Nak cari tentang apa?

Salam Aidil Adha dan Selamat menunaikan ibadah qurban!!

Assalam..

Taqbir raya masih kedengaran setiap kali selepas solat untuk hari raya kedua hari ini..uniknya Aidiladha kerana kita bertakbir raya selama 3 hari..3 hari ini juga dipanggil hari Tasyriq..hari yang diharamkan berpuasa...pada waktu inilah orang-orang yang mengerjakan ibadat haji sedang berhimpun di "Mina"..

alhamdulillah..kali ini saya masih berpeluang melakukan ibadah qurban bersama-sama keluarga..

Syukur alhamdulillah sebab masih diberi kemampuan untuk melakukan ibadah qurban..pesan ibu saya, lakukanlah ibadah qurban selagi mana yang termampu..kita tak tahu tahun depan adakah kita boleh melakukannya lagi..alhamdulillah, dicukupkan Allah rezeki nak buat qurban tahun ini sebagai seorang surirumah..saya tidak bekerja, namun percayalah rezeki Allah datang dari mana sahaja yang kita tidak duga..apa yang lebih penting, niat untuk melakukannya hanyalah kerana Allah..

Apapun rasanya belum terlambat saya nak ucapkan Salam Aidil Adha untuk semua..
Mudah-mudahan kita benar-benar menemui makna korban kerana Allah...



3 Hari tasyriq ni kita digalakkan banyakkan zikir dan bertakbir..
Antara doa yang digalakkan kita mengamalkannya selalu ialah doa ini:



Peringatan untuk diri saya sendiri yang masih banyak kekurangan..mudah-mudahan Allah menerima qurban yang kita lakukan dan mudah-mudahan diampunkan Allah segala dosa yang lalu..aamin..

engganu(Giant G.Badak, Mydin Mall, Giant K.Trg)

No comments:

Post a Comment

Assalam..sekiranya anda berminat untuk bertanya atau order, boleh juga tinggalkan komen, order dan pertanyaan anda di sini..saya sedia menghubungi dan membantu anda..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN@ DISCLAIMER

PENAFIAN@ DISCLAIMER
* Semua produk Shaklee ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Bagi muslim, jika anda sembuh atau berjaya mengatasi masalah anda setelah mengamalkan Shaklee, semuanya dengan izin ALLAH jua.Bagi mereka yang mempunyai penyakit kronik yang tertentu, sila dapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu sebelum mengambil suplemen anda.
Adbox