Tugasan hari ini. Saya cuma nak berkongsi satu buku yang saya sukaa sangat.
Mudahnya Menjemput Rezeki karya Fathuri Salehuddin. Baru saja membaca bab pertama, terasa saya diajar berfikir mengenal rezeki..yang sebenarnya bukan dari wang semata-mata..bahkan seluruh nikmat dan lebih luas lagi apa yang kita miliki itu adalah rezeki. Anak yang baik, suami yang penyayang, ibu bapa yang memahami, cukup sifat, air untuk diminum, udara untuk bernafas, tanah untuk berpijak semuanya adalah rezeki.
Saya rasa sangat teruja nak berkongsi buku ni dengan kawan-kawan, lantas saya order banyak-banyak yang mini dan kongsikan dengan kawan-kawan(saya juga salah seorang pengedar Buku Mini dan Full Version Mudahnya Menjemput Rezeki)..
..alhamdulillah, sejak amalkan sebahagian(baru sebahagian..;)) tips yang diajarkan daripada buku ini terasa lebih 'mesra' rezeki bulan ni..biz Shaklee saya pun alhamdulillah, semakin baik. InsyaaAllah, saya akan cuba amalkan dan istiqamah dengan amalan-amalan yang diajarkan..Yang paling penting, saya harus meminta terus dari Allah..dan saya yakin, selagi kita berusaha mandekatkan diri denganNya, pasti banyak kebaikan dan rezeki pun akan terus mendampingi kita..
Sedikit tips dari penulis buku ini yang saya boleh kongsikan dengan anda sebagai amalan untuk menjemput rezeki agar lebih mesra dengan kita:
- Mesrakan diri dengan solat. Solat berjemaah di masjid bagi lelaki dan solatlah di awal waktu bagi wanita.
- Bersedekahlah dengan sistematik. Jangan tunggu orang meminta, tetapi carilah orang yang perlu diberi sedekah.
- Bersilaturrahimlah. Mana yang putus, sambungkan kembali silaturrahim itu. Samaada dengan keluarga, apatah lagi ibu bapa, dan juga kenalan.
Semoga, setelah diamalkan ketiga-tiganya tadi, akan lebih 'mesra' untuk rezeki datang pada kita. Selamat menjemput rezeki yang tidak disangka-sangka!!
Raihana-0199387282
*Boleh order dari saya juga ya..
No comments:
Post a Comment
Assalam..sekiranya anda berminat untuk bertanya atau order, boleh juga tinggalkan komen, order dan pertanyaan anda di sini..saya sedia menghubungi dan membantu anda..