Nak cari tentang apa?

Resepi pancake mudah dan ringkas

Assalam..

Sarapan apa pagi tadi? Mungkin masih sempat lagi nak try resepi ni untuk minum petang pulak. Haa..saya suka buatkan pancake untuk anak-anak..mungkin ada yang biasa beli tepung pancake segera tu kan..tapi semalam saya bancuh pancake homemade sendiri aje..khas untuk anak-anak..


Nak resepi? Boleh..mudah-mudahan membantu anda nak sediakan sarapan segera untuk sekeluarga..resepi ni dah saya ubah sikit ikut cara saya...


OK. Kalau nak buat hari kerja pun sempat lagi..cuma ambil masa beberapa minit jer nak masak..asalkan ada non stick pan..saya takde non stick pan..so, saya cuma pakai pemanggang ajaib jer..non stick jugak..


Nilah rupa pancake saya..maafla, tak nampak menarik sbb tak siram apa-apa sebagai kuah..ada yg siram madu dan ada yg buat sos coklat untuk dimakan bersama..saya prefer tunjukkan yg basic ni jer..sbb tak sempat nak buat sos apa-apa..cumanya saya dah adjust perisanya secukupnya bagi saya dan mudah bagi anak-anak saya nak makan walaupun sambil main..


Resepinya ini sahaja!!

RESEPI PANCAKE MUDAH MAUCERIASOKMO

(Sukatan cawan xkisah saiz cawan apa yang anda guna..cumanya gunakan cawan yang sama untuk sukat semua. Adunan ini untuk hasilkan 7-9 keping sahaja bergantung kepada saiz anda ceduk. Kalau nak banyak lagi boleh gandakan je bahan-bahan ni..)

Bahan-bahan:
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan susu segar(kalau nak guna susu tepung dibancuh/susu isian sejat/susu pekat manis bancuh pun boleh)
  • 1 biji telur(asingkan kuning dan putih telur)
  • 2 sudu teh baking powder
  • 2 sudu makan gula(kalau nak tambah terpulang)
  • 1 sudu minyak jagung atau minyak sayuran (supaya tak melekat)


Cara-caranya:

  1. Pukul gula, kuning telur dengan  susu. Just kacau-kacau dengan senduk pun takpe. Kacau sehingga gula larut semuanya.
  2. Dalam mangkuk berasingan pukul putih telur hingga kembang. Nak mudah pakai garfu je pun boleh.
  3. Sediakan tepung gandum yang telah dicampurkan dengan baking powder dan digaul rata. (Jika ada meal shakes boleh masukkan sekali masa ni)
  4. Masukkan tepung gandum+baking powder tadi sedikit demi sedikit ke dalam adunan susu+kuning telur+gula yang telah dibancuh tadi. Kacau sehingga tidak berketul lagi..
  5. Masukkan putih  telur yang telah dipukul kembang tadi. Jika ingin meletakkan sedikit pewarna atau perisa seperti saya juga boleh. Yang ni saya letak perisa pandan sikit.
  6. Kacau adunan dan masukkan sedikit minyak sayuran tadi ke dalam adunan untuk mengelakkan adunan melekat ke kuali semasa dimasak.
  7. Setelah kuali dipanaskan, boleh lah sendukkan adunan pancake dalam sukatan lebih kurang macam ni jer..

Satu senduk ni cukup dah untuk sekeping pancake
Masak dalam non stick pan pun boleh..saya gunakan pemanggang ajaib saya jer..AJAIB LA SANGAT!!

Bila dah berbuih macam ni dah bolehla terbalikkan..api sederhana je tau!

Tambahan:
Boleh gunakan 2-3 sudu makan meal shakes untuk rasa vanila..
Jika tiada boleh letakkan sesudu teh esen vanila jika anda suka rasa vanila dalam pancake anda..
Saya letakkan juga sedikit pewarna hijau epal untuk cantikkan pancake dan kadang-kadang saya letak perisa pandan juga..terpulang apa perisa yang anda mahu..jika anda suka plain saja pun boleh..

OK, mudah sangat kan..bolehlah buat sendiri je daripada beli tepung pancake segera tu..menu sihat untuk sekeluarga.

SELAMAT MENCUBA !!


No comments:

Post a Comment

Assalam..sekiranya anda berminat untuk bertanya atau order, boleh juga tinggalkan komen, order dan pertanyaan anda di sini..saya sedia menghubungi dan membantu anda..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN@ DISCLAIMER

PENAFIAN@ DISCLAIMER
* Semua produk Shaklee ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Bagi muslim, jika anda sembuh atau berjaya mengatasi masalah anda setelah mengamalkan Shaklee, semuanya dengan izin ALLAH jua.Bagi mereka yang mempunyai penyakit kronik yang tertentu, sila dapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu sebelum mengambil suplemen anda.
Adbox