Nak cari tentang apa?

Majlis Hari Raya Shaklee 2014 di TH Hotel Terengganu

Assalam..

Hari ni nak cerita santai aje..

Another event Shaklee yang sempat saya dan family pergi hujung minggu 26 September lepas..alhamdulillah..dapat juga pergi walaupun mulanya macam banyak halangan..Jarak dari rumah lebih kurang 35km la jugak..Tahun lepas sambutan raya Shaklee di Terengganu dibuat di Tanjung Vista Hotel..tahun ni di TH Hotel (Tabung Haji Hotel) pula..satu family boleh bawak..saya ajak sekali adik saya Nadiah@SID Siti Nadiah Ismail ke majlis tu dengan baby aisyah, anak saudara saya yang bam bam tu..


Antara pengisian majlis selama hampir 3 jam tu:

  • Raya Nutrition Talk
  • Perkongsian Testimoni daripada Pengguna Set Kanak2
  • Motivation Talk daripada Master Nurzahirah
  • Best Dress
  • Lucky Draw
  • Raya Game
  • Jamuan Raya


Punyalah excited Shaklee beraya..dah nak masuk raya haji pun still tak habis beraya syawal..apapun..anak-anak memang enjoy jer..seawal kami sampai di Dewan Baiduri, tempat program, kami adalah orang yang ke 82 mendaftar..saya ambil no daftar suami aje..sbb dia paling awal isi form..program start jam 3 petang..tapi jam 2.55 ptg kami dah sampai..punyalah excited nak pegi..


Seawal sampai anak-anak dah dapat upah ni..Kertas bergambar untuk mewarna dan colour pencils 1 box sorang...haha..upah supaya semua anak-anak behave sepanjang program berjalan..excited anak-anak saya 5 orang ni..

1,2 3, 4, dan 5..haa..cukup kan..Kakak husna jadi kepala yg ajar adik2 mewarna..bila ada yang habis kertas mewarna, ambil kertas yg lain pulak..haha...

Husein pun nak colour jugak!!

Me with my sis, nadiah n her daughter Aisyah yg sedang lena tidur dlm Boba 4G..first time saya pakai ala shawl..tak pernah pakai sebab malu sebenarnya..bila dah pakai OK jer..sebab risau jugak abang ustaz saya marah kalau bergaya lebih-lebih..pashmina ni pemberian adik saya juga..Ida Iar..TQ Ida..berguna akhirnya..

Tekun mendengar penerangan nutritionist Shaklee, Pn Sarah mengenai produk Shaklee khas untuk kesihatan sepanjang perayaan..maklumla..time raya makan banyak n berjalan pun lebih..

Yeayy..Aisyah dah bangun..anak saudara saya yang bam bam..baby Shaklee ni yer..daripada usaha utk hamil, pregnant, dan penyusuan semuanya ummi dia consume Shaklee..

The best part..Lucky Draw..saya dapat la jugak bawak balik satu ni..alhamdulillah..memang kegemaran saya juga ni..Alfalfa si Vitamin Cinta..yang tak tahan jeles ialah bila tengok ada yang lain dapat Collagen Powder dan Vivix..hai..bertuahnya..harga banyak ratus tu..

Tumpang selfie ngan Nadiah..ada yang cakap muka kami hampir sama..emm..ada la sikit2 jer..dah namanya adik beradik, kan..owh lupa nak bergambar dengan kawan baik saya di UCB dlu, Diyana Zahari..dia pun ada sekali saya ajak..

Rasa macam ada gambar yang tertinggal, kan..

hihi..macamanalah kami boleh terlupa nak snap hidangan raya yang disediakan..Takpelah..janji kami kenyang juga akhirnya..seronok anak-anak dapat makan kat hotel..bukannya selalu boleh bawak ramai-ramai ni...insyaaAllah..next event jika ada saya akan update lagi..banyak dah event lepas yang tak tercerita..termasuklah NDT-New Distributor Training dan Nutrition Workshop-Bengkel Nutrisi Shaklee yang telah saya sertai..


Yang pastinya..saya enjoy all the event sebab hampir semua event yang saya pergi saya dapat bawak anak sama-sama..memang betul2 namanya Family Business..Dalam Shaklee, anak-anak bukanlah penghalang..bahkan pembakar semangat kami untuk terus berbisnes..yang bagi talk sambil gendong anak pun itu perkara biasa dalam keluarga Shaklee...dan biz Shaklee ni pun boleh diwarisi juga yer.. dari mak ayah boleh diperturunkan kepada anak-anak..


So far, dah setahun lebih ni anak-anak pun dah familiar dengan nama produk dan Vitamin Shaklee di rumah..sebab mereka selalu dengar disebut dalam event dan di rumah juga..
Mereka tau saya sedaya upaya memberikan yang terbaik untuk mereka..

Anda bagaimana?

Masih mencari bisnes untuk Family Woman seperti saya?
Nak saya bantu anda dalam bisnes Shaklee?
Takde modal? InsyaaAllah pasti ada jalannya..

ANDA BOLEH BERMULA DENGAN MODAL RM75 SAHAJA!!

Bagaimana??
InsyaaAllah..saya boleh bantu anda..
Samaada anda nak lakukan secara part time atau sepenuh masa seperti saya..



Boleh hubungi saya seperti di bawah:

Untuk sebarang pertanyaan, bolehlah berhubung dengan saya seperti berikut:
✍ PM: siti raihana ismail
✐ Blog: Mauceriasokmo
✉ Email: elraihan82@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 019-9387282
➲ COD Area: Setiu(Pak Kancil, Penarek, Merang, Guntong, Saujana) dan Kuala Terengganu(Giant G.Badak, Mydin Mall, Giant K.Trg)

No comments:

Post a Comment

Assalam..sekiranya anda berminat untuk bertanya atau order, boleh juga tinggalkan komen, order dan pertanyaan anda di sini..saya sedia menghubungi dan membantu anda..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN@ DISCLAIMER

PENAFIAN@ DISCLAIMER
* Semua produk Shaklee ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Bagi muslim, jika anda sembuh atau berjaya mengatasi masalah anda setelah mengamalkan Shaklee, semuanya dengan izin ALLAH jua.Bagi mereka yang mempunyai penyakit kronik yang tertentu, sila dapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu sebelum mengambil suplemen anda.
Adbox