PROMOSI

PROMOSI
Tawaran Istimewa ini SAH SEHINGGA 31 MEI 2017

Tuesday, November 25, 2014

Resepi Kuih Tok Aji Serban dari Terengganu

Assalam..

Pernah makan kuih tok aji serban? Kebetulan saya buat kuih Tok Aji Serban resepi mak mentua ni minggu lepas..memang sedap dan menjadi..pulut di bawah, sekaya di atas...rupa kuih ni lebih kurang jer dengan kuih seri muka, cuma bahagian atasnya saja yang berbeza..sebab bahagian atas kami panggil sekaya.


Nampak macam cerewet nak buat ni, tapi mudah je sebenarnya..bolehlah cuba buat untuk minum petang yer..


Resepi Kuih Tok Aji Serban

Bahan-bahan:

Bahagian atas

3 cawan santan pekat
5 biji telur(jangan dipukul)
1 keping manisan kampung saiz besar @ 1/2 cawan gula melaka@gula kabung
1/2 cawan gula
5 sudu makan tepung beras(yang ni xletak pun tak apa. Ada sesetengah orang tak letak..tapi kalau letak, tegap dan padat cantik aje mcm gambar atas)
2 helai daun pandan (disimpul)
Secubit garam

Bahagian bawah

2 cawan beras pulut
1 1/2 cawan santan cair
1/2 sudu teh garam


Langkah-langkah:

1. Tanak pulut bersama santan cair dan sedikit garam (boleh juga jika dikukus).

2. Sementara menunggu pulut masak, panaskan manisan/gula melaka/gula kabung dalam periuk dengan api perlahan bersama-sama simpulan daun pandan. Masukkan gula. Setelah cair, sejukkan sebentar.

3. Setelah pulut masak, letak dalam loyang dan biarkan sebentar.


3. Apabila pulut sudah sedikit sejuk, gunakan senduk untuk menekan pulut supaya padat. Saya suka gunakan tangan jer..lebih kemas apabila ditekan.


4. Dalam mangkuk, campurkan santan pekat bersama air manisan yang telah dicairkan. Masukkan tepung beras, telur dan secubit garam. Kacau hingga sebati. Telur tidak perlu dipukul lama. Jika tidak, bahagian atas kurang cantik dan banyak berlubang-lubang selepas dikukus. Biasanya kalau berketul sangat tepung beras boleh juga blend. Tapi mak mentua ajar kacau saja dan tapis.



5. Panaskan pengukus terlebih dahulu. 

6. Setelah pengukus sedia panas, masukkan loyang berisi pulut yang telah ditekan tadi ke dalam pengukus. Tapiskan dan tuangkan bancuhan bahagian atas ke dalam loyang. Kukus selama lebih kurang 30 minit dengan api sederhana sahaja.



7. Setelah masak bolehlah disejukkan sebentar sebelum dipotong.
*Cara nak cek lapisan sekaya atas masak atau tak, cucukkan garfu. Jika tidak melekat pada garfu itu tandanya bahagian atas sudah masak.


Favourite kami sekeluarga ni..Resepi yang diperturun ibu mertua saya masa baru kahwin dulu..

Yang ni rupa dari atas setelah masak(versi tak letak tepung beras: biasanya akan jadi berlubang-lubang macam ni la, tapi rasa sekayanya lebih lemak)


Sangat sesuai dihidangkan semasa minum petang. Tapi awas!!kalori tinggi yer..hehe..tak boleh makan banyak-banyak la...


SELAMAT MENCUBA!!


-Ummi Ana-

7 comments:

  1. Ni bukan tok aji serban , permukaan sekaya berkerutu .ni mcm seri muka je .klo trg mmg bkn mcm awk buat ni

    ReplyDelete
  2. Terpulang sis..dah mention kat atas..kalau tak nak letak tepung beras jadilah sekaya berkerutu..janganlah dinafikan plk tok aji serban made by org trg jati jgk ni..huhu..saya ikut resepi mak mentua saya org trg jati jgk sebelah setiu..dh bgtau kat ats terpulang nk rupa mcm ni atau mcmana..kalau tak nak letak tepung beras pun xpe..still rasa sekaya tapi tak berlubang2 atau berkerutu la..pilihan masing2..citarasa masing2..

    ReplyDelete
  3. Tok aji srebn ngan sri muka bnda samalah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Xsama sbnrnya.. Seri muka biasanya letak tepung gandum.
      Tok aji serban letak telur, santan n air manisan@gula kabung saja. Tepung beras optional.

      Delete
  4. TQ sis atas resepi moga murah rezeki sharing di sini

    ReplyDelete
  5. terima kasih resepinya...

    hubby request la ni hehe... pestime nak cuba ni..

    semoga berhasil.

    tok aji serban dengan seri muka asben cakap sama la. kalau saya panggil seri muka sbb org perak. asben org ganu.

    thanks awak!

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah...tq utk resepi..nk cuba buat..1st time nk buat ni...harap2 mnjd....:-)

    ReplyDelete

Assalam..sekiranya anda berminat untuk bertanya atau order, boleh juga tinggalkan komen, order dan pertanyaan anda di sini..saya sedia menghubungi dan membantu anda..

PENAFIAN@ DISCLAIMER

PENAFIAN@ DISCLAIMER
* Semua produk Shaklee ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Bagi muslim, jika anda sembuh atau berjaya mengatasi masalah anda setelah mengamalkan Shaklee, semuanya dengan izin ALLAH jua.Bagi mereka yang mempunyai penyakit kronik yang tertentu, sila dapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu sebelum mengambil suplemen anda.