Nak cari tentang apa?

Pengalaman bersalin: Hari tsunami ku bergelar "ummi"

Assalam..

Hampir 10 tahun berlalu sejak peristiwa itu..26 Disember 2004 merupakan tarikh yang amat kuingat..kelahiran puteri sulong Husna..kata orang memang seronok bergelar ibu..tapi tarikh kelahiran Husna pasti tidak akan dilupakan sejarah..hari lahir husna akan diingat sampai bila-bila..hari banyaknya nyawa yang pergi..alhamdulillah, Husna selamat lahir pada hari berlakunya peristiwa Tsunami...

Ummi simpan kisah ini untuk anak Ummi, Husna..
Kisah hampir 10 tahun yang lalu..

26 Disember 2004
1 a.m..
Dari jam 10 semalam memang tak boleh nak tidur..mata cuba nak lelap..tapi bila terbayang bakal di"induce" esok buat mata langsung tak boleh nak pejam. hmm.. kene tahan di wad pun sebab serah diri..dah overdue nak masuk 10 hari..esok kalau "jalan" tak terbuka lagi or langsung tak sakit memang akan kene induce lepas subuh..malam yang sangat panjang..dalam wad dapat dengar ada suara ibu2 yang mengerang menahan sakit..Ya Allah, makin risau jadinya..selesai solat hajat, tak putus-putus berdoa agar dipermudahkan kelahiran..anak sulong, memang macam2 yang tak terfikir dalam bayangan..



4.50 a.m..
Mata baru rasa nak lelap..tetiba pulak rasa macam nak terkencing dan...akhirnya turun juga air ketuban..lencun kain batik yang kupakai..cepat2 bagitau akak sebelah bed..katanya turun air dah..kene report ngan nurse bertugas..cepat-cepat tukar kain batik dan ke kaunter nurse..bila bagitau dah turun air, nurse tanya dah sakit ke? Baru perasan, tak rasa sakit mana lagi..baru nak mula rasa contraction...nurse minta berehat di katil dulu..katanya lepas subuh nanti doktor akan cek bukaan..



7.00 a.m..
Alhamdulillah, selesai solat subuh, doktor cek bukaan. Katanya dah 3cm..so, dah tak payah induce..alhamdulillah...doktor kata tunggu bukaan 5cm ke atas barulah akan ke labour room..doktor nasihatkan berehat dan makan dulu untuk dapatkan tenaga..



8.00 a.m..
Sakit dah mula terasa 20 minit sekali..sempat call En.Suami supaya datang dan standby apa yang patut..Punyalah ramai dalam wad menunggu bersalin hari tu..akhirnya katilku ditolak ke tengah lorong wad..katanya sekejap jer sebab nak tambah katil dan bersihkan wad..tengah sakit makin kuat terpaksa tahan dari buat muka sakit..sambil-sambil makan sesuap dua bihun goreng sarapan pagi yang disediakan..tekak dah hilang selera..tapi paksa jugak..sebab lapar sangat..



9.00++ a.m..
Memandangkan bukan waktu melawat, suami tak dibenarkan masuk. kesian kat abang..ku mintak suami tunggu sebentar di luar wad..cleaner cakap lepas doktor round bolehlah masuk sekejap..tengah-tengah baring tahan sakit tiba-tiba rasa macam katil bergerak..bila cuba bangun rasa macam pening dan penglihatan rasa berpusing sebentar..10 minit kemudian terdengar bunyi siren kecemasan hospital..kulihat nurse berbisik sesama sendiri..dan ada pengumuman meminta semua staf dan doktor turun ke padang kecemasan..hati mula rasa cemas..apa dah berlaku??


tiba-tiba ada pengumuman dari pihak hospital..semua pesakit diminta bertenang..katanya ikut semua arahan yang dikeluarkan pihak hospital..kene tinggalkan bangunan hospital sekarang juga..kene ikut lorong kecemasan..lif pun tak dibenarkan guna..


Ya Allah..apa yang dah berlaku ni..dalam hati memang tak henti2 istighfar..teringat en suami masih di luar..dalam sakit, ku kuatkan semangat turun dari bed dan bagitahu nurse suami ada di luar bahagian depan wad..nurse menenangkanku..katanya semua kene keluar ikut jalan belakang...satu barang je dibenarkan bawa iaitu beg duit..lain2 semua diminta tinggalkan jer termasuk beg pakaian..


Kami diminta beratur dalam barisan..kiri kanan kami ada nurse..riuh juga yang ada suami dapat curi masuk siap rebut awal2 wheelchair dan ambik stroller untuk wife masing2..hanya suamiku yang tak sempat masuk wad masa dibenarkan sekejap td..dalam sakit ku ikut je arahan nurse..tanya jugak apa yg berlaku tapi nurse tak jawab pun...mungkin takut kami risau..dari jauh, abang bagi isyarat yg dia akan ke belakang..kami jumpa di pintu belakang..alhamdulillah..rasa macam diselamatkan heroku ini..huhu..abang pimpin turun ke bawah..mujurlah turun 1 tingkat jer..tapi dalam sakit dah 15 min sekali  dan panik tu, rasa macam makin kuat dan kerap contraction nya..



waktu keluar, nampak bomba semua dah ambil alih untuk bawa keluar pesakit..ada yang guna wheelchair, ada yg guna katil beroda..yang paling kesian..ada ibu baru lepas melahirkan terpaksa turun tangga sambil dukung baby masing2..owh..kesiannya ku tengok..mana suami mereka..mungkin belum sampai..nurse dan staf yang ada tak cukup untuk bantu setiap pesakit..nasib baik suamiku ada.. berjalan 5 minit kene stop sbb tengah contraction..air mata pun dah mula mencurah..mengenangkan bagaimana nasibku nak melahirkan nanti..Ya Allah..perasaan berserah yang sangat padaMu saat itu..mudah-mudahan dapat melahirkan dengan selamat..kami terpaksa berjalan kaki ke Kompleks Rawatan Harian yang baru dibina bersebelahan hospital waktu itu..dalam kesakitan menahan contraction..Apabila sampai di sana, nasiblah ada wheelchair yang diberikan staf..ku ditolak masuk ke dalam kompleks tersebut..tiba di sana yang ada cumalah kerusi menunggu..sbb kompleks tu memang tempat temujanji dengan pakar sahaja di bahagian bawah..terpaksa duduk di situ sambil membongkok menahan sakit....



Ku cuba bertenang sekejap..tak lama kemudian..mak dan ayah pun sampai..tenang sikit bila mak ada bersama..poklang dan maklang yang kerja di hospital pun ada sekali..air mata masih menitik..bukan kerana sakit..tapi kerana risau mengenangkan bagaimana nak bersalin dengan kelengkapan semuanya tiada di situ..dalam hati tak henti berdoa minta semuanya dipemudahkan..



Semasa menunggu, ada soalan saringan ditanya pula..katanya yang benar2 sakit sahaja akan dibawa masuk ke bilik pemeriksaan yang ada katil pemeriksaan..kulihat ada akak yang senasib denganku..rasa macam masih boleh tahan, akhirnya bagi akak tu masuk dulu..lepas beberapa minit, maklang yang berada di situ  bertanya samaada boleh tahan lagi ke tak..dia kesian melihatku menahan sakit...lastly terpaksa jugak cakap tak boleh tahan dah nk duduk di kerusi menunggu..akhirnya aku dibenarkan masuk ke dalam bilik doktor dan dibenarkan berbaring seketika di bilik pemeriksaan..bilik tu bukannya bilik untuk bersalin..cuma bilik menunggu bahagian radiologi kalau tak silap..so, aku diminta berbaring sementara tunggu sampai masa..kata maklang..hanya yg tengah operate dan yang dalam labour room nak bersalin jer tinggal dalam bangunan hospital td..yang lain semua dah dipindahkan..



Sakit terasa makin kerap..kuminta maklang bagitau doktor untuk cek jalan..bila diperiksa katanya dah 5cm..dah boleh masuk labour room..cumanya sebab baru anak sulong, katanya mungkin 5 jam lagi baru bukaan penuh..katanya bawa berehat dulu..sebab nurse kene naik atas wad balik dan cari fail dan buku kesihatanku sebelum dibawa ke labour room..



Lama juga menunggu..sakit dah hampir 3 jam bertahan di kompleks rawatan tu saja..akhirnya ada sorang doc yang arahkan kudibawa ke labour room terus..katanya aku  dah sakit lama..waktu tu jam dah 12 tengahari..apa yang berlaku di sekeliling tak boleh nak fikir dah..cuma fikir bilalah boleh masuk labour room..



Akhirnya jam 12.30 tghri barulah kuditolak dengan wheelchair ke bangunan hospital..waktu dibawa masuk ke dalam labour room rasanya cuma kusorang aje patient yang ada...aku diminta tukar baju dan berbaring..tak lama lepas tu barulah ada lagi patient ditolak masuk..hati masih risau sebab suami belum boleh masuk..akhirnya air ketuban dipecahkan dan selepas tu barulah suamiku dibenarkan masuk..terima kasih untuk abang sebab temankan sampai melahirkan..cuma time solat je abg minta keluar sebentar utk solat zuhur dan asar..suamiku memang banyak membantu..sakit pinggang makin kuat..dia jugalah yang tolong urutkan dan tak henti2 membacakan yaasin untukku..aku juga tak henti2 baca doa nabi yunus dan istighfar..


Apa yang berlaku sepanjang di labour room tu banyak juga kisahnnya..ada kumpulan pelatih bidan sempat lagi buat latihan periksa bukaan jalan dan kira contraction...huuuish...geram yang amat rasanya..tapi Allah je yang tahu sakitnya diperlakukan begitu..sangat tak hormat keadaanku waktu itu..tapi tak perlulah dipanjangkan cerita tu..cumanya nasib baik pelatih bidan semuanya perempuan saja...dan mujurlah lepas tu datang mak saudara abang..dia banyak membantu menenangkanku..failku yang tak jumpa dari pagi dia juga yg usahakan tolong cari di wad..alhamdulillah..Allah datangkan seseorang membantu..Oleh kerana sewaktu dimasukkan di labour room sakitku dah terlalu lama..doc suggest disuntik ubat tahan sakit..rasa sakit berkurang sekejap dan entah masa bila aku terus tertidur..



Jam dah 7 mlm..aku dikejutkan dari tidur..Allah, lamanya tidur..dari jam 2 lebih rasanya..sepatutnya doc jangka jam 5 ptg sepatutnya dah boleh lahirkan..tapi sebab bacaan jantung baby masih normal dan aku dilihatnya terlalu letih dari pagi menahan sakit, beliau decide nk tunggu betul2 bukaan jalan 10cm baru kejutkan..alhamdulillah..waktu dikejutkan rasa sakit tak terlalu kuat..cumanya mengantuk sangat2..aku sempat minta air..tapi kene marah dengan staff nurse pulak..aku cakap just nak basuh muka sebab ngantuk sangat2..lepas basuh muka doc dah ready dan mintak aku push time contraction datang...



Alhamdulillah, jam 7.15pm Husna selamat dilahirkan..dengan 3x push...kene hold seketika lepas teran kali pertama sebab ada masalah sikit kata doktor..Husna lahir tanpa tangisan..Doktor kata bayiku lemas sedikit..akibat terbelit tali pusat satu lilitan..Allahuakbar..risaunya hatiku..namun Alhamdulillah selepas disedut lendir dan dirawat doktor, terdengar juga tangisannya..puteri sulongku..



Alhamdulillah..selepas 4 hari di hospital barulah boleh discaj..Husna dipantau 3 hari kerana masalah ketika dilahirkan tersebut..apapun syukur sangat..sehari selepas melahirkan barulah ku tahu apa yang berlaku di luar sana..abang membawa akhbar berita Tsunami  yang penuh di muka depan keesokannya selepas melahirkan..aku beristighfar dan terkejut membacanya...dan tidak menyangka sekali..rupanya rasa pening seketika yang kualami adalah akibat gegaran Tsunami..Hospital Kuala Terengganu hanya sebelah Pantai Batu Buruk..dan memang kuat gegarannya bagi mereka yang berada di tingkat 8 hospital..sampai bergegar semua rak dan stretcher di tingkat 8 menurut seorang staf..apapun..alhamdulillah...dalam ramai2 hamba Allah, Husna dipilih untuk lahir pada hari itu...hari yang sama berlaku peristiwa yang meragut ribuan nyawa...ibarat pengganti yang hilang...benar-benar menginsafkan apa yang berlaku....



Husna...
Hari lahirmu pasti dikenang selamanya anakku..14 jam menempuh sakit yang mudah-mudahan jadi kaffarah buat ummi....kerana ada pengajaran dan hikmah yang sangat besar di sebalik setiap yang berlaku pada hari kelahiranmu..hari bersejarah yang pasti diingati di seluruh dunia...Ummi doakan Husna lahir sebagai penyelamat ummi suatu hari kelak..amanah besar yang ummi pikul sebagai ibumu..mudah-mudahan Husna jadi contoh buat adik-adikmu..anak solehah ummi dan abah..insyaaAllah..aamin..

Bawak Husna jalan-jalan tengok pantai kat belakang umah je..lepas 40 hari.

With Love, UMMI ANA

(Giant G.Badak, Mydin Mall, Giant K.Trg)

No comments:

Post a Comment

Assalam..sekiranya anda berminat untuk bertanya atau order, boleh juga tinggalkan komen, order dan pertanyaan anda di sini..saya sedia menghubungi dan membantu anda..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN@ DISCLAIMER

PENAFIAN@ DISCLAIMER
* Semua produk Shaklee ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Bagi muslim, jika anda sembuh atau berjaya mengatasi masalah anda setelah mengamalkan Shaklee, semuanya dengan izin ALLAH jua.Bagi mereka yang mempunyai penyakit kronik yang tertentu, sila dapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu sebelum mengambil suplemen anda.
Adbox