PROMOSI

PROMOSI
Tawaran Istimewa ini SAH SEHINGGA 31 MEI 2017

Tuesday, October 28, 2014

ESP Shaklee: Minuman protein dengan indeks glisemik rendah terbaik!!

Assalam..

Alhamdulillah, baru selesai ambil ESP, minuman berprotein tinggi dengan GI rendah yang terbaik daripada  Shaklee. Betul ke ESP ni GI rendah? Kenapa makanan rendah GI lebih baik?



Info:
*GI= indeks glisemik/glycemic index
Indeks glisemik (GI) adalah bagi mengukur kesan karbohidrat pada tahap gula darah. Karbohidrat yang terurai dengan cepat semasa pencernaan. Jika glukosa dilepaskan secara cepat ke dalam darah maka ia bermakna karbohidrat yang diambil mempunyai GI tinggi, sedangkan karbohidrat yang terurai lebih lambat, melepaskan glukosa secara berperingkat ke dalam aliran darah, mempunyai GI yang lebih rendah. 


Sebelum tu kenalah tau apa kebaikan makanan GI rendah ni..



1. Makanan rendah GI merupakan pilihan yang baik bagi mereka yang sedang menurunkan berat badan dan mereka yang berpuasa kerana ia membuatkan kita berasa kenyang lebih lama


2. Makanan rendah GI mengelakkan kita daripada mengantuk selepas makan. Hal ini kerana apabila kadar glukos yang stabil dalam darah mengekalkan tenaga lebih lama setelah makan dan mengelakkan rasa mengantuk.


3. Makanan rendah GI membantu menstabilkan paras gula dalam darah. Pesakit kencing manis sangat digalakkan mengambil makanan yang boleh membantu menstabilkan paras gula dalam darah.


4. Pengambilan makanan rendah GI dapat membantu mengurangkan kolestrol.


Makanan Rendah GI? Apa tu?

ESP mempunyai Indeks Glisemik 39 sahaja iaitu GI yang rendah (di bawah 55).

Perbandingan paras peningkatan dan penurunan paras glukosa bagi makanan berasaskan protein soya segera, ESP dan makanan berasaskan karbohidrat sahaja.

Mengambil karbohidrat dengan GI yang tinggi menyebabkan peningkatan drastik dalam paras glukosa darah. Tenaga dibebaskan dengan cepat, namun paras glukosa juga akhirnya menurun dengan cepat menyebabkan kita kembali lapar dan perlu makan semula. Ini mendorong kita untuk makan lebih banyak.

Contoh makanan tinggi GI: Roti putih, nasi beras putih.

Mengambil makanan GI rendah pula membantu mengimbangi paras glukosa dalam darah. Ini menyebabkan tenaga dibebaskan perlahan-lahan dan ini sangat membantu kita untuk kekal bertenaga. Rasa kenyang lebih lama dan menyebabkan kita tidak berasa perlu untuk makan lebih banyak.

Contoh makanan rendah GI: yogurt rendah lemak, roti gandum dengan kepingan ayam atau daging.


*Pengambilan makanan yang lambat dicerna seperti makanan berprotein tinggi sangat membantu dan berfungsi seperti diet rendah GI juga.


ESP Shaklee: Minuman Protein tinggi dan diet rendah GI?


Ya. ESP adalah dalam kategori makanan rendah GI dengan gred GI cuma 39 sahaja.

Ingin kekal bertenaga lebih lama?

Dengan segelas ESP sahaja, anda telah mengambil sejumlah 14gram protein yang mampu membuat anda berasa kenyang lebih lama. ESP membantu untuk bertahan dari rasa lapar lebih lama dan sangat membantu memberikan tenaga berpanjangan untuk mereka yang aktif dan  sentiasa menggunakan tenaga dalam aktiviti harian.

Ingin menurunkan berat badan?

Para penyelidik di Fakulti Biologi, Universiti Copenhagen telah mengesahkan bahawa kebanyakan penasihat kesihatan (berat badan) mendakwa bahawa: makan dengan diet yang tinggi protein dan sedikit kalori kanji(rendah GI) dapat membantu mengurangkan berat badan. -Zestfulness

Ingin mengekalkan paras glukosa yang sihat bagi pesakit kencing manis?

Semakin tinggi nilai GI sesebuah karbohidrat, maka semakin banyak insulin yang akan dirembeskan kerana tindakbalas karbohidrat tersebut. ESP adalah diet rendah GI yang membantu memastikan insulin dirembeskan dengan kadar yang lebih perlahan sesuai dengan keperluan pesakit kencing manis.

Jika anda memerlukan ESP untuk mana-mana fungsi di atas, boleh dapatkan ESP daripada saya samaada melalui pos atau penghantaran terus kepada anda jika berdekatan.

Raihana-019 938 7282

Anda juga boleh order terus dengan menggunakan kad kredit atau kad debit melalui sistem E-SELL Shaklee  dengan klik di bawah:



*Konsultasi ekslusif dan percuma hanya untuk pelanggan yang membeli daripada saya.
Dapatkan aneka resepi ESP percuma daripada saya dengan pembelian ESP terus melalui saya.


Untuk sebarang pertanyaan tentang produk, bolehlah berhubung dengan saya seperti berikut:
✍ PM: siti raihana ismail
✐ Blog: Mauceriasokmo
✉ Email: elraihan82@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 019-9387282
➲ COD Area: Setiu(Pak Kancil, Penarek, Merang, Guntong, Saujana) dan Kuala Terengganu(Giant G.Badak, Mydin Mall, Giant K.Trg)

Monday, October 27, 2014

Ihfazhillaah, yahfazka: Jagalah Allah, Allah akan menjagamu..

Assalam..

Ihfazhillaah, Yahfazka..
Jagalah hak Allah, Allah akan menjaga hak kamu..


Ringkas..tapi itulah antara hadis yang sangat berbekas di hati saya..sejak saya mengetahuinya saya sering mengucapkannya buat diri sendiri setiap kali saya dalam kelalaian..bahkan ketika saya dalam kesedihan, hadis ini mengembalikan saya kepada puncanya kenapa ia terjadi..ya, sebagai suatu checklist bagi saya..

Saya jadi takut apabila saya sedar betapa banyaknya hak Allah belum saya tunaikan..
Walhal yang saya  inginkan daripada Allah sangat banyak..

Saya ingin berjaya
Saya ingin bahagia
Saya ingin kaya
Saya ingin jadi mulia di sisiNya..

namun..

Saya belum tunaikan hak Allah sepenuhnya..
Allah..malunya saya..
Saya nak Allah jaga saya..tetapi saya??

Alhamdulillah..
hadis ini banyak menyedarkan saya..
Bahawa masih banyak yang perlu saya lakukan untuk menjaga hak Allah..

Nak buat apapun, dahulukanlah urusan dengan Allah..insyaaAllah Allah akan mempermudahkan urusan kita..
Saya berpesan selalu untuk diri saya dan juga anda semua..



Nak jadi golongan orang berjaya? Jagalah hak Allah..insyaaAllah..
Ihfazhillaah, Yahfazkaa..


"Sesungguhnya telah berjaya orang yang beriman. [1] (Iaitu) orang yang khusyuk dalam solatnya. [2] Dan orang yang menjauhkan diri daripada yang sia-sia. [3] Dan orang yang menunaikan zakat. [4] Dan orang yang menjaga kemaluannya. [5] Kecuali terhadap isterinya atau hambanya; maka tiadalah tercela. [6] Sesiapa mencari selain yang demikian itu, maka merekalah orang yang melampaui batas. [7] Dan orang yang memelihara amanah dan janjinya. [8] Dan orang yang memelihara solatnya. [9] Mereka itulah yang akan mewarisi, [10] Yang akan mewarisi syurga Firdaus.  Mereka kekal di dalamnya. [11]
[Al-Mu'minun, 23: 1-11]












Friday, October 24, 2014

Hipoglisemia: 6 Cara mudah merawat segera simptom kurang gula dalam darah

Assalam..

Anda selalu mengelak atau melewat-lewatkan makan? Hmm..jangan amalkan selalu yer..anda mungkin akan mengalami Hipoglisemia. Saya pernah mengalaminya semasa bekerja dulu..tapi tak sangka pula ianya Hipoglisemia..


Saya sering lewat mengambil sarapan kerana terkejar-kejar nak masuk kelas awal pagi. Kebetulan pula suatu pagi tu saya ada 3 kelas straight 6 jam. Saya cuma sempat minum segelas teh pagi tu sebelum masuk kelas. Akhirnya tengahari tu saya rasa lapar sangat-sangat. Tengahari lepas pos barang masa nak drive balik ke pejabat tangan dan kaki dah mula menggeletar..rasa sejuk dan berpeluh-peluh..sebab rasa kurang sihat, saya akhirnya terus drive slowly ke klinik.


Di klinik Doktor bertanya adakah saya dah makan? hmm...barulah saya ingat rupanya saya bukan saja belum lunch, tapi sarapan pun dengan segelas teh je pagi tu...akhirnya doktor tak bagi apa-apa ubat pun..cuma dia minta saya beli sekotak air laici dan minum..alhamdulillah, dalam 10 minit berehat selepas minum saya rasa lega sikit dan dah hilang rasa sejuk dan menggeletar tadi..Doktor akhirnya berikan saya time slip pelepasan bekerja dan menasihatkan saya pulang ke rumah dan berehat.


Bagaimana Hipoglisemia boleh berlaku pada kita??

Hipoglisemia boleh terjadi kepada sesiapa sahaja. Tetapi kebanyakan pesakit diabetes yang mengambil insulin juga sering mengalami masalah ini..Hipoglisemia terjadi apabila paras glukosa dalam darah jatuh terlalu rendah berkemungkinan kerana beberapa sebab tertentu. Antaranya ialah:

  1. Menggunakan terlalu banyak insulin(bagi pesakit diabetes)
  2. Makan terlalu sedikit, makan terlalu lewat atau kerana tidak makan langsung
  3. Menggunakan tenaga untuk melakukan kerja berat melebihi tenaga yang dibekalkan oleh karbohidrat yang diambil.

Paras gula rendah tu macamana?


Hipoglisemia terjadi apabila paras gula rendah mencecah bawah 3.9 mmol/L (60 or 70 mg/dL). Walaubagaimanapun seringkali individu hanya merasa simptom apabila paras gula mencapai aras 2.8 hingga 3.0 mmol/L (50 to 54 mg/dL).


10 Tanda anda mengalami Hipoglisemia
  1. Merasa lapar
  2. Jantung rasa berdebar-debar
  3. Kepenatan dan letih lesu
  4. Penglihatan menjadi kabur
  5. Hilang fokus
  6. Berpeluh dengan banyak
  7. Menggigil
  8. Sakit kepala
  9. Kulit berwarna pucat dan rasa sejuk
  10. Pertuturan menjadi tidak jelas

*Jika simptom atas dibiarkan tanpa dirawat atau dipulihkan segera, berkemungkinan anda akan tidak sedarkan diri atau mengalami sawan. 

  • Bagi pesakit kencing manis atau diabetes, keadaan ini boleh berlaku disebabkan oleh pengambilan ubat kencing manis, sulfonilurea atau insulin. Pesakit kencing manis perlu mengambil ubatan untuk meningkatkan kandungan insulin dalam darah. 
  • Aras gula harian kita berubah mengikut apa yang kita makan dan keadaan badan kita. Apabila kita tidak menyelaraskan dos ubatan mengikut perubahan aras gula dalam darah kita, aras gula kita boleh menurun secara mendadak menyebabkan berlakunya hipoglisemia. 

6 Cara mudah merawat Hipoglisemia

Apabila anda atau ahli keluarga anda mengalami tanda awal hipoglisemia, anda disarankan untuk mengambil 15-20 gram gula glukos atau karbohidrat ringkas.

Cadangan cara segera untuk menghilangkan simptom Hipoglisemia:

  1. Minum air buah-buahan/ air kotak yang manis
  2. Mengambil setengah tin minuman ringan
  3. Mengambil dua sudu teh gula pasir
  4. Makan snek yang manis
  5. Menggosokkan serbuk glukos ke gusi
  6. Makan gula-gula manis

*Tanda-tanda hipoglisemia akan beransur hilang setelah anda mula makan.

Selalu juga pesakit diabetes dinasihatkan membawa gula-gula manis ke mana saja mereka  pergi bagi sebagai persediaan  jika mereka mengalami Hipoglisemia. Jika mengalami  hipoglisemia, anda disarankan mencuba mana-mana cadangan di atas untuk rawatan segera. Jika simptom di atas dibiarkan berlarutan dibimbangi boleh menyebabkan keadaan yang lebih teruk seperti sawan dan tidak sedarkan diri.


Bagaimana nak elakkan Hipoglisemia berulang??

1. Mengambil segelas ESP setiap pagi sebagai sarapan segera!!

Kenapa ESP?

ESP membantu menstabilkan paras gula dalam darah.
Bagaimana ESP membantu menstabilkan dan mengawal paras gula dalam darah?


ESP memiliki Indeks Glisemik (GI) kurang dari 55, iaitu 39 sahaja (GI yang rendah).  

Mereka yang mengambil karbohidrat untuk tenaga mempunyai tahap pelepasan tenaga dalam darah yang tinggi hanya pada mulanya sahaja. Karbohidrat mempunyai paras gula yang tinggi dan memberikan tenaga segera. Walaubagaimanapun, mereka akan kembali berasa lapar dengan cepat kerana paras gula juga menurun dengan cepat.

Mereka yang mengambil ESP(mempunyai GI rendah) melepaskan tenaga ke dalam sistem badan secara perlahan.  Ini membantu menstabilkan paras gula dalam darah dan mereka akan berasa kenyang lebih lama. Sebab itu ia sangat sesuai untuk mereka yang berpuasa dan mereka yang ingin menurunkan berat badan juga.
ESP Shaklee: Protein soya yang GI rendah dan mengekalkan tenaga lebih lama

Alhamdulillah, saya sendiri dah mencubanya dan alhamdulillah, berkesan untuk saya.
Boleh lihat sendiri hasilnya pada rekod di bawah. Ini adalah rekod BSP(Blood Sugar Profile) saya sendiri.



Ini adalah bacaan paras glukos saya ketika hamil anak ke 5 yang lalu..saya disahkan ada GDM kali pertama waktu itu dan memang selalu alami hipoglisemia ketika hamil. Setiap 2-4 minggu saya akan melakukan BSP  dan ini adalah rekod saya..

Jika diperhatikan, rekod BSP saya ni..bacaan daripada bulan 6-10 memang masih normal untuk bacaan pertama (Bacaan semasa berpuasa). Selepas beberapa jam mengambil sarapan yang agak berat, bacaan glukos kedua (2 jam selepas ambil sarapan) saya masih rendah..3.5 pun ada..dan saya sering mendapat simptom hipoglisemia..

Selepas saya mengamalkan ESP pada bulan 11, saya dah tak hipo lagi..bacaan gula saya normal walaupun saya sarapan dengan menu seperti biasa..
Alhamdulillah..

2. Mengambil bawang putih atau suplemen bawang putih untuk membantu merawat hipoglisemia
Suplemen yang kaya dengan bawang putih dengan tambahan spearmint dan rosemary
Bawang putih juga dikatakan membantu mengawal tahap gula dalam darah. Penggunaan terapeutik ekstrak bawang putih tua secara konsisten menunjukkan pencegahan simptom Hipoglisemia.

*Mereka yang mengambil insulin dinasihatkan mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum mengambil suplemen bawang putih.


Jika anda sering mengalami Hipoglisemia, saya amat menyarankan sekurang-kurangnya ESP untuk menggantikan sarapan anda jika anda kesuntukan masa untuk bersarapan atau makan tengahari. Semoga artikel ini membantu anda menemukan cara segera menangani masalah Hipoglisemia ini.

Jika anda berminat untuk mendapatkan ESP atau Garlic Shaklee boleh lah order terus dengan klik di  bawah atau terus menghubungi saya di talian di bawah:




Raihana-0199387282

Untuk sebarang pertanyaan tentang produk, bolehlah berhubung dengan saya seperti berikut:
✍ PM: siti raihana ismail
✐ Blog: Mauceriasokmo
✉ Email: elraihan82@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 019-9387282
➲ COD Area: Setiu(Pak Kancil, Penarek, Merang, Guntong, Saujana) dan Kuala Terengganu(Giant G.Badak, Mydin Mall, Padang Midin)

Thursday, October 23, 2014

Anak-anak syurga Ummi..

Assalam..

Rasanya belum pernah saya bercerita tentang anak-anak saya yang 5 orang ni..alhamdulillah..Allah memurahkan rezeki anak-anak syurga ini buat saya..yang sulong, Husna dah nak masuk Tahun 5 tahun depan dan yang bongsu setakat ini, Husein akan menyambut ulangtahun kedua akhir bulan November nanti..


Terlalu cepat masa berlalu..seorang demi seorang dari kalian hadir dalam hidup Ummi..

Kenalkan, nama saya Husna..

Husna dah ada adik, namanya Husni!!

Husna, Husni dan Husnina..senangnya nak ingat nama kami, kan?

Husna, Husni, Husnina..n welcome Hasan, anak soleh Ummi!!Sebelum ni ada anak solehah jer..

1, 2, 3, 4 dan 5 orang..anak-anak syurga Ummi semuanya..insyaaAllah...aamiin..


Terima kasih anak-anak syurga Ummi..Dah lebih 10 tahun usia rumahtangga Ummi Abah..Kelahiran kalian lahir benar-benar menceriakan hidup ummi dan abah..

Bila nak tambah baru?? InsyaaAllah jika Allah nak bagi lagi Ummi terima...Selagi diberikan kesihatan yang baik dan umur yang panjang..insyaaAllah..

Anak-anak kan pembawa rezeki, ye tak?



Saya Pengedar Shaklee Setiu, Kuala Terengganu dan seluruh Malaysia!!

Untuk sebarang pertanyaan tentang produk Shaklee, bolehlah berhubung dengan saya seperti berikut:

✍ PM: siti raihana ismail
✐ Blog: Mauceriasokmo
✉ Email: elraihan82@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 019-9387282
➲ COD Area: Setiu(Pak Kancil, Penarek, Merang, Guntong, Saujana) dan Kuala Terengganu(Giant G.Badak, Mydin Mall, Giant K.Trg)

Tuesday, October 21, 2014

Testimoni Cinch Shake Mix: Lebih cepat kurus ambil Cinch Shake dan senaman??

Assalam..

Adakah anda antara mereka yang pernah mengambil Cinch Shake Mix? Ada tak pengedar anda ingatkan anda tentang cara yang lebih efektif untuk kurus dengan Cinch Shake Mix??

Saya pernah mendapat respon berikut daripada sesetengah customer saya..

"Alaa..kenapa ambil Cinch Shake makin naik berat saya?"
"Macam tak berkesan jer minum Cinch Shake ni..tak kurang inci pun.."

Agaknya la..kenapa jadi macam ni?

Kenapa minum Cinch Shake berat makin bertambah?

Leucine merupakan nutrisi yang penting untuk membina otot. Apabila anda mengambil Cinch Shake Mix, sesetengah daripada anda mungkin mengalami sedikit kenaikan berat akibat pertambahan jisim otot yang dibina tadi. Tapi jangan risau, kerana PERTAMBAHAN BERAT AKIBAT OTOT LEBIH BAIK DARIPADA PERTAMBAHAN AKIBAT LEMAK.

Kebiasaan diet tanpa protein akan menghilangkan lemak dan otot sekali. Memang berat menurun, tetapi tubuh menggelebeh kerana kehilangan otot sekali. LEUCINE memastikan semua lemak dapat dihilangkan tapi masih memelihara otot. Sebab itu walaupun berat mereka sama, tapi diet tanpa protein dan dengan protein/Leucine adalah sama sekali berbeza kesannya.                                      
Kenapa mesti nak bina otot??

  1. Supaya tubuh anda tidak menggelebeh selepas kurus
  2. Untuk meningkatkan metabolisme anda untuk memudahkan pembakaran lemak. Apabila metabolisme menurun, tubuh anda akan kehilangan upaya untuk membakar lemak.

Apakah cara terbaik saya nak bina otot? 

  1. Anda perlu mengambil Cinch Shake Mix dengan Leucine untuk membantu memelihara otot agar tidak hilang bersama lemak yang dibakar.
  2. Melakukan senaman untuk merangsang hormon Leptin yang mengawal rasa lapar dan berat badan kita. 


INILAH RAHSIA MEREKA YANG TELAH BERJAYA MENURUNKAN BERAT BADAN DENGAN CINCH SHAKE MIX!!

Nak buktinya? Ini dia..
Member Amy yang ambil cinch shake tanpa senaman hanya turun 1kg, tetapi..
Saudari Amy ambil Cinch dengan senaman turun 2kg!!



sekurang-kurangnya lakukan senaman seminggu sekali..lebih kerap lagi baik!!



Anda dah cuba Lecithin dan Herblax tapi masih belum berhasil?
Mungkin anda ada masalah kekurangan metabolisme akibat otot-otot anda..pertambahan usia juga menyebabkan otot semakin lemah dan mengendur..lalu merendahkan tahap metabolisme anda dan menjadikan proses pembakaran lemak kurang efektif.

*Penambahan Omega Guard yang membekalkan Omega-3 juga membantu merangsang hormon leptin yang mengawal selera anda.  

ANDA PASTI MEMERLUKAN CINCH SHAKE MIX DAN SEDIKIT SENAMAN UNTUK MENJAYAKANNYA!!

MAHUKAN KONSULTASI LANJUT DARIPADA SAYA??

BOLEH HUBUNGI SAYA SEKARANG!!

RAIHANA-0199387282


Untuk sebarang pertanyaan tentang produk, bolehlah berhubung dengan saya seperti berikut:
✍ PM: siti raihana ismail
✐ Blog: Mauceriasokmo
✉ Email: elraihan82@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 019-9387282
➲ COD Area: Setiu(Pak Kancil, Penarek, Merang, Guntong, Saujana) dan Kuala Terengganu(Giant G.Badak, Mydin Mall, Giant K.Trg)

Monday, October 20, 2014

10 Tips bantu anak hafaz Al-Quran seawal usia 2 tahun

Assalam..

Cuti sekolah akhir tahun dah hampir. Bagi ibu bapa yang belum punya perancangan untuk aktiviti cuti sekolah anak-anak, bolehlah mempertimbangkan kem tahfiz Al-Quran sebagai salah satu pengisian anak-anak. Masih tidak terlalu lewat untuk memupuk minat anak-anak terhadap Al-Quran. Selalulah berkongsi kisah-kisah bijak pandai pada zaman dahulu. Ramai bijak pandai zaman dahulu seperti Al- Khawarizmi, Ibnu Khaldun, Ibnu Rusyd dan Ibnu Sina yang menghafaz seluruh al-Quran sejak kecil sebelum berpindah ke cabang ilmu lain seperti matematik, kimia, fizik, astrologi dan sains.          

Sewaktu saya mengajar di University College Bestari dulu, saya pernah mengajar satu topik mengenai "Short Term Memory VS Long Term Memory" bagi subjek HCI-Human Computer Interaction. Apa yang menarik ialah teori mengenai kedua-dua jenis memori ini. Setelah kita mengenal jenis memori ini maka lebih mudah untuk kita mengenalpasti cara untuk meningkatkan memori kita.


Memori Jangka Panjang & Memori Jangka Pendek

Memori jangka panjang ni adalah memori kita mengenai sesuatu peristiwa yang kita pernah
lalui. Selalunya ia adalah sesuatu yang sukar dilupakan. Contoh: Menangis pada hari pertama bersekolah tahun 1, majlis akad nikah pada hari perkahwinan, atau kemalangan jalan raya yang pernah kita alami.

Selalunya memori jangka panjang meninggalkan kesan yang mendalam kerana ia masih dapat divisualkan di minda kita. Memori jenis ini boleh dipertingkatkan dengan cara memberikan pengecaman atau visual kepada peristiwa yang telah berlaku. Sebagai contoh, melihat kembali album perkahwinan atau album-album lama yang berkaitan.

Bagaimana pula dengan memori jangka pendek??
Memori jangka pendek pula ialah memori yang mungkin berkait dengan fakta, nombor atau ayat yang sukar diingati atau difahami. Contohnya: No telefon kawan baru, No. IC nenek dan alamat rumah seseorang yang baru dikenali ataupun ayat-ayat Al-Quran yang dibaca. Lama kelamaan jika tidak berusaha mengingatinya dengan cara tertentu kita akan mudah lupa pada memori seperti ini..
sebab itulah ia dipanggil memori jangka pendek.      

Menghafaz Al-Quran memori jangka panjang atau memori jangka pendek??

Sudah tentulah kita menganggap ia adalah memori jangka pendek sahaja. Walaupun begitu  terdapat beberapa cara untuk kita membantu meningkatkan kemampuan mengingat memori jangka pendek ini terutamanya bagi kanak-kanak.  Memori jangka pendek boleh ditukarkan menjadi memori jangka panjang dengan pengulangan dan hafalan.

Tips membantu anak untuk menghafaz Al-Quran seawal usia 2 tahun

Saya ringkaskan tips ini daripada artikel ini berdasarkan pengalaman Puan Mazlina Karim.

Puan Mazlina Karim berjaya membantu anak-anak beliau menghafaz 30 surah daripada Al-Quran sebelum mereka berusia 3 tahun. Berkat mengajar al-Quran daripada kecil, putri beliau Darwisya(8 tahun) mampu menguasai kemahiran menyerap apa saja ilmu yang diajar kepadanya. Darwisya yang kini bersekolah di Sekolah Antarabangsa Moden Arab ini pernah mendapat semua A bagi tujuh mata pelajaran dengan empat subjek mendapat markah penuh 100 peratus. Subhaanallah!!
Berikut adalah beberapa tips untuk membantu anak-anak menghafaz Al-Quran yang telah dikongsikan Puan Mazlina dan berdasarkan pengalaman mengajar anak-anak saya sendiri juga.

#Tips 1:
Memainkan cakera padat video (VCD) surah yang perlu dihafal. 

Ibubapa boleh memainkan cakera padat video Al-Quran di rumah atau di dalam kereta ketika hendak ke mana-mana. Memainkan VCD surah-surah Al-Quran pada setiap masa mampu menimbulkan minat anak-anak terhadap surah yang diperdengarkan. Anda boleh memulakan memperkenalkan dengan surah-surah pendek terlebih dahulu.


#Tips 2:
Meningkatkan memori atau daya simpan maklumat dalam otak kanak kanak sejak hari pertama dilahirkan

Menurut Puan Mazlina, sebenarnya otak kanak-kanak sudah sangat bersedia untuk menerima apa saja pembelajaran sejak lahir. Otak mereka pada waktu ini ibarat span yang amat mudah menyerap air. Malah mengikut kajian sains, pada usia dua tahun, kapasiti otak kanak-kanak menyamai 80 peratus otak dewasa. Sebab itulah usia tersebut adalah paling sesuai untuk dimulakan latihan menghafaz.


#Tips 3:
Mendahulukan mengajar Al-Quran berbanding membaca dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Jangan terlalu risau anak anda berkemungkinan tidak dapat membaca..

Hal ini penting bagi ibubapa yang benar-benar inginkan anak yang mampu menghafaz Al-Quran dengan baik. Mengajar banyak perkara sekaligus berkemungkinan menjadikan anak-anak keliru dengan apa yang dipelajari serentak. Fokus anak-anak juga pastinya teralih kepada sesuatu selain hafazan mereka.

*Saya sendiri menggunakan cara ini terhadap anak-anak saya. Anak-anak alhamdulillah dapat menguasai bacaan Al-Quran dan Jawi dengan lancar sebelum berusia 6 tahun. Setelah berusia 6 tahun barulah saya memberi penekanan kepada membaca Bahasa Melayu pula. Alhamdulillah setakat 3 orang anak saya yang telah bersekolah, Husna, Husni dan Husnina telah berjaya menguasai membaca Al-Quran, Jawi dan Bahasa Melayu sebelum mereka memasuki Tahun 1. Saya dan suami mula mengajar Husna Iqra' pada usia 3 tahun. Alhamdulillah, Husna telah menamatkan bacaan Iqra 6 pada usia awal 4 tahun dan telah khatam membaca Al-Quran pada usia 5 tahun dan mula menghafaz surah Yaasin sebaik sahaja khatam Al-Quran.


#Tips 4:
Memulakan dengan menghafal sebelum mengenal huruf  Al-Quran

Mengikut kajian sains, kanak-kanak yang belajar menghafal akan meningkatkan kuasa otak kiri mereka. Otak kiri bertanggungjawab untuk menganalisa secara analitikal seperti sains, matematik dan bahasa manakala otak kanan pula bertindak untuk berfikir secara holistik seperti perkara berkaitan seni dan muzik. Ramai juga huffaz (penghafal quran) daripada kalangan orang buta. Ini bermakna seseorang yang tidak mengenal huruf juga boleh menghafal al-Quran dengan baik.


#Tips 5:
Biasakan memperdengarkan surah daripada Al-Quran ketika anak sedang tidur

Menurut Puan Mazlina, pada usia dua tahun lapan bulan anak-anak beliau sudah menghafaz lapan surah pendek dan sekurang-kurangnya 17 surah apabila usia mencecah tiga tahun. Mereka telah diperdengarkan dengan surah-surah Al-Quran sejak masih bayi lagi.

Menurut satu kajian luar negara,  memperdengarkan lagu dengan irama yang perlahan ketika bayi tidur mampu meningkatkan kemampuan memori si bayi tersebut. Oleh itu, pilihlah audio bacaan Al-Quran yang dibacakan secara jelas dan perlahan-lahan.


#Tips 6:
Gunakan daya kreativiti ibu bapa untuk menarik minat anak-anak terhadap Al-Quran

Kad imbasan juga boleh digunakan untuk membantu menarik minat anak-anak. Sebagai contoh, bayi berusia setahun akan membuatkan ibu bapa terpaksa menarik perhatian bayi mereka untuk menyebut setiap kad imbasan kerana pada waktu ini, mereka dalam peringkat suka meneroka dan mula melakukan pelbagai kerja sendiri dan kurang fokus terhadap apa yang ibubapa inginkan. Ini lebih ketara untuk kanak-kanak lelaki berbanding perempuan.

*Pagi tadi saya menonton satu video yang disiarkan dalam rancangan MHI. Bayi perempuan dalam video tersebut akan menangis apabila diberikan buku selain Al-Quran. Apabila diberikan Al-Quran dan dibukakan halamannya, bayi tersebut amat gembira. Tetapi apabila ditutup Al-Quran itu dia akan menangis minta dibukakan semula. Subhaanallah..bayi pun dah kenal dan berminat pada Al-Quran!!

#Tips 7:
Tidak membanding-banding kemampuan anak lelaki dan anak perempuan

Anak lelaki dan perempuan mempunyai cara belajar berbeza. Berbanding anak perempuan, anak lelaki lebih nakal dan kurang daya tumpuan. Masalah pelat juga lebih dialami kanak-kanak lelaki berbanding perempuan. Sebab itulah lebih perhatian diperlukan terhadap anak lelaki.

#Tips 8:
Menggalakkan anak-anak menghafal surah sebanyak yang mungkin mengikut kemampuan mereka

Semakin panjang dan semakin banyak surah yang dihafal, semakin tinggi kekuatan memori mereka. Jika mereka telah selesai menghafal sesuatu surah, minta mereka teruskan dengan surah yang lain pula..


#Tips 9:
Sentiasa meminta anak-anak mengulang semula membacakan apa yang telah mereka hafal. 

Kaedah mengulang ini bukan sahaja sesuai untuk kanak-kanak, bahkan orang dewasa juga. Mengulangi dengan kerap apa yang telah dihafaz mampu mengubah memori jangka pendek menjadi memori jangka panjang juga! Ini juga boleh dilakukan dengan menvisualkan setiap ayat Al-Quran yang ingin dihafaz..Practices make perfect..InsyaaAllah..


#Tips 10:
Memberikan ganjaran apabila anak-anak berjaya melakukannya

Sesekali berikanlah ganjaran kepada anak-anak yang berjaya menghafaz walaupun sekadar satu surah. Ganjaran bukanlah berbentuk material semata-semata. Apa kata hadiahkan anak anda dengan satu ciuman dan pujian dan doakanlah kejayaan mereka bersama-sama mereka agar mereka juga tahu segala usaha mereka sangat dihargai anda. InsyaaAllah..

Selain tips di atas, anda juga boleh membantu menguatkan memori anak-anak yang menghafaz Al-Quran dengan memberikan mereka suplemen yang sesuai untuk menguatkan lagi memori mereka.



Tingkatkan memori dengan Omega-3 Asid Lemak

Kenapa penting untuk sel-sel otak anak anda berhubung??

Kerana ia akan membantu mereka mengingati setiap ayat Al - Quran yang baru dihafaz dan mengaitkannya dengan ayat yang telah mereka hafaz sebelumnya..insyaaAllah..

Pakar otak mengatakan bahawa asid lemak Omega-3 menggalakkan perkembangan otak. Omega-3 mempunyai asid eicosapentaenoic (EPA) dan asid docosahexaenoic (DHA).

DHA dan EPA penting untuk meningkatkan fungsi otak. Memberikan anak diet harian kaya DHA akan menjadikan mereka lebih fokus dan dapat memberikan tumpuan ketika bermain dan belajar. DHA merupakan elemen utama untuk membentuk sel membran neuron yang bertindak sebagai penghubung antara sel-sel otak.

Antara sumber-sumber makanan yang mengandungi Omega-3 ialah:

1. Minyak soya.
2. Ikan (jenis laut dalam) dan makanan laut.
3. Minyak ikan kod.
4. Telur ayam (yang diperkaya dengan Omega – 3).
5. Kekacang.


 Susu ibu mempunyai 30 kali ganda DHA terdapat dalam susu formula. Sebab itulah ibu-ibu yang inginkan anak-anak yang bijak akan berusaha untuk memberikan susu ibu sepenuhnya kepada anak-anak mereka.

Saya berikan anak-anak saya Omega Guard untuk membantu kecerdasan minda mereka. Omega Guard merupakan minyak ikan yang kaya dengan Asid Lemak Omega-3.

Sebiji sehari memadai bagi anak anda untuk bekalan  Omega-3 yang sangat membantu meningkatkan memori dan fungsi otak anak-anak. InsyaaAllah, sangat membantu menguatkan  memori anak-anak yang ingin menghafaz Al- Quran.


Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Omega Guard, KLIK SINI.

Untuk sebarang pertanyaan tentang produk, bolehlah berhubung dengan saya seperti berikut:

✍ PM: siti raihana ismail
✐ Blog: Mauceriasokmo
✉ Email: elraihan82@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 019-9387282
➲ COD Area: Setiu(Pak Kancil, Penarek, Merang, Guntong, Saujana) dan Kuala Terengganu(Giant G.Badak, Mydin Mall, Giant K.Trg)

Sunday, October 19, 2014

10 idea terbaik kitar semula bekas dan botol Shaklee!!

Assalam...

Sebenarnya lama dah saya kumpulkan semua gambar kitar semula ni..sejak saya terbaca pos di FB seorang Master Shaklee ni yang bertanya di FB nya apa nak buat dengan semua bekas, dan botol Shaklee yang dah habis guna..(TQ to Master Farihah atas topik kitar semula yang dibincangkan..izinkan saya share kat sini yer..)

So di sini saya kongsikan 10 idea apa yang anda boleh buat dengan botol dan bekas Shaklee anda yang mungkin dah bertimbun dirumah..(hehe..saya lah salah sorangnya yang masih simpan bekas-bekas dan botol-botol Shaklee tu..)

#IDEA 1: Tabung duit Inilah tabung saya daripada bekas Meal shakes Hasan yang dah habis. Berguna jugak daripada dibuang..saiznya memang sesuai dibuat tabung..tak besar sangat, tak kecik sangat. Boleh buat banyak tabung di rumah, tabung syiling, tabung duit kertas, tabung duit Shaklee..hehe..opps..
#IDEA 2: Pasu pokok bunga
Idea ni daripada salah sorang SID yang cadangkan..mungkin boleh tebuk sikit bahagian bawah supaya air siraman boleh keluar..tudung jadi tapak pasu..haa..memang bijak..

#IDEA 3: Bekas simpan susu, milo, dan teh
Kat rumah saya macam nilah jugak..Simpan bahan-bahan ni dalam bekas ESP la selalunya..sebab boleh muat lebih banyak..dekat sekilo susu juga muat nak simpan.

#IDEA 4: Bekas simpan barang-barang menjahit
So far memang benang-benang menjahit saya letak kat dalam bekas butter cookies yang bulat tu..nanti tak muat bolehlah gunakan bekas Meal shakes dan ESP yang ada pulak..

#IDEA 5: Bekas simpan alatulis
Haa..confirm yang ni ramai yang buat. Boleh buat divider sikit kat bahagian dalam bekas supaya lebih tersusun.

#IDEA 6: Botol menyimpan barang anak-anak@mainan anak
Cantik pula bila dah dihias macam ni..boleh bagi anak-anak guna untuk simpan syiling, klip rambut, brooch atau apa-apa barang anak-anak yang agak kecil. Boleh juga nak bagi anak-anak saya buat macam ni..kakak dan kak ngah mesti suka..


 
#IDEA 7: Bekas makanan kucing
Owh..memang bagus bagi sesiapa yang punya kucing di rumah..anda boleh menyimpan makanan kucing di dalam bekas Meas shakes seperti di atas dan tudungnya boleh dijadikan bekas hidangan kucing..huhu..
#IDEA 8: Bekas biskut
Kat rumah saya memang bekas Shaklee ESP yang dah tak guna saya basuh semula dan buat balang biskut di rumah. Dulu selalu recycle tin biskut, tetapi sekejap je tin dah berkarat. Nak tahan lebih lama guna balang plastik ESP la..
#IDEA 9: Bekas letak telefon dan wayar charger di plug dinding
Bekas Meal shakes ni tergantung rupanya. Kreatif juga idea SID ni..Bahagian tepi bekas ditebuk agar muat melepasi saiz charger telefon. Bila dipasang kene pastikan tepi bekas tidak menyentuh pin pada plug untuk keselamatan. Apabila kepala charger ditanggalkan bekas juga boleh ditanggalkan..bukannya melekat terus kat situ yer..selamatla daripada dicapai anak-anak berbanding letak telefon di bawah, kan..

#IDEA 10: Bekas letak sudu garfu
Idea ni nampaknya belum dibuat mana-mana pengguna Shaklee agaknya..tapi saya cadangkan juga kerana idea ini memang sangat kreatif!! Mesti cantik bila letak di meja makan kan?

Apapun, Go Green ya!!
Nak buang fikir dulu..
Mana tau banyak lagi kegunaannya..




Untuk sebarang pertanyaan tentang produk Shaklee, bolehlah berhubung dengan saya seperti berikut:

✍ PM: `siti raihana ismail
✐ Blog: Mauceriasokmo
✉ Email: elraihan82@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 019-9387282
➲ COD Area: Setiu(Pak Kancil, Penarek, Merang, Guntong, Saujana) dan Kuala Terengganu(Giant G.Badak, Mydin Mall, Giant K.Trg)```j.jkjjjjjjk;

Hobi sejak jadi Surirumah@WAHM..

Assalam..

Setiap orang ada keghairahannya masing-masing dalam melakukan apa yang mereka suka. Tipulah kalau saya kata saya ni takde keghairahan sendiri...keghairahan yang saya maksudkan ni hobilah..Sejak jadi surirumah ni macam-macam lah juga idea yang keluar untuk isi masa terluang di rumah..yang penting, saya buat semua ni untuk orang tersayang dan saya gembira..

Dua hal yang selalu buat saya rasa happy ialah dapat masak sesuatu yang sedap untuk orang tersayang dan menjahit untuk sendiri dan keluarga..dan saya juga ada satu lagi hobi baru sejak setahun lebih  yang lepas...nanti saya cerita..

Cerita tentang Menjahit

Inilah mesin jahit pertama saya..LS-2160 Brothers yang saya beli sejak 2009 lagi dengan duit gaji jadi cikgu kontrak dulu..harganya masa tu dalam rm700 jugak..sebab ada offer saya dapat lagi murah..hajatnya nak tukar mesin industri pulak lepas ni..dah banyak jasa mesin ni. Dah banyak mana baju anak-anak, saya dan suami dan adik2 saya dapat saya jahit dengan mesin ni..langsir satu rumah pun saya jahit guna mesin ni jer..senang sebab portable..time nak menjahit umah mak saya bimbit je skali bawak balik kampung..hihi..
Tilam, sarung bantal baby pertama yang saya jahit sendiri ketika pregnant 8 bulan untuk Hasan. Specialnya saya buat tilam ni ala sarung bantal. So, kalau dah ada toto or tilam lain boleh masuk dalam sarung tilam yang saya dah jahit ni..cuma covernya nampak seragam la dengan sarung bantalnya..hihi..idea last minit nak habiskan kain cotton yang mak bagi.


Simple pattern langsir macam ni boleh lah saya jahit sikit-sikit..yang ni langsir kat rumah dah pakai 2 tahun lebih dah..belum rasa nak tukar lagi..masih elok bagi saya..

Simple dress untuk anak-anak..yang bawah tu saya jahitkan untuk anak saudara saya, humaira (anak Ida Iar)





Cerita tentang masak-masak

Sebenarnya banyakla juga yang dah dibuat sepanjang jadi WAHM ni..apam, donut, kueh "Haji Serban" @ serimuka, lompat tikam, puding2, agar-agar..yang paling kerap buat ialah roti kayu keramat dan jemput-jemput..haha..favourite Hasan la ni..

Buat apam polkadot untuk anak-anak bawak masa jamuan raya.
Nak resepi ada SINI.
Makaroni bakar version pemanggang ajaib. Anak-anak sangat sukakannya..sebab banyak telur, kan? Lelemaks sangat.

Dah beberapa kali juga buat lompat tikam..yang pastinya sangat sedap dimakan sejuk. Gambar kuah takde la pulak...

Puding trifel ala saya..buat banyak-banyak dan simpan dalam peti..tiap 5 minitla anak-anak buka peti jadinya..
Apapun.. ada satu lagi hobi saya..

Cerita tentang "hobi baru" saya

With mak shaklee@ Ida Iar, adik saya dan sideline Shaklee, Ummu Fayyadh yang juga seorang surirumah macam saya..
We Love Shaklee..
Buat sesuatu kerana kita sukakannya memang sangat mudah..Walaupun maybe ada yang cakap laahai cerewetnya..sama jugaklah dengan saya..macam berniaga jugak..berniaga dah jadi sebahagian hobi baru saya juga..yer..memang banyak keje nak kene buat kalau buat Shaklee ni..nak kene update blog la..nak promote kat orang la, update FB la, nak gi COD dan pos barang lagi..hmmm..bagi saya itu semua adalah tentang time management kita...siapa kata buat Shaklee ni takde masa nak layan hobi ni semua?? kadang-kadang apa yang lebih penting adalah kita berjaya buat diri kita dan orang di sekeliling kita happy..

Salah satu caranya kita bantu orang untuk lebih sihat..

Sukanya saya kalau dapat bantu pelanggan saya sembuh dari penyakit, dapat bantu pasangan yang inginkan anak, dapat bantu orang turunkan berat badan, dapat bantu ibu menyusu banyakkan susu, dapat bantu anak-anak Shaklee dapat bonus, dapat bantu family saya sendiri lebih sihat..semuanya dipermudahkan dengan izin Allah sejak saya menyertai Shaklee..

SEMUANYA BUKAN TENTANG APA YANG KITA SUKA SEMATA-MATA..tapi BAGAIMANA KITA DAPAT BANTU ORANG LAIN SUKAKAN APA YANG KITA SUKA JUGA..apatah lagi apa yang kita suka itu memberi manfaat kepada semua orang!!



Saya suka masak, menjahit dan Shaklee!!
Anda??

rg)

Friday, October 17, 2014

Cinch Shake Shaklee minuman protein yang memelihara otot dengan 3 rasa pilihan!!



Assalam...

Pernah cuba minuman protein Cinch Shake Mix Shaklee??Ada 3 perisa istimewa Cinch Shake ni..Vanilla, Coklat dan Cafe Latte. Apa istimewanya Cinch Shake Mix ni?



Cinch Shake Mix adalah minuman dengan 3 perisa yang berfungsi untuk memelihara otot-otot penting bagi kita dan memberikan rasa kenyang lebih lama; sangat sesuai untuk mereka yang sedang cuba menurunkan berat badan.

Ianya kaya dengan..

  • Protein iaitu sebanyak 16gram setiap hidangan yang dapat membuatkan kita berasa kenyang sentiasa. 
  •  Leucine yang dapat membantu memelihara otot semasa penurunan berat badan. Jika otot tidak dipelihara, tubuh akan kelihatan menggelebeh setelah berat turun. 
  •  Serat, iaitu 6gm serat bagi setiap hidangan.

Kandungan nutrisi yang terdapat di dalam Cinch Shake Mix ini sebenarnya jauh lebih banyak berbanding produk seumpamanya di pasaran.
Sebab itulah Cinch Shake Mix ini juga sebenarnya sesuai untuk wanita hamil yang mengalami masalah berat badan berlebihan sepanjang kehamilan.  Indeks glisemiknya yang rendah memberikan ibu hamil ketahanan daripada rasa lapar lebih lama dan membantu mengawal selera makan ibu hamil.



Bagaimana Cinch Shake Mix membantu mereka yang ingin menurunkan berat badan?

Cinch Shake Mix dicadangkan  sebagai pengganti hidangan terutamanya sebagai pengganti sarapan...ini bermaksud memadai dengan Cinch Shake Mix untuk membantu anda rasa kenyang dan kekal bertenaga sehingga tengahari..tanpa menjejaskan keperluan nutrisi anda.

Hasilnya?? Waah..tiada lagi kesan YOYO DIET!!

Jadi apa lagi yang anda tunggu??
Ubah lah cara anda bersarapan dengan menggantikan sarapan anda dengan segelas Cinch Shake Mix sahaja..
InsyaaAllah, masih rasa kenyang lebih lama.



Apa kata mereka yang dah mencubanya?? 



Dapatkan Cinch Shake Mix Shaklee anda daripada saya sekarang!!
Konsultasi percuma dan tips diet terbaik ekslusif untuk pelanggan saya sahaja.

RAIHANA - 0199387282


Untuk sebarang pertanyaan tentang produk, bolehlah berhubung dengan saya seperti berikut:
✍ PM: siti raihana ismail
✐ Blog: Mauceriasokmo
✉ Email: elraihan82@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 019-9387282
➲ COD Area: Setiu(Pak Kancil, Penarek, Merang, Guntong, Saujana) dan Kuala Terengganu(Giant G.Badak, Mydin Mall, Giant K.Trg)

Thursday, October 16, 2014

6 Langkah elak risiko penyakit pembawa maut

Assalam..

Fakta ini saya perolehi daripada forward seorang doktor pakar. Beliau berkongsi carta yang menunjukkan hasil pandangan pengkaji luar negara mengenai risiko pembawa maut bagi masyarakat di seluruh dunia..fakta ini diambil daripada sumber kajian luar negara.

Untuk muslim, kita percaya bahawa hidup mati itu di tangan Allah semuanya biar apa jua penyakit yang kita ada. Setiap daripada kita akan menemui mati..Apapun..Allah juga menyarankan kita berusaha untuk mengubati penyakit yang ada kerana setiap penyakit itu pasti ada penawarnya kecuali mati.

Apakah risiko kematian paling banyak di seluruh dunia?

Apakah usaha kita untuk tidak membiarkannya berlaku pada diri kita dan orang-orang yang kita sayangi?? Jika dilihat kepada fakta di atas, penyakit darah tinggi atau hypertension merupakan penyumbang terbesar kepada risiko kematian diikuti dengan merokok, masalah kolestrol dan seterusnya masalah berat badan berlebihan atau obesiti..


4 golongan ini dikatakan paling berisiko berdepan dengan kematian melebihi risiko yang lain. Apa yang paling menakutkan golongan ini boleh jadi diri kita sendiri, ibu bapa kita, adik beradik kita atau orang yang paling kita sayangi?? Mungkin suami atau isteri kita juga..


Apakah LANGKAH-LANGKAH yang kita boleh lakukan DARIPADA SEKARANG untuk mencegah 4 risiko ini?


1. JAUHI MAKANAN RINGAN

Lupakan junk food yang mempunyai kandungan garam yang tinggi, MSG dan pelbagai perisa dan pewarna tambahan. Bezanya golongan hari ini dengan orang- orang tua dulu yang hidup lebih lama adalah berpunca daripada makanan..terlalu banyak bahan kimia dalam penghasilan sumber makanan hari ini termasuklah dari bahan gmo yang berisiko tinggi dalam jangka masa panjang.


Pilihlah makanan dari sumber semulajadi dan organik yang lebih selamat.



2. KURANGKAN GARAM, GULA, MINYAK DAN PRAKTIKKAN CARA MASAKAN YANG TIDAK BERISIKO 

Satu petua mudah yang biasa diamalkan di negara arab, tapi jarang yang mengamalkannya di Malaysia.. iaitu kaedah meletakkan garam dalam masakan. Kebanyakan yang kita sendiri lihat orang-orang kita sering meletakkan garam ke dalam masakan ketika masakan sedang dimasak. Cara terbaik ialah menutup api terlebih dahulu dan rehatkan sebentar supaya suhu menurun dan barulah taburkan garam ketika ingin dihidangkan. Garam mengandungi sodium dan pottasium. Jika dikenakan suhu yang tinggi, pottasium akan hilang dan cara menggunakan garam yang tidak betul berisiko menyebabkan penyakit darah tinggi.


Gula berlebihan juga tidak elok. Ia adalah punca utama kepada masalah diabetes dan kegemukan. Lebih baik menggunakan pengganti gula seperti daun Stevia atau madu lebah asli dalam kuantiti yang sederhana juga. Fakta sebenar? Kita masih boleh hidup tanpa menggunakan gula kerana sumber glukos juga boleh didapati daripada kebanyakan makanan lain yang kita makan.


Minyak digunakan dalam kebanyakan masakan bergoreng di Malaysia. Anda boleh mengubahsuai cara masakan kepada masakan tanpa minyak dengan menggunakan cara memanggang, mengukus, merebus atau menggoreng tanpa minyak.


3. JAUHI ROKOK 

Rokok amat membahayakan kesihatan. Umum mengetahuinya, namun masih ramai yang merokok. Yang lebih berisiko adalah orang-orang yang berada di sekeliling perokok. Sejauh mana bahayanya rokok??

Banyak penyakit berpunca daripada tabiat merokok



4. JAGA TABIAT MAKAN

Tabiat pemakanan terbaik yang boleh diteladani ialah mengikut sunnah Rasulullah s.a.w.

 “… makan dan minumlah, dan janganlah berlebih-lebihan…” (Surah al-A’raf, ayat 31).

Rasulullah s.aw akan makan sebelum lapar dan berhenti sebelum kenyang. 

Bagaimana nak lakukannya dalam cara hidup kita hari ini?? Patuhilah jadual makan dengan makan mengikut waktu makan, bukan mengikut rasa lapar kita. 

Makan secara kerap tetapi sedikit-sedikit adalah cara terbaik untuk mengekalkan metabolisme yang diperlukan tubuh kita. Bersederhana adalah lebih baik tentunya.


5. AMALKAN GAYA HIDUP AKTIF

Bersenam dan bersukan adalah cara terbaik untuk mengekalkan kesihatan dan menjaga berat badan.

Beberapa cara mudah yang saya boleh cadangkan untuk anda amalkan senaman tanpa melihatnya sebagai senaman ialah..

  1. Menaiki tangga berbanding lif
  2. Meletakkan kereta di tempat yang lebih jauh supaya anda lebih banyak berjalan
  3. Menyapu dan mengemop lantai serta melakukan kerja rumah setiap hari
  4. Berbasikal ke suatu tempat jika tidak terlalu jauh
  5. Berkebun


6. MENGAMBIL NUTRISI SECUKUPNYA ATAU SUPLEMEN

Hari ini terdapat pelbagai nutrisi dan suplemen dalam pasaran. Selain untuk mengekalkan kesihatan, suplemen juga boleh membantu dalam rawatan sesetengah penyakit.


Shaklee mempunyai pelbagai jenis produk nutrisi dan menjadi suplemen pilihan 1% rakyat Malaysia..Suplemen bukanlah untuk merawat apabila ditimpa penyakit, tetapi membantu dalam memberikan kesihatan yang lebih baik kepada penggunanya.


Jangan menunggu sehingga penyakit menjengah barulah berusaha untuk merawat.

Shaklee mempunyai beberapa produk nutrisi yang sesuai untuk..


  • Masalah Letih lesu
  • Masalah Jantung
  • Masalah Kolestrol
  • Masalah Darah Tinggi
  • Masalah Obesiti
  • Masalah Diabetes
  • Kanser dan Cyst
  • Masalah perokok tegar
  • ...


...dan banyak lagi..orang yang tiada masalah kesihatan tetapi sekadar ingin mengoptimumkan kesihatan juga boleh mengamalkan Shaklee. Tak semestinya sakit baru nak cari ubat dan suplemen, kan?


Jika anda berminat untuk order mana-mana suplemen Shaklee, bolehlah menghubungi saya, Pengedar Shaklee  anda yang sah..

RAIHANA-0199387282



PENAFIAN@ DISCLAIMER

PENAFIAN@ DISCLAIMER
* Semua produk Shaklee ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Bagi muslim, jika anda sembuh atau berjaya mengatasi masalah anda setelah mengamalkan Shaklee, semuanya dengan izin ALLAH jua.Bagi mereka yang mempunyai penyakit kronik yang tertentu, sila dapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu sebelum mengambil suplemen anda.