Nak cari tentang apa?

Zinc Complex, vitamin termurah Shaklee

As-salam..

Hari ni saya nak berkongsi mengenai Zinc Complex, vitamin termurah Shaklee. Harganya jika dibandingkan dengan khasiat dan kelebihannya memang rasa macam terlalu murah. Cuma RM33.75 untuk sebotol Zinc Complex yang mengandungi 120 biji. Hanya sebiji diperlukan setiap hari. Ini bermakna sebotol tahan sehingga 4 bulan bagi seorang pengguna.

Apa itu zinc?

Zinc adalah mineral penting untuk membantu mempertahankan fungsi tubuh normal seperti penyembuhan luka, mineralisasi tulang, pertumbuhan jaringan, dan fungsi tiroid. Kekurangan zinc dapat menyebabkan anemia, cacat lahir, kemandulan, intoleransi glukosa, dan proses penyembuhan luka yang lambat. Zinc dapat diperoleh daripada makanan yang kita makan atau dari suplemen zinc.

Sumber makanan yang mengandungi Zinc
Kita boleh mendapatkan zinc dari sumber makanan yang dimakan. Antara makanan yang mengandungi zinc ialah:

Daging
Daging lembu, ayam

Makanan Laut (Seafood)
Tiram, kerang, lobster, ikan. Zinc sering hilang selama proses memasak. Untuk mempertahankan kandungan zinc, masak makanan dengan air sesedikit mungkin dan dalam waktu sesingkat mungkin.

Produk Susu
Beberapa makanan dari produk susu merupakan sumber zinc yang baik. Yogurt, Keju Swiss, cheddar dan susu juga mengandung zinc.

Biji-bijian dan Kacang-kacangan
Tepung gandum sebenar merupakan sumber zinc yang baik. Biji Labu, kacang almond, biji bunga matahari juga merupakan sumber zinc yang juga baik. Meskipun zinc yang ditemukan dalam kekacang tidak seperti yang ditemukan dalam daging, tapi masih menyediakan jumlah yang cukup dan merupakan sumber zinc yang penting terutama untuk vegetarian. Pilihan sumber zinc yang baik dari kacang-kacangan adalah tempe dan tauhu.
Kepentingan Zinc



Secara ringkasnya, zinc penting untuk fungsi-fungsi berikut:

  • Untuk pertumbuhan rambut, dan kuku dan kulit yang sihat
  • Mempercepatkan proses penyembuhan luka/pembedahan
  • Meningkatkan imuniti tubuh melawan radikal bebas/ kanser
  • Menjadi faktor penting dalam mempertingkatkan pelbagai fungsi enzim
  • Sebagai detox yang mengeluarkan karbon dioksida yang berlebihan daripada tubuh
  • Untuk kesihatan kelenjar prostat
  • Mengatasi masalah tumpah darah ketika bersalin


Simptom Kekurangan Zinc

  • Hilang selera makan
  • Jerawat
  • Rambut gugur, kuku rapuh serta  bertanda putih
  • Deria bau dan rasa terganggu atau berkurangan
  • Kulit bersisik
  • Luka lambat sembuh


Jika anda mempunyai simptom-simptom seperti di atas, ini bermakna anda kekurangan zinc. Hmm..apa lagi, dapatkan sumber  zinc anda sekarang!! Baik dari pemakanan anda atau supplement Shaklee juga ada.
*Produk ini juga mengandungi alfalfa dalam jumlah yang kecil, walaubagaimanapun pengidap SLE perlu merujuk pakar atau doktor terlebih dahulu sebelum mengambilnya.

Untuk sebarang pertanyaan tentang produk ini, bolehlah berhubung dengan saya seperti berikut:
✍ PM: siti raihana ismail
✐ Blog: Mauceriasokmo
✉ Email: elraihan82@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 019-9387282
➲ COD Area: Setiu(Pak Kancil, Penarek, Merang, Guntong, Saujana) dan Kuala Terengganu(Giant G.Badak, Mydin Mall, Giant K.Trg)

*produk Shaklee ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.


No comments:

Post a Comment

Assalam..sekiranya anda berminat untuk bertanya atau order, boleh juga tinggalkan komen, order dan pertanyaan anda di sini..saya sedia menghubungi dan membantu anda..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN@ DISCLAIMER

PENAFIAN@ DISCLAIMER
* Semua produk Shaklee ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Bagi muslim, jika anda sembuh atau berjaya mengatasi masalah anda setelah mengamalkan Shaklee, semuanya dengan izin ALLAH jua.Bagi mereka yang mempunyai penyakit kronik yang tertentu, sila dapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu sebelum mengambil suplemen anda.
Adbox