Nak cari tentang apa?

Resepi Aiskrim Serdak Homemade yang sedap!!

Assalam..

Haa..mesti tak pernah dengar Aiskrim serdak ni..hehe..sebab resepi ni saya buat sendiri..dengan sedikit inovasi daripada resepi aiskrim homemade yang saya selalu buat..

Istimewa untuk entri hari ke 5: Resepi Homemade #Cabaran7HariEntry ni sebab ada bahan tambahan. Yang tu nanti saya cerita..inilah seadanya rupa aiskrim serdak ni..tapi jangan pandang rendah pada rasanya yer..hehe..

Rasanya lebih indah dari rupanya..hihi

Bahan-bahan:

1/4 tin susu pekat manis
1 tin susu cair
5 sudu teh Meal shakes(jika ada, jika tiada boleh ganti dengan sesudu teh esen vanila)
1-2 sudu ovalet (untuk gebukan aiskrim. Pastikan yang halal, saya gunakan cap bunga raya dan ada halal jakim)
Biskut (Oreo atau apa-apa biskut pun boleh..yang ada krim la)






















Cara-caranya:

1. Sediakan blender.

2. Masukkan susu cair, susu pekat manis, ovalet dan Meal shakes/esen vanila ke dalam blender dan blend sekaligus hingga bancuhan mengembang.


3. Selepas blend, terus tuang dalam bekas aiskrim dan masukkan dalam peti sejuk kat bahagian beku yer..biarkan selama 2 jam.

4. Keluarkan balik dari peti sejuk selepas 2 jam dan anda akan dapati aiskrim anda teksturnya agak kurang cantik sebab tak nampak gebu dan nampak macam ais berkeping-keping dalam aiskrim anda.

5. Aiskrim juga nampak macam ada 2 lapisan terasing dalam bekas anda. Bahagian bawah ais, bahagian atas macam krim je..(belum cukup syarat jadi aiskrim..hehe)
Petua: Untuk atasi masalah tadi dan gebukan balik aiskrim anda, anda kene blend lagi sekali aiskrim yang dah dikeluarkan tadi. Blend sampai hilang tekstur berkeping ais tadi.

6. Setelah siap, hiaskan bahagian bawah bekas aiskrim anda dengan serdak dan kepingan biskut yang telah dipatah-patahkan macam ni.


6. Oh yer..saya hancurkan sedikit biskut macam serdak dan kebetulan ada kek marble yang tak habis saya hancurkan juga dan taburkan ke dalam bekas aiskrim sebagai lapisan bawah. Biskut nak patahkan sedikit saja lebih elok..ada tekstur tambahan sikit. Inilah bahan tambahan yang saya maksudkan tadi..serdak kek.


7. Tuangkan aiskrim anda yang telah di blend semula tadi. Pada bahagian atas boleh juga taburkan lagi sekali serdak biskut dan kek tadi. Jangan terlalu banyak kerana boleh menyebabkan aiskrim anda terlalu manis nanti.

Anak dara pun bagi kerjasama buat sama-sama dgn Ummi. 
Siap!! Dah boleh masuk peti semula..
Setelah selesai, masukkan semula ke dalam peti sejuk beku anda dan tunggu hingga 4-5 jam sebelum dihidangkan.


Haa..senang je nak buat aiskrim serdak ni kan..nama serdak sebab kita boleh gunakan serdak biskut dan serdak kek sahaja sebagai tambahan. Apapun, namanya pun aiskrim, memang la rasanya sangat manis. Anda boleh ubahsuai sukatan susu pekat manis atau kurangkan serdak biskut atau kek untuk mengurangkan rasa manisnya..atau boleh gantikan susu pekat manis dengan madu lebah asli sahaja.

Dah cuba nanti janganlah sampai makan aiskrim hari-hari yer..kanak-kanak yang kurang selera makan macam anak saya Hasan memang sangat sukakan aiskrim. Tapi sesekali sahaja saya buat sebab risau juga dia nak makan aiskrim je..rasanya memang sangat sedap dan lagi sedap daripada sesetengah aiskrim bekas dari kedai..

Sampai licin budak Husein kecik ni makan!!


Dengan menambah Meal shakes anda telah menambah multivitamin ke dalam resepi ini. Tanpa anak anda sedar mereka diberi Multivitamin Kanak-kanak!! Yang nak try Meal shakes boleh lah menghubungi saya untuk order, Raihana-0199387282.


Apapun..semoga anda berjaya..SELAMAT MENCUBA!!



No comments:

Post a Comment

Assalam..sekiranya anda berminat untuk bertanya atau order, boleh juga tinggalkan komen, order dan pertanyaan anda di sini..saya sedia menghubungi dan membantu anda..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN@ DISCLAIMER

PENAFIAN@ DISCLAIMER
* Semua produk Shaklee ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Bagi muslim, jika anda sembuh atau berjaya mengatasi masalah anda setelah mengamalkan Shaklee, semuanya dengan izin ALLAH jua.Bagi mereka yang mempunyai penyakit kronik yang tertentu, sila dapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu sebelum mengambil suplemen anda.
Adbox