Ibu-ibu sedang hadapi masalah anak selalu sembelit? Saya juga pernah melaluinya semasa anak yang sulong..antara yang paling saya ingat ialah setiap kali nak buang air besar saya pasti terpaksa membantu menolak najis yang tersekat tersebut dengan tangan..saat yang sangat menyedihkan hati saya sebagai ibu bila melihat anak saya meraung menangis ketika saya nak bantu keluarkan, sampai luka berdarah pun ada..waktu itu anak yang sulong baru berusia 4 tahun..pengalaman yang saya tak ingin berulang terhadap anak saya yang lain..
Kenapa anak mudah sembelit?
Banyak sebab kenapa anak-anak kecil mengalami sembelit..Antaranya ialah:
- Kekurangan air atau kurang minum air masak. Kanak-kanak yang diajar minum air manis selalunya mengalami masalah ini. Mereka telah diperkenalkan dengan minuman manis yang rasanya lebih sedap dan akhirnya mereka kurang mengambil air kosong.
- Susu formula yang tidak sesuai. Kanak-kanak yang diberi susu formula lebih mudah sembelit berbanding anak-anak yang minum susu ibu..hal ini kerana susu formula lebih sukar diserap usus berbanding susu ibu yang sangat mudah hadam.
- Kanak-kanak yang kurang mengambil serat, buah-buahan atau makan sayuran selalu mengalami masalah sembelit
- Bayi yang baru diperkenalkan dengan makanan pejal juga mudah terkena sembelit. Hal ini kerana usus mereka masih belum matang dan belum dapat berfungsi sepenuhnya dengan baik.
- Kecacatan dubur sejak lahir juga menjadi salah satu sebab anak mudah sembelit sejak bayi. Kecacatan dubur menyebabkan lubang dubur agak ketat dan sukar membuang air besar. Hal ini jarang berlaku dan hanya setelah pemeriksaan doktor ianya dapat dikesan.
5 cara membantu anak sembelit
Bagaimana saya boleh membantu anak yang sembelit??
- Membaringkan anak dengan kakinya ke atas dan melakukan pergerakan seperti mengayuh basikal. Pergerakan seperti ini boleh membantu merangsang proses pergerakan najis.
- Bagi bayi 6 bulan ke atas yang telah diberi makanan pejal bolehlah ditambahkan sayuran dan buah yang telah dikisar bagi menambah kandungan serat dalam makanan mereka supaya lebih mudah membuang air besar.
- Bagi kanak-kanak setahun ke atas, jika mereka sukar untuk makan sayur-sayuran, bolehlah diberikan kepada mereka jus buah-buahan dan air suam lebih banyak. Jus buah betik masak segar adalah contoh jus buah segar tanpa gula yang mengandungi banyak serat dan sangat sesuai untuk diberikan kepada kanak-kanak. Walaubagaimanapun, berilah pada kadar yang berpatutan atas nasihat doktor.
- Bagi bayi 6 bulan ke atas, boleh juga diberikan ubat secara oral seperti Lactulose, sejenis gula sintetik yang boleh dibeli dari kaunter farmasi atau klinik tanpa memerlukan preskripsi doktor. Ubat ini mengambil masa 3-4 jam sebelum menunjukkan kesan. Ubat masukan ke dubur seperti Enema juga berkesan untuk membantu mengeluarkan najis ketika sembelit.
Lactulose
- Shaklee juga mempunyai suplemen untuk kanak-kanak yang membantu mengatasi masalah sembelit di kalangan kanak-kanak berusia 1 tahun ke atas iaitu Meal shakes. Dengan memberikan Meal shakes secara konsisten 3 kali seminggu memadai untuk mengelakkan anak-anak daripada sembelit. Meal shakes merupakan makanan tambahan dalam bentuk serbuk yang mempunyai perasa vanila yang boleh diambil begitu sahaja sesudu teh sehari atau dicampurkan ke dalam susu atau minuman anak-anak. Rasanya yang sedap memudahkan mana-mana kanak-kanak mengambilnya. Walaubagaimanapun, Meal shakes tidak sesuai bagi kanak-kanak atau bayi di bawah umur setahun.
Rujukan:
Jika anda ingin mencuba Meal shakes untuk anak anda, bolehlah mendapatkannya dari saya,
Raihana Pengedar Shaklee anda..019-9387282
Anda juga boleh order terus dari sistem Shaklee dengan klik link di bawah:
Untuk sebarang pertanyaan tentang produk, bolehlah berhubung dengan saya seperti berikut:
✍ PM: siti raihana ismail
✐ Blog: Mauceriasokmo
✉ Email: elraihan82@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 019-9387282
➲ COD Area: Setiu(Pak Kancil, Penarek, Merang, Guntong, Saujana) dan Kuala Terengganu(Giant G.Badak, Mydin Mall, Giant K.Trg)
Seeloknya berapa kali shari mealshake nie bgi kat ank 2thn ++ & berapa sudu? Ank sy sembelit teruk..
ReplyDelete