Nak cari tentang apa?

Day 6: Babak paling menyentuh hati dari filem "Children of Heaven"

Kenapa tajuk saya begini? Baca 'di sini'

As-salam..

Saya sudah lama menonton filem iran ni..

Hampir lupa jalan cerita perinciannya..tapi saya tak lupa pasal kisah 2 orang watak utama kisah ini..si abang dan si adik yang saling berkasih sayang dan sanggup berkorban antara satu sama lain..

Saya lantas membuat carian jika ada yang berkongsi kisah dari filem ini di Google Search..alhamdulillah, bertemu juga satu coretan ulasan penulis blogger ini, dari pos nya tentang kisah ini yang rupa-rupanya turut menyentuh hati beliau...terasa kembali menyentuh hati saya tatkala membaca kisah ini semula ibarat saya menonton kisah ini sekali lagi dalam bayangan saya..

inilah kisah yang saya maksudkan..sangat menyentuh perasaan..

kisah anak-anak syurga...

Sumber: Hasanah Ayop



Alangkah kagumnya melihat besarnya pengorbanan sepasang adik-beradik yang biarpun hidup dalam kemiskinan, tetapi masih mampu untuk bersyukur dengan apa yang ada. Masih sempat untuk membuktikan bahawa kesempitan hidup bukanlah penghalang untuk menunjukkan bahawa si anak ini sebenarnya memahami apa yang berada di benak akal dan di pundak bahu kedua ibu bapa mereka.

Yang buat ana bertambah kagum dengan kisah mereka ialah, sungguhpun mereka benar-benar dhaif dan kesempitan, mereka masih berjaya merebut kedudukan pelajar cemerlang dalam kelas mereka. Apa lagi yang membuatkan hati si ibu dan si bapa melonjak kegembiraan melainkan dengan memiliki anak-anak yang soleh dan solehah seperti mereka, bukan?

Bagi ana, children of heaven sangat memberi pengajaran dan wajar dijadikan pedoman. Kisah ini bermula apabila si abang telah menghilangkan kasut adik perempuannya betul-betul seusai kasut tersebut dibaiki oleh tukang kasut. Kasut tersebut sebenarnya sudah lusuh pun. Kalau kita, mungkin kita dah buang pun kasut tu.




Maka menangislah si adik tadi. Tapi yang comelnya...waktu buat homework malam tu, abang cuba memujuk adik. Si abang meminta adik tidak menceritakan kepada ibu bapa mereka kerana sedar yang ibu bapa mereka tiada duit untuk membeli kasut baru! Dan sebatang pensel yang berharga 20sen pun diberi abang kepada si adik sebagai pengubat kesakitan kesedihan kehilangan sesuatu yang penting, sepasang kasut! Terharunya....

Tapi si adik hendak pakai apa untuk ke tadika??? Tahu tak, nak kata hebatnya kesanggupan si adik mengalah dan bertolak ansur dengan abangnya, adik itu memakai ‘sneakers’ ke tadika. Dengan saiz sneakers abang yang besar, dengan sneakers abang yang tidak berbasuh, malu pun malulah..pakai juga demi belajar!




Di pendekkan cerita, adik pakai sneakers waktu pagi dan abang pakai sneakers yang sama untuk ke sekolah pada waktu petang. Rutinnya senang saja, mereka akan berjumpa di satu lorong untuk adik bertukar sneakers dengan selipar rumah abangnya. Ok...pun boleh...

Sampai suatu ketika, si abang memasuki acara merentas desa peringkat apa pun tak tahu, yang penting bukan peringkat sekolah lah..hanya semata-mata untuk mendapatkan tempat kedua dalam acara tersebut, tapi kenapa tempat kedua?
Sebab hadiah pemenang tempat kedua ialah sepasang kasut. Ya, si abang mahu memiliki kasut tersebut untuk menghadiakan kepada adik perempuan kesayangannya, untuk menggantikan kasut adik perempuannya yang hilang itu!

Sepanjang pelariannya, eh..sepanjang si abang berlari di trak yang berapa kilometer entah itu, hanya bayangan adik perempuannya sahaja yang ligat bermain di fikirannya. Dari pengorbanan adiknya itu, dari kesanggupan adiknya itu, dan dari keikhlasan adiknya yang sudi memahami kesusahan mereka itulah yang memberi suatu kekuatan yang sangat luar biasa untuk si abang berlari semahu mahunya dan sepuas puasnya untuk mengembalikan kekecewaan yang pernah bertandang di hati adik kesayangannya itu dek kerana sepasang kasut itu, kerana kecuaiannya! Ya, dia mahu mendapatkan tempat kedua!



Pembaca yang sudi membaca, jangan berhenti di sini, ikuti coretan ini sampai habis ya *^_^*


Namun Allah menginginkan yang lain. Allah telah merencanakan yang lain untuk anak-anak calon penghuni syurga tersebut. Benarlah, manusia hanya mampu merancang dan sebaik-baik perancangan ialah perancangan Allah! Si abang hanya mampu mengalirkan air mata kekecewaan ketika sesi penggambaran bersama ‘VIP-VIP’ acara tersebut.

Tapi kenapa bergambar sambil menangis kekecewaan? Ini kerana, bukanlah tempat kedua yang dimenanginya tetapi si abang tadi memenangi tempat pertama! Hancur luluh hati si abang mengenangkan kasut yang bukan miliknya itu. Kekuatan yang datang bersama ingatan tulus terhadap adik perempuannya ternyata sungguh memberi sebuah tenaga yang membolehkan si abang mengatasi segala-galanya!

Harapnya kisah yang ana nukilkan tadi sebagai sebahagian daripada kisah hidup kita, iaitu menjadi seorang anak yang bukan sahaja memahami keadaan ibu bapa kita, bukan sahaja sanggup berbakti kepada ibu bapa kita, bukan sahaja cemerlang dalam pelajaran walaupun dalam serba-serbi kekurangan tetapi juga sanggup berkorban untuk satu sama lain!
-------------------------------------------------------------------------------------

Begitulah lebih kurang peangakhiran cerita tersebut..sangat menyentuh hati..rasanya setiap kali ada ulangan cerita ini beberapa tahun sudah pun saya masih lagi mengalirkan air mata melihat kasih sayang yang digambarkan dalam kisah ini...

Semoga kita sama-sama dapat berkasih sayang dan menyayangi keluarga serta tidak mementingkan diri dalam apa jua keadaan pun..Allahuakbar..semoga Allah memupuk kasih sayng sedemikian dalam hati setiap anak-anak saya..

Semoga anak-anak saya juga adalah anak-anak syurga..ameen...

Ikhlas,
Ummi Ana..

No comments:

Post a Comment

Assalam..sekiranya anda berminat untuk bertanya atau order, boleh juga tinggalkan komen, order dan pertanyaan anda di sini..saya sedia menghubungi dan membantu anda..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN@ DISCLAIMER

PENAFIAN@ DISCLAIMER
* Semua produk Shaklee ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Bagi muslim, jika anda sembuh atau berjaya mengatasi masalah anda setelah mengamalkan Shaklee, semuanya dengan izin ALLAH jua.Bagi mereka yang mempunyai penyakit kronik yang tertentu, sila dapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu sebelum mengambil suplemen anda.
Adbox