Nak cari tentang apa?

13 Punca anak hilang selera makan yang ibu mungkin tidak sedar

Assalam..

Anak hilang selera makan? Cerewet dalam pemilihan makanan? Tak suka makan sayur?
Sebenarnya bukan anda saja yang mengalami masalah ini. Saya juga selalu berhadapan dengan masalah yang sama dengan salah seorang anak saya, Amir Hasan.. Jom kita semak apa puncanya..saya huraikan berdasarkan bacaan saya di internet dan melalui pengalaman sebagai ibu kepada anak yang sangat "Picky Eater"..my Hasan..


Kenapa anak hilang selera makan??

  1. Makan berseorangan: Anak-anak memang tidak suka makan berseorangan. Jika makan bersama teman atau adik-beradik yang ramai, anak akan lebih gembira dan merasa seronok untuk makan.
  2. Memilih makanan: Anak-anak kadangkala memilih makanan yang disukai mereka sahaja. Sangat membimbangkan jika makanan yang disukai mereka adalah makanan yang kurang berkhasiat untuk mereka.
  3. Tidak sukakan sayur: Ada anak-anak yang suka makan nasi dan protein sahaja..tetapi apabila dimasukkan sayur ke dalam makanan, mereka terus hilang selera makan kerana mungkin mereka punya pengalaman merasa sayur yang agak pahit seperti sawi kampung.
  4. Kembung perut: Periksa keadaan perut anak anda. Mungkin anak tidak lalu makan kerana mengalami masalah perut kembung dan masuk angin. Perut kembung menyebabkan anak hilang selera makan.
  5. Masalah cacing?: Orang-orang tua selalu cakap kalau anak kurang selera, mungkin sebab ada cacing. Betul ke? Ya, berkemungkinan ada betulnya..anak-anak yang mempunyai masalah cacing akan mengalami gangguan pada usus mereka dan ini boleh menjadi punca anak kurang selesa sehingga hilang selera makan. 
  6. Merajuk: Kadang-kadang anak-anak lapar, namun mereka bertegas untuk tidak makan hanya kerana merajuk atau marah dengan ibu bapa. Menolak untuk makan juga salah satu cara mereka menunjukkan protes dan menarik perhatian ibu bapa.
  7. Menu yang sama: Bukan saja anak-anak, orang dewasa juga akan merasa bosan apabila dihidangkan dengan makanan yang sama..makanan yang sama jika dipelbagaikan cara hidangan, menu dengan variasi rasa pasti akan menarik anak-anak atau sesiapa saja untuk makan. 
  8. Cara hidangan tidak kelihatan menarik: Makan dari pinggan yang tidak menarik, dan dihidang tanpa rupa yang menarik juga boleh menghilangkan tarikan anak-anak untuk makan walaupun rasanya mungkin sedap. 
  9. Masa makan tidak menentu: Apabila masa makan anak tidak diatur secara tetap, ini mungkin menyebabkan anak belum rasa lapar pada masanya. Jika anda biasakan anak anda makan pada waktu yang tetap, lebih mudah untuk membuatkan mereka rasa lapar bila tiba masanya.
  10. Jatuh sakit: Periksa keadaan kesihatan anak anda. Berkemungkinan mereka demam, selsema atau batuk menyebabkan hilangnya selera makan mereka.
  11. Terlalu leka bermain: Jangan biarkan anak anda terlalu leka bermain sehingga mereka lupa untuk makan. Menangguh makan kerana bermain akan menjadi habit yang kurang sihat menyebabkan mereka sering mengabaikan makan pada waktunya.
  12. Sakit gigi: Kadangkala anak-anak mengalami masalah gigi rosak. Periksalah dan bertanyalah jika anak kelihatan tidak selesa dan menolak untuk makan.
  13. Terlalu banyak makan junk food: Kebanyakan junk food yang ada di pasaran mempunyai bahan tambahan yang boleh menyebabkan anak merasa kenyang sementara atau merasa ketagih dengan junk food tersebut berbanding makanan yang lebih berkhasiat yang dihidangkan kepada mereka..
Dah kenalpasti punca anak anda hilang selera makan??

Apa yang mungkin anda boleh lakukan untuk membantu anak anda?

Salah satu caranya mungkin anda boleh memberikan variasi rasa dalam minuman harian mereka.
Alhamdulillah, saya memilih untuk memberikan Meal shakes kepada anak saya Hasan..sekarang dah masuk tin ke 10 sejak saya mula berikan Hasan Meal shakes..Hasan masih konsisten dengan Meal shakes dan selalu meminta susunya ditambah Meal shakes setiap pagi. Saya cuma menambah sesudu teh Meal shakes ke dalam susu hasan atau minuman coklat kegemarannya..

Alhamdulillah, seawal beberapa hari pengambilan memang saya dapati selera makannya sudah semakin baik..walaupun adakalanya dia masih cerewet memilih makanan, tetapi dia tidak pernah menolak susu yang saya campurkan dengan Meal shakes. Rasa vanila yang sangat sedap dan tidak muak..Siapa sangka dalam sesudu teh Meal shakes yang saya berikan untuk Hasan rupanya punya banyak khasiat yang boleh melengkapkan pemakanan hariannya...jadi, saya tidaklah terlalu risau jika dia kurang makan..beratnya still naik dan Hasan sentiasa aktif seperti anak-anak yang lain.

Meal shakes mempunyai kesemua nutrien yang diperlukan oleh kanak-kanak yang mengalami masalah pemakanan. WALAUBAGAIMANAPUN, MEALSHAKES TIDAK SESUAI BAGI KANAK-KANAK DI BAWAH UMUR SETAHUN.

Siapa lagi perlukan Meal shakes?


Jemput baca Testimoni Meal shakes

Anda boleh juga lihat video mengenai Meal shakes ini yang disediakan oleh super grand nanny saya, Master Hadhatina..


Jika berminat untuk order Meal shakes untuk anak anda dan mendengar sendiri pengalaman saya sepanjang memberikan Meal shakes kepada anak saya, Hasan bolehlah menghubungi saya terus seperti di bawah:


RAIHANA 0199387282


Untuk sebarang pertanyaan tentang produk, bolehlah berhubung dengan saya seperti berikut:
✍ PM: siti raihana ismail 
✐ Blog: Mauceriasokmo
✉ Email: elraihan82@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 019-9387282
➲ COD Area: Setiu(Pak Kancil, Penarek, Merang, Guntong, Saujana) dan Kuala Terengganu(Giant G.Badak, Mydin Mall, Giant K.Trg)

No comments:

Post a Comment

Assalam..sekiranya anda berminat untuk bertanya atau order, boleh juga tinggalkan komen, order dan pertanyaan anda di sini..saya sedia menghubungi dan membantu anda..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN@ DISCLAIMER

PENAFIAN@ DISCLAIMER
* Semua produk Shaklee ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Bagi muslim, jika anda sembuh atau berjaya mengatasi masalah anda setelah mengamalkan Shaklee, semuanya dengan izin ALLAH jua.Bagi mereka yang mempunyai penyakit kronik yang tertentu, sila dapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu sebelum mengambil suplemen anda.
Adbox