PROMOSI

PROMOSI
Tawaran Istimewa ini SAH SEHINGGA 31 JUN 2017

Monday, October 06, 2014

3 Fakta menarik tentang saya. Nak tau ke?

Assalam..

Amacam tajuk macam pelik sikit ni..Bukan nak promote diri yer..tapi sebenarnya saya dapat tugasan daripada Nanny Shaklee saya yang tegas tapi baik hati..Dilla Jalil..hehe..so, ini adalah assignment untuk saya dan rakan-rakan shaklee yang lain.

Terus kepada topik di atas..

3 Fakta menarik tentang saya..

Fakta  1:

Saya berkahwin pada usia 21 tahun

Takdelah menarik sangat pun..cumanya yang menariknya bagi saya, kami bercinta lepas kahwin..Sebelum kahwin saya panggil en suami Ustaz jer..hinggalah dah kahwin barulah tukar panggilan manja..hihi..Alhamdulillah urusan jodoh saya dipermudahkan dengan suami saya..

Selalu masa belajar di UTM dulu sembang dengan kawan-kawan saya cakap nak kahwin umur 23-25. Dengan izin Allah urusan jodoh saya dengan suami dipermudahkan. Kami tak pernah keluar berdua melainkan dengan mahram saya atas urusan perkahwinan sahaja..Sebulan lebih kenal kami bertunang dan 3 bulan lebih bertunang kami terus nikah..



Lepas tu barulah kami betul-betul bercinta..oleh kerana berkahwin usia muda, saya juga jadi ibu pada usia muda..saya bergelar ibu ketika masih belajar di UTM Skudai. Pada hari konvokesyen, saya dah 5 bulan pregnant anak kedua..dalam usia 23 tahun dah jadi ibu anak 2.. Alhamdulillah sekarang dah 10 tahun lebih usia perkahwinan kami dengan 5 org cahaya mata..


Fakta 2:

Saya pertama kali bergelar ibu pada hari Tsunami

Nak tau lebih lanjut kisah yang berlaku pada hari tersebut boleh baca di sini. Pengalaman bersalin pada hari tsunami yang tidak dapat dilupakan sepanjang hayat saya..

Allah pilih tarikh tersebut pasti ada hikmahnya..banyak peristiwa yang menyedihkan berlaku pada hari tersebut, namun Allah memberikan kegembiraan buat saya..membuatkan saya berasa amat bersyukur dengan apa yang telah Allah tetapkan.

Husna, puteri sulong saya..sekarang kakak husna dah nak masuk 10 tahun. Bermakna hampir 10 tahun sejak peristiwa Tsunami berlaku.

Fakta 3:

Saya sangat minat dalam seni lukisan dan grafik

Antara hasil artwork semasa belajar dlu..yang sekarang punya dah banyak sgt dah..saya lebih dikenali dengan trademark Haruman Syurgawi untuk semua hasil kerja saya.

Minat sejak usia sekolah rendah lagi. Mak selalu belikan majalah IBU dan saya sering menghantar penyertaan untuk peraduan mewarna bulanan. Beberapa kali jugalah saya menang hadiah. Tempat pertama, ketiga dan beberapa kali menang saguhati.

Dari situ, mak mula tau saya ada minat dan bakat juga. Saya sering dibawa guru menyertai pertandingan melukis dan mewarna peringkat sekolah, daerah, dan negeri juga. Beberapa kali juga saya menang tempat pertama, kedua dan ketiga.

Antara pencapaian terbaik, saya berjaya memenangi tempat pertama dalam pertandingan melukis logo peringkat Negeri Trg semasa tingkatan 3 di Planetarium Terengganu...dan yang paling saya tak boleh lupa, dapat menang tempat kedua dalam Pertandingan Lukisan Terbuka Negeri Terengganu 1999. Lukisan saya dipamerkan di DBP dan dijual juga. Alhamdulillah, banyak hadiah wang tunai berjaya dimenangi..tapi hampir semuanya saya berikan kepada mak dan ayah.. Waktu itu hidup kami agak susah juga dengan adik beradik seramai 10 orang..Saya cuma menyimpan piuter dan piala yang dimenangi sahaja.

Sekarang saya beralih lebih meminati computer graphic pula..dapat belajar dalam bidang grafik dan multimedia dan mengajarnya juga sepanjang bergelar pensyarah dulu.

==================================================



Secara ringkasnya itu saja yang dapat saya kongsikan hari ini.
Kita tengok entri hari esok tajuk apa pula..Jangan lupa untuk Follow blog saya. Lebih banyak yang akan saya kongsikan dengan anda.

Semoga sedikit sebanyak anda dah mula mengenali diri saya..seadanya saya hamba Allah yang dhaif ini..






Untuk sebarang pertanyaan tentang produk, bolehlah berhubung dengan saya seperti berikut: ✍ PM: siti raihana ismail ✐ Blog: Mauceriasokmo ✉ Email: elraihan82@gmail.com ✆ Call/SMS/WhatsApp: 019-9387282 ➲ COD Area: Setiu(Pak Kancil, Penarek, Merang, Guntong, Saujana) dan Kuala Terengganu(Giant G.Badak, Mydin Mall, Giant K.Trg)

1 comment:

Assalam..sekiranya anda berminat untuk bertanya atau order, boleh juga tinggalkan komen, order dan pertanyaan anda di sini..saya sedia menghubungi dan membantu anda..

PENAFIAN@ DISCLAIMER

PENAFIAN@ DISCLAIMER
* Semua produk Shaklee ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Bagi muslim, jika anda sembuh atau berjaya mengatasi masalah anda setelah mengamalkan Shaklee, semuanya dengan izin ALLAH jua.Bagi mereka yang mempunyai penyakit kronik yang tertentu, sila dapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu sebelum mengambil suplemen anda.