Fakta ini saya perolehi daripada forward seorang doktor pakar. Beliau berkongsi carta yang menunjukkan hasil pandangan pengkaji luar negara mengenai risiko pembawa maut bagi masyarakat di seluruh dunia..fakta ini diambil daripada sumber kajian luar negara.
Untuk muslim, kita percaya bahawa hidup mati itu di tangan Allah semuanya biar apa jua penyakit yang kita ada. Setiap daripada kita akan menemui mati..Apapun..Allah juga menyarankan kita berusaha untuk mengubati penyakit yang ada kerana setiap penyakit itu pasti ada penawarnya kecuali mati.
Apakah risiko kematian paling banyak di seluruh dunia? |
Apakah usaha kita untuk tidak membiarkannya berlaku pada diri kita dan orang-orang yang kita sayangi?? Jika dilihat kepada fakta di atas, penyakit darah tinggi atau hypertension merupakan penyumbang terbesar kepada risiko kematian diikuti dengan merokok, masalah kolestrol dan seterusnya masalah berat badan berlebihan atau obesiti..
4 golongan ini dikatakan paling berisiko berdepan dengan kematian melebihi risiko yang lain. Apa yang paling menakutkan golongan ini boleh jadi diri kita sendiri, ibu bapa kita, adik beradik kita atau orang yang paling kita sayangi?? Mungkin suami atau isteri kita juga..
Apakah LANGKAH-LANGKAH yang kita boleh lakukan DARIPADA SEKARANG untuk mencegah 4 risiko ini?
1. JAUHI MAKANAN RINGAN
Lupakan junk food yang mempunyai kandungan garam yang tinggi, MSG dan pelbagai perisa dan pewarna tambahan. Bezanya golongan hari ini dengan orang- orang tua dulu yang hidup lebih lama adalah berpunca daripada makanan..terlalu banyak bahan kimia dalam penghasilan sumber makanan hari ini termasuklah dari bahan gmo yang berisiko tinggi dalam jangka masa panjang.
Pilihlah makanan dari sumber semulajadi dan organik yang lebih selamat.
2. KURANGKAN GARAM, GULA, MINYAK DAN PRAKTIKKAN CARA MASAKAN YANG TIDAK BERISIKO
Satu petua mudah yang biasa diamalkan di negara arab, tapi jarang yang mengamalkannya di Malaysia.. iaitu kaedah meletakkan garam dalam masakan. Kebanyakan yang kita sendiri lihat orang-orang kita sering meletakkan garam ke dalam masakan ketika masakan sedang dimasak. Cara terbaik ialah menutup api terlebih dahulu dan rehatkan sebentar supaya suhu menurun dan barulah taburkan garam ketika ingin dihidangkan. Garam mengandungi sodium dan pottasium. Jika dikenakan suhu yang tinggi, pottasium akan hilang dan cara menggunakan garam yang tidak betul berisiko menyebabkan penyakit darah tinggi.
Gula berlebihan juga tidak elok. Ia adalah punca utama kepada masalah diabetes dan kegemukan. Lebih baik menggunakan pengganti gula seperti daun Stevia atau madu lebah asli dalam kuantiti yang sederhana juga. Fakta sebenar? Kita masih boleh hidup tanpa menggunakan gula kerana sumber glukos juga boleh didapati daripada kebanyakan makanan lain yang kita makan.
Minyak digunakan dalam kebanyakan masakan bergoreng di Malaysia. Anda boleh mengubahsuai cara masakan kepada masakan tanpa minyak dengan menggunakan cara memanggang, mengukus, merebus atau menggoreng tanpa minyak.
3. JAUHI ROKOK
Rokok amat membahayakan kesihatan. Umum mengetahuinya, namun masih ramai yang merokok. Yang lebih berisiko adalah orang-orang yang berada di sekeliling perokok. Sejauh mana bahayanya rokok??
Banyak penyakit berpunca daripada tabiat merokok |
4. JAGA TABIAT MAKAN
Tabiat pemakanan terbaik yang boleh diteladani ialah mengikut sunnah Rasulullah s.a.w.
“… makan dan minumlah, dan janganlah berlebih-lebihan…” (Surah al-A’raf, ayat 31).
Rasulullah s.aw akan makan sebelum lapar dan berhenti sebelum kenyang.
Bagaimana nak lakukannya dalam cara hidup kita hari ini?? Patuhilah jadual makan dengan makan mengikut waktu makan, bukan mengikut rasa lapar kita.
Makan secara kerap tetapi sedikit-sedikit adalah cara terbaik untuk mengekalkan metabolisme yang diperlukan tubuh kita. Bersederhana adalah lebih baik tentunya.
5. AMALKAN GAYA HIDUP AKTIF
Bersenam dan bersukan adalah cara terbaik untuk mengekalkan kesihatan dan menjaga berat badan.
Beberapa cara mudah yang saya boleh cadangkan untuk anda amalkan senaman tanpa melihatnya sebagai senaman ialah..
- Menaiki tangga berbanding lif
- Meletakkan kereta di tempat yang lebih jauh supaya anda lebih banyak berjalan
- Menyapu dan mengemop lantai serta melakukan kerja rumah setiap hari
- Berbasikal ke suatu tempat jika tidak terlalu jauh
- Berkebun
6. MENGAMBIL NUTRISI SECUKUPNYA ATAU SUPLEMEN
Hari ini terdapat pelbagai nutrisi dan suplemen dalam pasaran. Selain untuk mengekalkan kesihatan, suplemen juga boleh membantu dalam rawatan sesetengah penyakit.
Shaklee mempunyai pelbagai jenis produk nutrisi dan menjadi suplemen pilihan 1% rakyat Malaysia..Suplemen bukanlah untuk merawat apabila ditimpa penyakit, tetapi membantu dalam memberikan kesihatan yang lebih baik kepada penggunanya.
Jangan menunggu sehingga penyakit menjengah barulah berusaha untuk merawat.
Shaklee mempunyai beberapa produk nutrisi yang sesuai untuk..
- Masalah Letih lesu
- Masalah Jantung
- Masalah Kolestrol
- Masalah Darah Tinggi
- Masalah Obesiti
- Masalah Diabetes
- Kanser dan Cyst
- Masalah perokok tegar
- ...
...dan banyak lagi..orang yang tiada masalah kesihatan tetapi sekadar ingin mengoptimumkan kesihatan juga boleh mengamalkan Shaklee. Tak semestinya sakit baru nak cari ubat dan suplemen, kan?
Jika anda berminat untuk order mana-mana suplemen Shaklee, bolehlah menghubungi saya, Pengedar Shaklee anda yang sah..
RAIHANA-0199387282
No comments:
Post a Comment
Assalam..sekiranya anda berminat untuk bertanya atau order, boleh juga tinggalkan komen, order dan pertanyaan anda di sini..saya sedia menghubungi dan membantu anda..