Nak cari tentang apa?

Day 8: Tempat terbaik yang pernah saya lawati

Kenapa tajuk saya begini? Baca 'di sini'
As-salam,

Hmm..lama saya berfikir apakah tempat yang paling indah yang pernah saya lawati yang masih terpahat dalam ingatan saya..sebab saya ni tak banyak pengalaman bercuti. Maklumlah adik beradik ramai..10 orang semuanya..susah mak ayah nak angkut..kenderaan pula ada satu sahaja. So, saya akui memang tiada cerita tentang tempat yang terlalu best dibandingkan orang lain. Apapun, ada beberapa tempat best yang saya akan ingat sampai bila-bila..

Waktu itu saya baru berumur 12 tahun, kalo diikutkan itulah first time saya melawat ke luar negeri Terengganu. Saya menyertai lawatan sekolah selama 5 hari yang sangat awesome bagi saya. Cuma bayar RM150, saya dah berpeluang melawat ke 5 negeri di Malaysia..Perlis, Perak, Melaka, Kuala Lumpur.

Alhamdulillah..seingat saya banyak juga tempat yang sempat saya kunjungi. Antara yang saya masih ingat ialah:

  • Gua Kelam

  • Padang Besar, Perlis

  • Menara Jam Condong Teluk Intan, Perak

  • Kota A Famosa

  • Taman Buaya Melaka

  • The Mines Wonderland


Semua tempat-tempat ni memberi banyak kenangan indah buat saya. insyaaAllah, ada masa, peluang dan keizinanNya, nak bawa anak-anak ke sana pula..

No comments:

Post a Comment

Assalam..sekiranya anda berminat untuk bertanya atau order, boleh juga tinggalkan komen, order dan pertanyaan anda di sini..saya sedia menghubungi dan membantu anda..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN@ DISCLAIMER

PENAFIAN@ DISCLAIMER
* Semua produk Shaklee ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Bagi muslim, jika anda sembuh atau berjaya mengatasi masalah anda setelah mengamalkan Shaklee, semuanya dengan izin ALLAH jua.Bagi mereka yang mempunyai penyakit kronik yang tertentu, sila dapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu sebelum mengambil suplemen anda.
Adbox