Hari ni nak sambung entri untuk hari ketiga bagi #Cabaran7hari7entri.
Senang je bunyinya tajuk ni kan..Just saya perlu snap2 gambar barang yang ada dalam handbag dan senaraikan jer dalam entri ni..dan mungkin anda nak tau reason kenapa benda-benda ni semua ada dalam handbag saya..haha
Terus kepada tajuk kita..
Apa yang ada dalam handbag saya?
Ini baru sebahagian je..hihi.. |
1. Purse: Saya ada 2 purse. 1 untuk simpan duit dan kad-kad bank, 1 untuk letak duit anak-anak. Mesti asingkan, kalau tak duit anak jadi duit umminya jugak..huhu
2. Bekas kerongsang: Mak saya yang bagi bekas ni bersama dengan brooch cenderamata dari Sabah. Saya letak semua brooch yang baru dalam tu..
3. Sampul duit raya: Masih ada sampul duit raya Shaklee..standby jugak beberapa RM dalam sampul untuk diberi sebagai hadiah kepada sesiapa..
4. Liptint: Saya tak berapa gemar pakai lipstick, sekadar liptint natural color untuk tak nampak pucat sangat.
5. Mini perfume: Memang ini jer perfume yang ada pun.. selalunya pakai di rumah je atau waktu keluar dengan suami..hehe
6. Panty liner: Kene standby jugak ni kot tiba "waktu kecemasan"
7. Name card Shaklee: Dengan kotak kad sekali saya bawak. Mana-mana pergi saya bawak, senang nak berkenalan atau promote diri..haha
8. Pricelist dan flyers Shaklee: Sampai lunyai dah dua ni dalam handbag, sebab sejak awal jadi distributor saya simpan dalam handbag, so bila saya keluar, ada customer tanya harga senang nak rujuk. Maklumlah produk Shaklee ni banyak..tapi sekarang ni mostly harga dan kebanyakan info dah simpan dalam kepala..kadang-kadang kertas dan flyers jadi tempat kira-kira dan conteng info tambahan je..
9. Cermin kecil: Simpan untuk belek-belek tudung or muka je..hihi. Pemberian doorgift perkahwinan sebenarnya..tapi sebab comel je saiznya, saya simpan dalam handbag
10. Buku nikah: Ini pun dah lunyai..masa kahwin 10 tahun lepas kami dapat buku nikah je..bukannya kad bukti nikah macam sekarang ni..awal kahwin dulu selalu bawak nak gi memane kotla kene "tangkap basah"..huhu..
11. Pensel: Actually, ni yang anak dapat masa beli lactogen ke apa namanya minuman kultur tu..ummi pinjam sebab anak-anak dah hilangkan pen ummi..
12. Pendrive: Standby kalau-kalau nak simpan softcopy apa-apa. Lebih selamat dalam handbag daripada terlihat dek anak-anak.
13. Slip pengeluaran bank dan resit-resit: Biasanya yang ni keluar masuk..kadang-kadang seminggu sekali buat operasi "sampah" jer..
14. Sikat rambut: Senang nak sikat rambut sendiri atau anak-anak apabila di luar.
15. Tisu paket: Wajiblah ada kalau jadi mak-mak ni..anak-anak comot makan senang nak bersihkan.
16. Name tag: Ni saya pakai waktu jadi cikgu dan pensyarah dulu..saja simpan lagi dalam beg.
17. Telefon: owh..yang ni wajibla ada dalam beg bila nak keluar. Sampai rumah keluarkanlah..
18. Pampers: Yang ni kalau saya bawa Husein keluar memang kene bawaklah..kadang-kadang malas nak bawak beg banyak-banyak so letak dalam handbag ummi je sekeping sebagai backup..
19. Buku bank: Buku bank yang tak valid dah pun ada..hehe..kononlah ada banyak bank nak simpan duit.
Rasanya itu je kot..punyalah banyak rupanya barang dalam handbag yang tak pernah buat list selama ni..bukan handbag dah ni..dah rupa shopping bag dah..huhu..semua ada!!
Beg saya membesar seiring usia..sebab makin lama makin banyak muatan nak masuk list..hehe..ingat lagi dulu-dulu masa baru kahwin kecik-kecik aje handbag saya..ala-ala sling bag aje..huhu..apa nak buat..
nantikan entri saya untuk cabaran hari ke-4 pulak..pasti lebih banyak yang menarik nak cerita..Jangan lupa ruang komen di bawah..kotla anda nak tanya apa-apa pasal entri ni..atau nak cadangkan apa lagi yang perlu ditambah dalam handbag saya ni..hehe..
Untuk sebarang pertanyaan tentang produk, bolehlah berhubung dengan saya seperti berikut: ✍ PM: siti raihana ismail ✐ Blog: Mauceriasokmo ✉ Email: elraihan82@gmail.com ✆ Call/SMS/WhatsApp: 019-9387282 ➲ COD Area: Setiu(Pak Kancil, Penarek, Merang, Guntong, Saujana) dan Kuala Terengganu(Giant G.Badak, Mydin Mall, Giant K.Trg)
No comments:
Post a Comment
Assalam..sekiranya anda berminat untuk bertanya atau order, boleh juga tinggalkan komen, order dan pertanyaan anda di sini..saya sedia menghubungi dan membantu anda..