Nak cari tentang apa?

Day 2: Maksud di sebalik nama "Mauceriasokmo"

Kenapa tajuk saya begini? Baca 'di sini'
As-salam..

alhamdulillah, hari ini adalah hari kedua saya menyahut cabaran mentor Shaklee kami @ my Shaklee GrandNanny, Master Azreen..hehe, setiap harilah jawabnya sebut nama nanny yer..

So, persoalan untuk hari ini?
Apakah maksud di sebalik nama blog ini iaitu Mau Ceria Sokmo..

Rasanya tidaklah sukar untuk difahami..tapi ada sejarah jugak perkataan ceria tu di hati saya..
Mau tu saya maksudkan sebagai Mahu..Ceria bermaksud ceria dan gembira. Sokmo pula saya maksudkan sebagai selalu..cumanya sebab saya ni orang Terengganu, sokmo tu memang familiar sangat dalam pertuturan harian saya, selain menggambarkan identiti saya sebagai orang 'Tranung'..

So, kesimpulan daripada 3 patah perkataan tersebut bagi saya, bermaksud:

"Mahu Ceria Selalu"
Erti keceriaan bagi saya..anak-anak buah hati saya
Saya nak kongsikan beberapa tips untuk ceria selalu dan bersemangat dalam apa saja yang kita lakukan (Sorry nanny Reen, asyik keluar topik jer..hehe):

Sumber: Que Achmad
  1. Berdoa agar sentiasa ceria & bersemangat
  2. Maafkan semua orang agar hati bersih & minda positif,
  3. Programkan minda tiap mlm sblm tidur: Ya Allah, jika aku masih pjg umur, kejutkan aku esok pagi dlm keadaan sihat, beriman, ceria & seronok nak pergi kerja, tapi jika aku mati esok, matikan aku dlm husnul khatimah;
  4. Bangun pagi terus senyum & berdoa & mohon agar hari ini lebih baik drp semlm,
  5. Cari "butang hijau" ie perkara yg buat kita ceria-- peluk pasangan, cium anak, beri ikan dlm akuarium mkn, geletek kucing, dgr lagu nasyid kegemaran, minum air kegemaran, tengok FB, etc,
  6. Bayangkan hari ni mungkin terakhir & azam nak lakukan yg terbaik,
  7. Gembirakan hati org di sekitar,
  8. Amalkan sunnah2 Nabi,
  9. Temui cinta sejati,
  10. Pakai warna kegemaran,
  11. Berjalan pantas,
  12. Masuk pejabat dgn Bismillah, beri salam & masuk dgn langkah kanan,
  13. Sentiasa Tawakkal kpd Allah.
Jom kita amalkan.

Banyak erti ceria bagi setiap orang dan pastinya berbeza tafsiran setiap dari kita..

Apapun...SAYA MAHU CERIA SOKMO..anda?





No comments:

Post a Comment

Assalam..sekiranya anda berminat untuk bertanya atau order, boleh juga tinggalkan komen, order dan pertanyaan anda di sini..saya sedia menghubungi dan membantu anda..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN@ DISCLAIMER

PENAFIAN@ DISCLAIMER
* Semua produk Shaklee ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Bagi muslim, jika anda sembuh atau berjaya mengatasi masalah anda setelah mengamalkan Shaklee, semuanya dengan izin ALLAH jua.Bagi mereka yang mempunyai penyakit kronik yang tertentu, sila dapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu sebelum mengambil suplemen anda.
Adbox