PROMOSI VIVIX SEHARI 16 SEPTEMBER 2017 SAHAJA

PROMOSI VIVIX SEHARI 16 SEPTEMBER 2017 SAHAJA
Tawaran Istimewa ini SAH HANYA PADA 16 SEPTEMBER 2017 SAHAJA. Jimat sehingga RM40

Sunday, October 19, 2014

Hobi sejak jadi Surirumah@WAHM..

Assalam..

Setiap orang ada keghairahannya masing-masing dalam melakukan apa yang mereka suka. Tipulah kalau saya kata saya ni takde keghairahan sendiri...keghairahan yang saya maksudkan ni hobilah..Sejak jadi surirumah ni macam-macam lah juga idea yang keluar untuk isi masa terluang di rumah..yang penting, saya buat semua ni untuk orang tersayang dan saya gembira..

Dua hal yang selalu buat saya rasa happy ialah dapat masak sesuatu yang sedap untuk orang tersayang dan menjahit untuk sendiri dan keluarga..dan saya juga ada satu lagi hobi baru sejak setahun lebih  yang lepas...nanti saya cerita..

Cerita tentang Menjahit

Inilah mesin jahit pertama saya..LS-2160 Brothers yang saya beli sejak 2009 lagi dengan duit gaji jadi cikgu kontrak dulu..harganya masa tu dalam rm700 jugak..sebab ada offer saya dapat lagi murah..hajatnya nak tukar mesin industri pulak lepas ni..dah banyak jasa mesin ni. Dah banyak mana baju anak-anak, saya dan suami dan adik2 saya dapat saya jahit dengan mesin ni..langsir satu rumah pun saya jahit guna mesin ni jer..senang sebab portable..time nak menjahit umah mak saya bimbit je skali bawak balik kampung..hihi..
Tilam, sarung bantal baby pertama yang saya jahit sendiri ketika pregnant 8 bulan untuk Hasan. Specialnya saya buat tilam ni ala sarung bantal. So, kalau dah ada toto or tilam lain boleh masuk dalam sarung tilam yang saya dah jahit ni..cuma covernya nampak seragam la dengan sarung bantalnya..hihi..idea last minit nak habiskan kain cotton yang mak bagi.


Simple pattern langsir macam ni boleh lah saya jahit sikit-sikit..yang ni langsir kat rumah dah pakai 2 tahun lebih dah..belum rasa nak tukar lagi..masih elok bagi saya..

Simple dress untuk anak-anak..yang bawah tu saya jahitkan untuk anak saudara saya, humaira (anak Ida Iar)





Cerita tentang masak-masak

Sebenarnya banyakla juga yang dah dibuat sepanjang jadi WAHM ni..apam, donut, kueh "Haji Serban" @ serimuka, lompat tikam, puding2, agar-agar..yang paling kerap buat ialah roti kayu keramat dan jemput-jemput..haha..favourite Hasan la ni..

Buat apam polkadot untuk anak-anak bawak masa jamuan raya.
Nak resepi ada SINI.
Makaroni bakar version pemanggang ajaib. Anak-anak sangat sukakannya..sebab banyak telur, kan? Lelemaks sangat.

Dah beberapa kali juga buat lompat tikam..yang pastinya sangat sedap dimakan sejuk. Gambar kuah takde la pulak...

Puding trifel ala saya..buat banyak-banyak dan simpan dalam peti..tiap 5 minitla anak-anak buka peti jadinya..
Apapun.. ada satu lagi hobi saya..

Cerita tentang "hobi baru" saya

With mak shaklee@ Ida Iar, adik saya dan sideline Shaklee, Ummu Fayyadh yang juga seorang surirumah macam saya..
We Love Shaklee..
Buat sesuatu kerana kita sukakannya memang sangat mudah..Walaupun maybe ada yang cakap laahai cerewetnya..sama jugaklah dengan saya..macam berniaga jugak..berniaga dah jadi sebahagian hobi baru saya juga..yer..memang banyak keje nak kene buat kalau buat Shaklee ni..nak kene update blog la..nak promote kat orang la, update FB la, nak gi COD dan pos barang lagi..hmmm..bagi saya itu semua adalah tentang time management kita...siapa kata buat Shaklee ni takde masa nak layan hobi ni semua?? kadang-kadang apa yang lebih penting adalah kita berjaya buat diri kita dan orang di sekeliling kita happy..

Salah satu caranya kita bantu orang untuk lebih sihat..

Sukanya saya kalau dapat bantu pelanggan saya sembuh dari penyakit, dapat bantu pasangan yang inginkan anak, dapat bantu orang turunkan berat badan, dapat bantu ibu menyusu banyakkan susu, dapat bantu anak-anak Shaklee dapat bonus, dapat bantu family saya sendiri lebih sihat..semuanya dipermudahkan dengan izin Allah sejak saya menyertai Shaklee..

SEMUANYA BUKAN TENTANG APA YANG KITA SUKA SEMATA-MATA..tapi BAGAIMANA KITA DAPAT BANTU ORANG LAIN SUKAKAN APA YANG KITA SUKA JUGA..apatah lagi apa yang kita suka itu memberi manfaat kepada semua orang!!



Saya suka masak, menjahit dan Shaklee!!
Anda??

rg)

6 comments:

  1. Wau bestnye. Mesti dah ambil upahkan. Saya pun suka menjahit dan baking tp xsepenuhnya.hihihi.apa2 hal good luck.

    ReplyDelete
  2. Amik upah jahit baju raya Ida Iar n adik-adik yang lain ada la..tak dan lagi kalau nak open order..haha..langsir baru skali dapat order jahit serumah..tu pun sebab kakak ipar beranilah ambil..tak sempat nak layan anak-anak 5 orang ni kalau dah mula menjahit..huhu

    ReplyDelete
  3. Amik upah jahit baju raya Ida Iar n adik-adik yang lain ada la..tak dan lagi kalau nak open order..haha..langsir baru skali dapat order jahit serumah..tu pun sebab kakak ipar beranilah ambil..tak sempat nak layan anak-anak 5 orang ni kalau dah mula menjahit..huhu

    ReplyDelete
  4. Setakat ni, tak dan lagi nak ambil upah..sekadar jahitkan baju raya untuk Ida Iar dan adik-adik yang lain bolehla..langsir pun pattern tu je yang saya pernah jahitkan..sekarang tengah siapkan langsir satu rumah baru kakak ipar..

    kalau dah start menjahit tu anak-anak memang xterlayan mana la..buat kueh tu mmg sukala sbb anak-anak dan diri sendiri suka makan...haha..

    ReplyDelete
  5. waa.. bagusnya.. pandai masak, pandai jahit.. pandai bisness.. complete WAHM.. hehehe

    ReplyDelete
  6. Masih berusaha lagi jadi ibu dan wahm....banyak skill hidup nak kene belajar lagi..

    ReplyDelete

Assalam..sekiranya anda berminat untuk bertanya atau order, boleh juga tinggalkan komen, order dan pertanyaan anda di sini..saya sedia menghubungi dan membantu anda..

PENAFIAN@ DISCLAIMER

PENAFIAN@ DISCLAIMER
* Semua produk Shaklee ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Bagi muslim, jika anda sembuh atau berjaya mengatasi masalah anda setelah mengamalkan Shaklee, semuanya dengan izin ALLAH jua.Bagi mereka yang mempunyai penyakit kronik yang tertentu, sila dapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu sebelum mengambil suplemen anda.