Nak cari tentang apa?

Ihfazhillaah, yahfazka: Jagalah Allah, Allah akan menjagamu..

Assalam..

Ihfazhillaah, Yahfazka..
Jagalah hak Allah, Allah akan menjaga hak kamu..


Ringkas..tapi itulah antara hadis yang sangat berbekas di hati saya..sejak saya mengetahuinya saya sering mengucapkannya buat diri sendiri setiap kali saya dalam kelalaian..bahkan ketika saya dalam kesedihan, hadis ini mengembalikan saya kepada puncanya kenapa ia terjadi..ya, sebagai suatu checklist bagi saya..

Saya jadi takut apabila saya sedar betapa banyaknya hak Allah belum saya tunaikan..
Walhal yang saya  inginkan daripada Allah sangat banyak..

Saya ingin berjaya
Saya ingin bahagia
Saya ingin kaya
Saya ingin jadi mulia di sisiNya..

namun..

Saya belum tunaikan hak Allah sepenuhnya..
Allah..malunya saya..
Saya nak Allah jaga saya..tetapi saya??

Alhamdulillah..
hadis ini banyak menyedarkan saya..
Bahawa masih banyak yang perlu saya lakukan untuk menjaga hak Allah..

Nak buat apapun, dahulukanlah urusan dengan Allah..insyaaAllah Allah akan mempermudahkan urusan kita..
Saya berpesan selalu untuk diri saya dan juga anda semua..



Nak jadi golongan orang berjaya? Jagalah hak Allah..insyaaAllah..
Ihfazhillaah, Yahfazkaa..


"Sesungguhnya telah berjaya orang yang beriman. [1] (Iaitu) orang yang khusyuk dalam solatnya. [2] Dan orang yang menjauhkan diri daripada yang sia-sia. [3] Dan orang yang menunaikan zakat. [4] Dan orang yang menjaga kemaluannya. [5] Kecuali terhadap isterinya atau hambanya; maka tiadalah tercela. [6] Sesiapa mencari selain yang demikian itu, maka merekalah orang yang melampaui batas. [7] Dan orang yang memelihara amanah dan janjinya. [8] Dan orang yang memelihara solatnya. [9] Mereka itulah yang akan mewarisi, [10] Yang akan mewarisi syurga Firdaus.  Mereka kekal di dalamnya. [11]
[Al-Mu'minun, 23: 1-11]












No comments:

Post a Comment

Assalam..sekiranya anda berminat untuk bertanya atau order, boleh juga tinggalkan komen, order dan pertanyaan anda di sini..saya sedia menghubungi dan membantu anda..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN@ DISCLAIMER

PENAFIAN@ DISCLAIMER
* Semua produk Shaklee ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Bagi muslim, jika anda sembuh atau berjaya mengatasi masalah anda setelah mengamalkan Shaklee, semuanya dengan izin ALLAH jua.Bagi mereka yang mempunyai penyakit kronik yang tertentu, sila dapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu sebelum mengambil suplemen anda.
Adbox