Entri ni saya kongsikan khas untuk wanita..especially yang selalu ada masalah terkucil atau tidak dapat menahan kencing. Para suami juga penting untuk mengetahuinya. Sekiranya isteri mengalami masalah sering terkucil kerana tidak dapat menahan kencing dan juga masalah rahim menurun atau , anda juga boleh berkongsi tips yang akan diberi dengan mereka.
Jika orang tua atau ibu hamil yang mengalaminya, itu perkara biasa. Bagaimana kalau baru beranak 1 atau 2 tapi dah mula terkucil selepas melahirkan? Dalam satu kajian didapati 70% wanita mengalami masalah ini termasuklah orang tua dan ibu hamil. Anda tidak boleh memandang remeh masalah ini kerana ianya mungkin berkait dengan masalah kewanitaan anda. Yang paling teruk, berkemungkinan rahim anda juga berisiko mudah jatuh!! Owh..takutnya..
Apa punca terkucil atau tidak dapat menahan kencing di kalangan wanita??
Terkucil berpunca daripada masalah lemahnya kawalan pundi kencing. Ia berlaku apabila otot lantai pelvik wanita yang menampung organ pundi kencing wanita mula lemah. Kadangkala terbatuk, bersin atau ketawa terlalu kuat memberikan tekanan kepada pundi kencing dan boleh menyebabkan terkucil.
Biasanya ia mula berlaku kerana...
- Wanita baru bersalin
- Mula menopause
- Selalu sembelit
- Genetik: ibu atau nenek mengalami masalah sama.
- Sering mengangkat beban berat
- Terlalu aktif dengan aktiviti fizikal
Oleh itu, sangat penting bagi wanita dalam kategori ini menjaga otot lantai pelvik mereka.
Apa fungsi otot lantai pelvik tu?
Otot lantai pelvik wanita ialah sekumpulan otot yang berada di sekeliling vaginal wanita. Boleh dilihat pada rajah di bawah organ-organ yang ditampung oleh otot lantai pelvik ini. Organ-organ ini berisiko menghadapi masalah jika otot lantai pelvik juga bermasalah.
Otot lantai pelvik: Boleh rujuk rajah pada label Pelvic Floor Muscles |
5 sebab kenapa wanita perlu menjaga lantai pelvik mereka:
- Otot lantai pelvik mengawal pengaliran urin(air kencing) dan otot ini perlu kuat untuk mengelakkan wanita dari mudah terkucil.
- Otot lantai pelvik juga menyokong bayi dalam kandungan ketika hamil dan membantu memberi daya tolakan semasa melahirkan (Untuk kelahiran lebih mudah)
- Otot lantai pelvik membantu mengekalkan abdomen yang kuat dan menyokong spina, mencegah sakit belakang
- Otot lantai pelvik memegang organ pundi kencing dan uterus/rahim supaya berada di tempat yang betul. Jika tidak, akan menyebabkan masalah rahim jatuh atau terkeluar daripada vagina (tombong). Ini memang sangat menakutkan kebanyakan wanita. Ianya sangat menyakitkan dan juga mendedahkan kita kepada risiko jangkitan kuman. Sebab tu orang-orang tua selalu pesan supaya jaga rahim dan bahagian peranakan..atau sebenarnya jagalah otot lantai pelvik kita!!
Selepas bersalin otot pelvik wanita sangat lemah. Sebab tu bidan selalunya tidak menggalakkan kita bercangkung atau duduk bersila yang boleh menolak rahim ke bawah dan mudah terkeluar!! |
- Otot lantai pelvik yang kuat penting untuk meningkatkan kepuasan seksual wanita dan pasangan. Jika otot ini mengendur, menyebabkan daya kemutan juga lemah dan sukar untuk wanita mengalami orgasm. Sebab tu suami juga kene tau apa puncanya!! Kerap bersalin juga menyebabkan otot ini semakin mengendur, tidak kira lah anda bersalin secara normal atau pembedahan.
Bagaimana nak menguatkan kembali otot lantai pelvik??
Lakukan Senaman Kegel
Cara Senaman Kegel yang betul:
Untuk melakukan senaman kegel dengan betul, anda perlu pastikan anda dalam keadaan selesa samaada berdiri tegak atau duduk tanpa bersandar berlunjur dengan kaki sedikit terbuka. Kemudian, kemutkan otot pelvik seakan anda cuba untuk menahan kencing. Tahan otot itu selama 10 saat semasa bernafas secara normal, kemudian rileks. Senaman ini perlu diulangi sebanyak 10 kali, tiga kali sehari.
Menurut seorang ahli fisioterapi kanan kesihatan wanita, senaman ini sangat membantu menangani masalah terkucil, bahkan berkemungkinan memulihkan sehingga 100% jika dilakukan dengan kerap pada setiap hari bergantung juga kepada usia individu itu.
Jika seorang wanita berusia 30-40 tahun, ia mungkin memakan masa hingga 3 bulan sahaja dengan melakukan rutin ini secara konsisten. Manakala bagi wanita 40-70 tahun, mungkin akan memakan masa 4-6 bulan.
Contoh senaman:
Beberapa contoh Senaman Kegel yang boleh diamalkan setiap wanita. |
Apakah suplemen Shaklee yang boleh membantu?
Alfalfa Complex:
Alfalfa Complex membantu menguatkan kembali otot lantai pelvik. Alfalfa Complex juga berfungsi seperti kacip fatimah. Sangat membantu wanita yang ingin memulihkan bahagian kewanitaan terutamanya selepas bersalin.
Ostematrix:
Bagi ibu-ibu yang mengalami masalah sembelit dan sukar untuk meneran semasa membuang air besar kerana otot lantai pelvik yang lemah, anda mungkin memerlukan magnesium untuk membantu anda. Magnesium yang terdapat dalam Ostematrix Shaklee membantu merangsang otot untuk menolak najis keluar dengan lebih mudah dan membantu melembutkan najis. Sangat digalakkan kepada ibu-ibu yang baru lepas bersalin yang mengalami masalah sembelit atau takut untuk membuang air besar. Juga selamat untuk ibu hamil.
✍ PM: siti raihana ismail
✐ Blog: Mauceriasokmo
✉ Email: elraihan82@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 019-9387282
➲ COD Area: Setiu(Pak Kancil, Penarek, Merang, Guntong, Saujana) dan Kuala Terengganu(Giant G.Badak, Mydin Mall, Giant K.Trg)
ReplyDeleteInfo yang menarik mengenai masalah terkucil. Kaedah senaman Kagel didapati boleh membantu untuk menguatkan otot-otot dinding pelvis yang lemah yang menyumbang kepada masalah terkucil ini. Boleh cuba.