Nak cari tentang apa?

Jenis-jenis Kegemukan

As-salam..

Hari ini saya cuma ingin berkongsi tentang jenis-jenis GEMUK..hmm..agak sensitif bagi sesetengah orang yang mengalaminya..namun penting untuk mereka mengetahui mereka dari kategori yang mana supaya mudah untuk dibantu ketika ingin mencari penyelesaian terbaik untuk menurunkan semula berat badan.

Macamana nak tau saya gemuk?

Kegemukan adalah dimana berat badan kita melebihi 20 peratus daripada berat ideal. Ini berlaku disebabkan kalori yang masuk(food intake) kedalam badan kita melebihi kalori yang diperlukan. Maka akan penyebabkan berlaku pengumpulan lemak dibahagian bahagian tertentu badan.


Kegemukan juga boleh dikenalpasti apabila BMI anda melebihi 26.5 ke atas.
Anda boleh gunakan BMI Calculator yang saya letakkan di kiri blog ini untuk mengetahui BMI anda.

BODY MASS INDEX
StatusBMI
Kuruskurang 20.6
Normal20.7 - 26.4
Gemuk26.5 - 30.9
Obese31.0 - 45.2
Bahayalebih 45.3


Terdapat 3 Kategori Kegemukan iaitu:

Gemuk Air
Gemuk Air boleh dikenalpasti daripada bahagian tubuh yang mengelambir dan lembik disebabkan oleh kandungan air yang tidak diperlukan berlebihan di dalam badan. Caranya, anda boleh picit bahagian bawah lengan dan lihat samaada bawah lengan anda ada bahagian yang menggelambir atau lembik. Badan orang yang mengalami gemuk air juga akan terasa cepat letih dan mudah mengah apabila melakukan aktiviti harian.

Gemuk Angin
Gemuk Angin boleh dikenalpasti apabila perut selalu terasa sebu dan kerap sendawa. Mereka yang mengalami gemuk angin juga mempunyai bahagian bawah lengan yang lembik dan menggelambir. Adakalanya sukar untuk membuang angin keluar (sukar untuk sendawa) dan sangat mudah mendapat sakit kepala.

Gemuk Lemak
Gemuk Daging menyebabkan badan terasa berat dan pejal. Apabila dipicit bahagian bawah lengan, akan terasa pejal dan padat dengan daging. Selain itu, tubuh juga mudah penat apabila melakukan tugas harian. 

*Gemuk air dan Gemuk angin lebih mudah untuk turun berat badan tetapi Gemuk Daging mengambil sedikit masa untuk turun. 

Kegemukan daripada zaman kanak-kanak


Gemuk Air

Gemuk air terjadi berpunca dari faktor-faktor berikut:
  • Makan makanan yang mengandungi kandungan sodium(garam) yang tinggi. Sodium yang berlebihan akan bertukar kepada cecair dalam badan yang menyebabkan selulit dan penahanan air atau water retention.
  • Terlalu kerap minum minuman berkafein seperti kopi dan teh
  • Makan makanan yang mempunyai kandungan lemak yang tinggi. 
  • Sebenarnya, menurut para ahli dari Mayo Clinic, “gemuk air” kebanyakan disebabkan kerana kekurangan minum air putih. Banyak mana kene minum? Setiap 25Kg badan mesti minum 1L air. So kalau berat 75kg, kene lah minum 3L air kosong setiap hari untuk membantu pembuangan toksin daripada tubuh.
*Kesimpulannya, gemuk air ni bukannya disebabkan minum banyak air kosong yer.Bahkan minum banyak air kosong boleh membantu meningkatkan metabolisma badan, membuang toksin dalam badan. Apabila toksin telah disingkirkan, badan akan terasa lebih ringan dan bertenaga. Supplement Shaklee yang boleh membantu pembuangan angin adalah Peppermint Ginger Plus dan Garlic.

Gemuk Angin

Gemuk angin pula adalah kegemukan yang berpunca daripada angin yang banyak di dalam badan. Oleh itu, penting untuk anda yang mengalami masalah gemuk angin memastikan angin dalam badan dibuang terlebih dahulu untuk menurunkan berat badan. Ini boleh dilakukan dengan memulakan pengambilan supplement atau ubat untuk membuang angin dari badan.


Gemuk Daging/Lemak

Gemuk Daging pula berpunca dari lemak yang berkumpul menjadi tepu dan bergumpal bersama daging. Untuk anda yang mengalami masalah gemuk daging digalakkan melakukan senaman yang lebih berat dan mengeluarkan peluh. Ini adalah cara terbaik untuk membakar lemak dan kalori yang diambil secara semulajadi.


Saya tak nak GEMUK!!

Jadi, jika anda termasuk dalam salah satu kategori di atas, janganlah risau. Masih ada peluang untuk anda menurunkan berat badan dan mendapatkan berat Badan yang Ideal. Anda boleh merujuk kepada pos Cara Menurunkan Berat Badan Dengan Berkesan. Banyak tips yang saya kongsikan di situ.

*Shaklee mempunyai DUA produk untuk penyingkiran lemak iaitu LECITHIN dan OMEGA GUARD. Anda juga boleh merujuk Perbezaan Lecithin dan Omega Guard untuk mengetahui perbezaan kedua-dua produk ini.

Untuk sebarang pertanyaan tentang produk, bolehlah berhubung dengan saya seperti berikut:
✍ PM: siti raihana ismail
✐ Blog: Mauceriasokmo
✉ Email: elraihan82@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 019-9387282
➲ COD Area: Setiu(Pak Kancil, Penarek, Merang, Guntong, Saujana) dan Kuala Terengganu(Giant G.Badak, Mydin Mall, Giant K.Trg)

No comments:

Post a Comment

Assalam..sekiranya anda berminat untuk bertanya atau order, boleh juga tinggalkan komen, order dan pertanyaan anda di sini..saya sedia menghubungi dan membantu anda..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN@ DISCLAIMER

PENAFIAN@ DISCLAIMER
* Semua produk Shaklee ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Bagi muslim, jika anda sembuh atau berjaya mengatasi masalah anda setelah mengamalkan Shaklee, semuanya dengan izin ALLAH jua.Bagi mereka yang mempunyai penyakit kronik yang tertentu, sila dapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu sebelum mengambil suplemen anda.
Adbox