PROMOSI DAFTAR AHLI PERCUMA dengan pembelian VIVIX 2 BOTOL

PROMOSI DAFTAR AHLI PERCUMA dengan pembelian VIVIX 2 BOTOL
Daftar ahli Shaklee secara percuma dengan pembelian sekurangnya 2 botol VIVIX atau belian sekurangnya 200uv. Istimewa buat pembelian VIVIX 2 botol anda akan jimat hingga rm40+ daripada harga ahli apabila anda mendaftar AHLl SHAKLEE. Tawaran Istimewa ini SAH sehingga 30 NOV 2017. Whatsapp 0199387282 sekarang!

Saturday, September 13, 2014

Gastrik!! Kenalpasti simptom dan ketahui 7 cara mengatasi Gastrik tanpa ubat.

Assalam..

Sudah lama saya tidak mengalami gastrik..sangat fobia rasanya jika terkena lagi..perut rasa pedih sampai ke ulu hati..angin menolak sampai ke dada..tekak mula mual dan rasa bergelora angin di dalam dan akhirnya.... terpaksa muntahkan juga..selalu berlaku bila perut masuk masuk angin akibat terlewat makan dan kadang-kadang apa yang lebih membimbangkan jika ia berlaku ketika berpuasa..



Apa itu Gastrik?

Penyakit Gastrik atau Gastritis merujuk kepada keradangan pada lapisan dinding perut. Di dalam perut, terdapat satu lapisan mukus semulajadi yang melindungi dinding perut daripada bahan kimia berasid semulajadi yang sangat diperlukan untuk proses penghadaman makanan di dalam perut. Keradangan dinding perut berlaku apabila terdapat bahan asing yang menghakis lapisan mukus pelindung di permukaan perut.

Apakah simptom yang dialami pesakit gastrik?

Selalunya, pesakit gastrik akan mengalami simptom seperti sakit perut, hilang selera makan, rasa loya dan muntah-muntah.

Jika penyakit gastrik bertambah sehingga berlakunya ulser perut dan pendarahan di dinding perut, pesakit boleh mengalami masalah najis berdarah yang berwarna hitam atau muntah darah.
 Sumber: Utusan Malaysia 

Bagaimana untuk merawat gastrik??

Di sini saya kongsikan beberapa cara untuk merawat gastrik yang sebahagiannya juga saya pernah praktikkan.

1. Minum susu. 
Susu adalah peneutral terbaik kepada lapisan perut kita yang berasid. Susu boleh membantu meneutralkan asid dalam perut dengan cepat. Ada juga yang mengamalkan susu pekat manis untuk melegakan gastrik, namun susu pekat manis  mengandungi krimer bukan tenusu dan pemanis tambahan yang mungkin tidak sesuai bagi sesetengah orang.

2. Makan pisang. 
Pisang adalah salah satu buah-buahan yang berPH tinggi (beralkali) dan boleh membantu meneutralkan asid dan menghasilkan mukus yang boleh melindungi dinding perut daripada asid dalam perut.

3. Menggigit bunga cengkih. 
Menggigit bunga cengkih merangsang penghasilan air liur yang boleh membantu penghadaman. Dengan membiarkan seketika di dalam mulut, akan membantu memberi kelegaan kepada pesakit gastrik.

4. Minum air halia
Air rebusan halia  atau  air rendaman halia yang ditumbuk boleh membantu pesakit gastrik membuang angin yang menyebabkan perut merasa tidak selesa dan kembung. Amat mujarab untuk membuang angin  serta merta dan membantu melegakan gastrik dan pedih ulu hati.

5. Makan bawang putih bakar
Bakar sebiji bawang putih bersama kulitnya selama 1-2 minit, kemudian buang kulit dan basuhkan sedikit bahagian hitamnya dan kunyah begitu saja. InsyaaAllah, berkesan walaupun agak tidak sedap rasanya. Bawang putih memang membantu melawaskan dan membuang angin akibat gastrik.

6. Minum air bersama habbatus sauda'
Jika anda mempunyai habbatus sauda', bolehlah mencampurkan sedikit serbuk habbatus sauda' ke dalam air minuman anda. Bagi saya, saya memang menyimpan  minyak habbatus sauda' di rumah dan beberapa titik minyak habbatus sauda dicampur ke dalam minuman boleh membantu memberi kelegaan segera bagi sebarang sakit perut termasuklah gastrik, pedih ulu hati atau cirit birit.

Rasullullah SAW pernah bersabda:
"Tetaplah dengan Habbatus Sauda' kerana sesungguhnya ia mengandungi ubat segala penyakit kecuali Mati "

(hadis Sahih Bukhari dan Muslim)

7. Minum segelas ESP Shaklee
ESP Shaklee adalah minuman protein soya Non GMO yang selamat untuk pesakit gastrik. Bukan sekadar melegakan gastrik, bahkan ia membantu memulihkan lapisan dinding perut yang berasid dan mengelakkan gastrik berulang jika diamalkan selalu..Minuman ESP berglisemik rendah menjadikan ianya sangat sesuai untuk membantu mereka yang mudah lapar bertahan lebih lama. Sebab itulah ia juga sesuai bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan.



Ya, saya juga dah tak pernah kena gastrik sejak mengamalkan ESP segelas setiap pagi..maklumlah, semasa bertugas sebagai pensyarah dulu, saya selalu juga ada kelas awal pagi dan tidak sempat bersarapan..segelas ESP Shaklee setiap pagi benar2 membantu saya bertahan sehingga saya selesai kelas dan makan.

Yang ni pengalaman rakan kenalan saya sendiri, Dilla Jalil..


Lagi testimoni  pesakit gastrik..






Sampai bila anda nak bertahan dengan ubat-ubat gastrik yang sekadar melegakan?? InsyaaAllah, ESP bukan saja membantu melegakan bahkan boleh membantu memulihkan gastrik anda dengan izin Allah..Alhamdulillah, saya adalah salah seorang daripada mereka yang telah bebas dari gastrik sejak mengamalkan ESP...walaupun sesekali ada skip ambil ESP juga, namun alhamdulillah, gastrik sudah tidak berulang..insyaaAllah..

Nak dapatkan ESP Shaklee?
Boleh lah berhubung dengan saya terus seperti di bawah. Anda juga boleh mendaftar sebagai ahli untuk mendapatkan harga ahli yang jauh lebih jimat dan murah..cuma RM75 untuk pendaftaran ahli seumur hidup.

Untuk sebarang pertanyaan tentang produk, bolehlah berhubung dengan saya seperti berikut:
✍ PM: siti raihana ismail 
✐ Blog: Mauceriasokmo
✉ Email: elraihan82@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 019-9387282
➲ COD Area: Setiu(Pak Kancil, Penarek, Merang, Guntong, Saujana) dan Kuala Terengganu(Giant G.Badak, Mydin Mall, Giant K.Trg)

0 komen terkini:

Post a Comment

Assalam..sekiranya anda berminat untuk bertanya atau order, boleh juga tinggalkan komen, order dan pertanyaan anda di sini..saya sedia menghubungi dan membantu anda..

PENAFIAN@ DISCLAIMER

PENAFIAN@ DISCLAIMER
* Semua produk Shaklee ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Bagi muslim, jika anda sembuh atau berjaya mengatasi masalah anda setelah mengamalkan Shaklee, semuanya dengan izin ALLAH jua.Bagi mereka yang mempunyai penyakit kronik yang tertentu, sila dapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu sebelum mengambil suplemen anda.