Assalam..sekiranya anda berminat untuk bertanya atau order, boleh juga tinggalkan komen, order dan pertanyaan anda di sini..saya sedia menghubungi dan membantu anda..